BUNYI deruan enjin kereta Rayyan menangkap
masuk ke dalam telinga Puan Hajjah Salamah. Puan Hajjah memandang kepada Hannah
yang sedang menyediakan minuman petang tanpa ada riak untuk menyambut
kepulangan suaminya. Puan Hajjah Salamah menggeleng lemah.
“ Hannah, pergi sambut suami kamu, dia dah
balik,” tegur Puan Hajjah Salamah.
Hannah hanya mengangguk lemah. Dia
kemudiannya berlalu ke pintu utama dengan debaran di dada. Kalau bukan kerana
arahan Puan Hajjah Salamah, tidak mungkin dia akan menyambut Rayyan pulang.
Sikap kasar Rayyan terhadapnya membuatkan dia kian berjauh hati.
“ Tuan Rayyan dah balik?”
Hannah sendiri tidak tahu apa yang perlu
dibicarakan bersama Rayyan. Dia rasa Rayyan pastinya suka dia memanggilnya
dengan panggilan Tuan Rayyan dan bukannya abang seperti pasangan suami isteri
yang lain.
“ Akulah yang balik ni, tak kan hantu pula!”
Kata Rayyan kasar sekali.
Hannah hanya mampu mendiamkan diri. Kalau
menjawab takut dikatakan melawan pula.
“ Ibu ada sediakan minum petang. Jom kita
minum sama-sama,” kata Hannah lagi. Bukan dia mahu bermesra cuma dia hormatkan
Puan Hajjah Salamah. Dia tidak mahu ibu mertuanya bimbang dengan keadaan rumah
tangga mereka yang bergolak ini. Namun dia bersyukur kerana tinggal bersama ibu
mertuanya. Sekurang-kurangnya keselamatannya terjamin kerana Rayyan tidak boleh
sesuka hati memukulnya lagi.
“ Kenapa pula mak aku yang buat minum petang?
Bukankah kau yang jadi khadam di rumah ini? Kau jangan ingat sebab kau kahwin
dengan aku, kau boleh goyang kaki di sini. Aku sampai mati pun tak akan mengaku
yang kau isteri aku!” Kata Rayyan kasar sekali.
Hannah hanya mengeluh lemah. Rayyan
sebenarnya tidak sabar dan sering mengamalkan apa yang menguntungkan dirinya. Malah
Rayyan seorang yang pentingkan diri sendiri. Ilmu dan amalan yang diguna pakainya
untuk keuntungan dan egonya. Rayyan lupa yang Hannah ini adalah
tanggungjawabnya walaupun perkahwinan mereka ini bukannya atas kehendak mereka
berdua. Apa salahnya Rayyan berbuat baik kepadanya kerana setiap kebaikan yang
dilakukan akan mendapat ganjaran pahala.
“ Hannah sedar siapa diri Hannah,” kata
Hannah sambil menunduk.
“ Hah sedar pun dan jangan lupa kau tu tidak
pernah sepadan dengan aku kerana kau tu bekas pelacur!”
Sinis sekali bicara Rayyan tanpa
memperdulikan sekeping hati yang sakit mendengarkannya.
Hannah hanya mampu menunduk. Dia benci
apabila Rayyan memanggilnya pelacur. Walaupun dia hampir terjebak dengan pekerjaan
hina itu namun dia terselamat dan tidak pernah bergelumbang dengan maksiat. Tak
kan kerana itu dia perlu dipandang hina.
Ah sememangnya lelaki terlalu ego dan tidak
mahu mengaku kesalahan diri.
“ Ego!” Kata Hannah tanpa sedar. Dia sendiri
terkejut dengan bicara yang terkeluar dari mulutnya itu.
Rayyan yang tercabar dengan bicara Hannah itu
terus menarik rambut Hannah yang panjang.
“ Ego? Memang aku ego! Puas hati?” Tanya
Rayyan sambil menarik rambut Hannah kuat membuatkan Hannah terdongak ke
belakang. Hannah cuba melepaskan pegangan Rayyan tetapi semakin dia mencuba
semakin kuat Rayyan mencengkam.
Hannah semakin ketakutan. Dia semakin trauma.
Ketakutan yang dirasainya suatu masa dahulu mula menjelma semula di dalam
dirinya. Nafasnya sesak dan dadanya berdebar kencang.
Akhirnya Hannah menjerit kuat supaya Puan
Hajjah Salamah datang membantunya. Inilah sahaja cara yang boleh dilakukannya
untuk menyelamatkan dirinya dari terus menjadi mangsa pukulan Rayyan.