Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
220,931
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 19

“ TOLONG, tolong papa, jangan pukul Hannah lagi.”

Igauan Hannah pada pukul 2.30 pagi mengganggu lena Rayyan. Dia mendenggus geram sambil memandang kepada Hannah yang sedang tidur di sofa. Sekali sekala tubuh badannya bergelut dengan mimpinya.

“ Tolong buang teddy bear itu! Hannah takut!” Kata Hannah lagi.

Rayyan mendenggus kasar. Marah dia kepada Hannah yang telah mengganggu lenanya.

“ Hoii…boleh tak kau tak memekak di tengah malam ni? Aku nak tidurlah!” Tengking Rayyan kepada Hannah. Hannah nyata terkulat-kulat apabila melihatkan Rayyan yang sedang memandangnya dengan ganas. Dada Hannah berombak kencang. Ternyata mimpi ngeri itu begitu memberi kesan terhadap emosinya.

“ Nak tidur dengan tenang sedikit pun tak boleh,” marah Rayyan lagi sambil berbaring semula. Hannah hanya menyepi. Dia tiada kuasa untuk melawan bicara Rayyan itu. Emosinya terganggu dengan mimpi ngeri itu.

Dipejamkan matanya rapat-rapat. Ingin mengenyahkan segala derita yang sedang ditanggungnya. Namun semakin dia mencuba semakin dia kecewa. Dia tidak sanggup menerima ujian getir ini. Kalau boleh dia mahu terus hidup bersama dengan Mak Cik Norsiah dan Adam. Hanya mereka berdua yang benar-benar menyayanginya. Ah dia sudah lama kehilangan Mak Cik Norsiah dan terputus khabar dengan Adam. Semenjak satu persatu ujian yang datang dia tidak mempunyai kesempatan untuk mengirimkan khabar berita kepada Adam. Bimbangkah Adam kepadanya?

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.