” RAYYAN tak setuju,”
bantah Rayyan kepada ibunya. Ketika itu hanya mereka berdua sahaja di ruang
tamu. Hannah sudah berada di bilik pembantu rumah yang berada di tingkat bawah.
” Ibu tak perlukan
persetujuan Rayyan.”
Puan Hajjah Salamah sudah
nekad dengan keputusannya. Lagi pun siapa lagi yang akan membantu golongan
wanita kalau tidak golongan wanita itu sendiri.
” Dia tu pencuri. Bekas
pelacur! Macamana ibu boleh benarkan dia tinggal di sini pula? Tak pasal-pasal
semua harta kita di curinya. Ibu..janganlah ambil risiko ini,” nasihat Rayyan
kepada ibunya.
Puan Hajjah Salamah
mengeluh lemah. Dia berpeluk tubuh sambil memandang tepat kepada Rayyan yang
keresahan.
” Kau belum kenal dengan
dia dan kau tak boleh tuduh dia begitu. Ibu tak sampai hati nak membiarkan dia
hidup sendirian di luar sana. Ibu takut kalau-kalau dia dijumpai oleh sindeket
pelacuran dan di paksa menjadi pelacur. Kasihan dia,” kata Puan Hajjah Salamah.
” Hah..ibu ni sikit-sikit
nak kasihankan orang. Dia tu orang jahat. Budak tak baik. Latar belakang
keluarga dia pun tak baik. Tak payahlah kita nak bantu orang macam tu.
Silap-silap haribulan kita pula yang menjadi mangsanya.”
” Entahlah Rayyan, ibu
dapat rasakan yang Hannah itu seorang perempuan yang baik.”
” Ibu...”
Rayyan cukup tertekan
dengan sikap baik hati ibunya yang tidak kena tempat itu. Apatah lagi
nasihatnya tidak pernah diendahkan oleh Puan Hajjah Salamah. Dia bimbang
kalau-kalau Hannah mengambil kesempatan atas kebaikan ibunya itu.
” Sudahlah Rayyan, ibu
nak ke balai polis. Nak bawa Hannah buat laporan polis.”
Rayyan mendenggus kasar.
Nyata keputusan ibunya sudah nekad membuatkan Rayyan semakin dihimpit
kebimbangan.