Hannah duduk membisu di atas katil. Langsung
tidak memandang Rayyan. Dia takut memandang wajah menyinga Rayyan itu. Dia
sendiri tidak tahu apa yang berlaku kini. Bingung!
“ Memang dasar pelacur! Kau sengaja mahu
memerangkap aku bukan?” Marah Rayyan sambil memandang tajam kepada Hannah.
Hannah yang duduk di atas katil sambil
memeluk bantal hanya menangis. Bilik hotel yang disewa oleh Rayyan setelah
mereka dihalau oleh Tan Sri Ghazali sedikit pun tidak mengembalikan ketenangan
dalam dirinya. Malah dia semakin serabut.
“ Hei perempuan!” Tengking Rayyan sambil
menarik bantal yang dipeluk Hannah lalu di baling ke dinding.
Hannah nyata terkejut dengan perilaku Rayyan
itu. Dipandang wajah Rayyan yang sedang menahan kemarahannya. Kemudian Hannah
menunduk kerana begitu takut dengan pandangan menyinga Rayyan itu. Wajah
menyinga Rayyan saling tak tumpah seperti wajah menyinga Kamal membuatkan
Hannah semakin gerun.
Kemudian Rayyan menarik rambut Hannah dengan
kasar menyebabkan wajah Hannah terdongak ke belakang.
“ Hei perempuan, apa muslihat kau hah? Kenapa
kau perangkap aku?” Tanya Rayyan.
“ Mana ada. Saya pun tak tahu bagaimana boleh jadi macam ni.
Saya pun diperangkap. Percayalah, Tuan
Rayyan,” kata Hannah dalam juraian airmata. Dia begitu takut sekali dengan Rayyan.
Dia tahu saat ini dia tidak boleh mencabar kemarahan Rayyan. Kalau tidak pasti
nahas jadinya. Dia takut tubuh badannya menjadi mangsa pukulan Rayyan seperti
mana dia menjadi mangsa pukulan Kamal suatu masa dahulu.
“ Puiiihhhh…kau ingat aku boleh percaya
dengan kau, perempuan sundal!” kata Rayyan terus menolak kepala Hannah.
Hannah menangis lagi. Sakit hatinya apabila
tidak habis-habis Rayyan memaki dirinya.
“ Saya tak bohong, Tuan Rayyan dan Allah
menjadi saksi,” kata Hannah lemah.
“ Kau jangan nak main dengan nama Allah di
sini. Aku tahu perempuan jenis kau ni hanya tahu memerangkap lelaki kaya dengan
tubuh kau semata-mata untuk mendapatkan kesenangan,” kata Rayyan.
Hannah mengeluh lemah. Rayyan tidak
habis-habis mahu meletakkan kesalahan ke atas dirinya. Dengan debaran di dada,
Hannah cuba menyatakan kebenarannya.
“ Oh maknanya saya yang salahlah. Habis tu
kenapa Tuan Rayyan boleh tidur di bilik saya? Saya juga boleh menuduh yang Tuan
Rayyan telah memperkosa saya!” Kata Hannah takut-takut. Dia tahu dia perlu
membela diri.
“ Apa?” Tanya Rayyan tidak puas hati dengan
tuduhan yang dilemparkan oleh Hannah itu.
Hannah menunduk. Dia tidak berani untuk
memandang wajah Rayyan yang menyinga itu. Dengan terketar-ketar dia cuba
meneruskan bicaranya.
“ Bagaimana Tuan Rayyan boleh berada di bilik
saya? Ternyata Tuan Rayyan berniat tidak baik terhadap saya! Tuan Rayyan telah
merogol saya dan sekarang Tuan Rayyan nak salahkan saya pula?” Tanya Hannah.
Inilah persoalan yang bermain di mindanya sejak dia mendapati dirinya tidur
bersama dengan Rayyan. Persoalan ini juga yang memaksa dirinya untuk merelakan
perkahwinan ini. Apa lagi pilihan yang dia ada selain berkahwin dengan Rayyan
setelah maruah dan harga dirinya di rentap oleh lelaki itu.
