Disebabkan dendam
membuatkan hidup Hannah terhimpit. Siapa sangka seorang lelaki yang dipanggil
papa sanggup menjualnya ke sarang pelacuran hanya disebabkan dendam. Dendam
Hanif kepada sepupunya, Rayyan pula memerangkap Hannah kepada sebuah
perkahwinan yang tidak dirancang. Status Hannah yang meragukan membuatkan
Rayyan menganggap Hannah yang telah memerangkap dirinya sendiri untuk berkahwin
dengan Rayyan. Lalu Rayyan melayan Hannah dengan buruk sekali. Namun Hannah
beruntung kerana mempunyai ibu mertua yang cukup sporting. Dia tidak pernah
memandang kisah silam Hannah. Sebaliknya dia memberi sepenuh sokongan untuk
mencetuskan keharmonian dalam rumah tangga anak dan menantunya itu. Dia jugalah
yang menjadi ’mastermind’ dalam
setiap projek untuk memikat hati Rayyan. Dan tatkala baru sahaja Hannah mahu
mengecapi kebahagian dalam rumah tangganya, kedua-dua lelaki itu datang semula
dalam hidup Hannah untuk melunaskan kembali dendam mereka sehingga hampir
mengorbankan rumah tangganya. Dapatkah
Hannah mengecapi kebahagian dalam rumah tangganya? Bagaimanakah Hannah dapat
menyelamatkan diri dari dendam papanya?