NIZAM yang berada di hadapan Rayyan hanya
mampu merenungi Rayyan dengan perasaan simpati. Wajah Rayyan kelihatan kusut
menunjukkan bebanan masalah yang ditanggungnya tatkala ini. Sungguh dia begitu
terkejut dengan tragedi yang telah menimpa Rayyan itu dan dia sememangnya yakin
yang Rayyan diperangkap.
“ Bila
aku tengok muka dia, memang aku marah. Aku boleh tengok kehancuran yang dia
buat pada aku. Tapi tak pe aku boleh bersabar,” kata Rayyan.
“ Kau
yakin ke dia yang perangkap kau? Entah-entah dia pun seperti kau, menjadi
mangsa perangkap Hanif,” kata Nizam.
“ Aku yakin sangat. Lagi pun perempuan
murahan seperti Hannah itu memang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk
mendapatkan kesenangan,” kata Rayyan yakin.
Nizam hanya mengeluh lemah. Dia tidak
mengenali Hannah jadi dia tidak boleh menghukum Hannah berdasarkan cerita
Rayyan itu. Mana tahu Hannah juga diperangkap oleh Hanif. Lagi pun dia kenal
benar siapa Hanif sebenarnya.
“
What’s your plan?” Tanya Nizam.
Rayyan mengetap bibir geram. Dendamnya
membara. Tidak mungkin dia hanya mendiamkan diri dan membiarkan dirinya terus
diaibkan sebegini.
“ Aku akan buatkan dia melutut kepada aku
atas kesalahan yang telah dia lakukan kepada aku!” Kata Rayyan cukup yakin
sekali.
Nizam pula tersenyum mengejek apabila
mendengarkan bicara Rayyan itu. Dia tahu bicara Rayyan itu bersandarkan
emosinya yang sedang marah.
“ Jangan yakin sangat Rayyan. Aku takut kau
pula yang menyesal kelak,” nasihat Nizam pula.