Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
220,946
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
bab 2

“ Wah…cantiknya isteri you,” kata Robert tatkala Hanita keluar dari rumah. Robert yang berada di hadapan keretanya terus memandang Hanita tanpa lepas. Sememangnya Kamal mempunyai seorang isteri yang sangat cantik.

Kamal tersenyum apabila dipuji sebegitu. Dia berasa bangga kerana dapat menawan hati Hanita yang sebenarnya digilai ramai.

“ Memang isteri Icantik, tak rugi Tuan Robert melanggannya malam ini,” kata Kamal sambil menarik tangan Hanita kepada Robert. Hanita yang hanya menunduk, menurut tanpa sebarang kata.

“ Hai Nita, apa khabar?” Tanya Robert sambil memeluk pinggang Hanita. Nyata Hanita begitu terkejut dengan tindakan berani Robert itu. Mahu sahaja di tampar muka Robert namun dia sedar peranannya yang perlu melayan lelaki mata keranjang itu. Dia melakukannya tanpa rela. Dia kalah dengan pujuk rayu Kamal.

“ Baik,” kata Hanita sepatah. Namun dia masih tidak rela untuk melemparkan senyumannya.

Kamal tersenyum senang hati.

“ Hanita akan melayan Tuan Robert puas-puas malam ini. Anggaplah dia isteri Tuan Robert malam ini,” kata Kamal.

Previous: Bab 1
Next: bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.