“ Kurang ajar!”
Serentak dengan itu penampar sulung Rayyan hinggap
di pipi Hannah. Dia jadi tidak sabar apabila Hannah terus-terusan menuduh
dirinya. Hannah menggigil ketakutan apabila ditampar sebegitu. Entah kenapa
wajah Rayyan di hadapannya sudah bertukar menjadi Kamal.
“ Eh pelacur, kau jangan nak tuduh aku. Kau
yang perangkap aku!”
Hannah hanya mampu menangis. Dia tidak berani
untuk melawan bicara Rayyan lagi. Dia takut Rayyan akan terus mengasari
dirinya. Sedetik dia mula teringatkan peristiwa bagaimana dia di dera tanpa
belas oleh Kamal dahulu.
Melihatkan airmata Hannah membuatkan Rayyan
semakin marah. Dia tahu Hannah cuba meraih simpati daripadanya dengan menangis.
Ah kalau tidak masakan ada perumpamaan yang mengatakan airmata adalah senjata
wanita.
“ Eh perempuan, kau tak payah berlakon dengan
akulah. Aku nak tengok sampai bila kau nak sembunyikan identiti kau yang
sebenarnya. Sekarang ni kau cakap dengan aku berapa harga diri kau?” Tanya
Rayyan kasar.
Hannah menggeleng dalam tangisan yang penuh
syahdu. Begitu rendah sekali maruah dirinya di mata Rayyan.
“ Dua ratus? Dua ribu? Dua puluh ribu?
Cakaplah!” Tengking Rayyan sambil menolak kepala Hannah. Dia menjadi semakin
marah apabila Hannah hanya tahu menangis sahaja.
Hannah hanya membatu. Dia tidak berani
melawan. Tubuhnya pula sudah bergegar menahan sendu yang semakin bergelora.
“ Perempuan jalang macam kau ni, memang
taksub dengan hartakan!” Tuduh Rayyan lagi.
“ Saya tak bersalah. Percayalah. Saya tak
bersalah dan saya juga diperangkap!” Tangis Hannah.
Rayyan mencebir dengan bicara Hannah itu.
“ Hei, cermin diri kau sikit. Siapa nak
percaya perempuan murahan macam kau ni!”
Hannah menggeleng. Dia tahu tanggapan Rayyan
kepadanya tidak akan berubah walau beribu kali Hannah cuba menerangkan
kepadanya. Oleh itu lebih baik sahaja Hannah keluar dari bilik hotel ini
sebelum Rayyan melakukan sesuatu di luar jangkaan terhadapnya.
“ Sudahlah Tuan Rayyan. Saya tak mahu
bertekak dengan awak lagi dan saya yakin kita menerima nasib yang sama iaitu
diperangkap. Sudahlah saya nak keluar dari sini,” kata Hannah mula bangun. Dia
tidak berani untuk berlama dengan Rayyan di situ. Dia bimbang Rayyan akan
memperapakan dirinya.
Namun Rayyan terus merentap tangan Hannah dan
terus menolak tubuh Hannah jatuh ke katil.
“ Sekarang aku nak kau bayar balik kehancuran
yang dah kau lakukan kepada aku!” Tengking Rayyan.
Belum sempat Hannah berbuat apa-apa, Rayyan
sudah menindihnya dengan membawa teddy
bear yang dijadikan perhiasan di atas meja solek oleh pihak pengurusan
hotel. Nyata Hannah begitu terkejut dengan teddy
bear yang berada di tangan Rayyan. Dia bimbang Rayyan akan melemaskan
Hannah dengan teddy bear tersebut
seperti mana Kamal lakukan kepadanya suatu masa dahulu.
Ternyata tekaan Hannah tepat sekali. Tanpa
menunggu sesaat, Rayyan terus melemaskan wajah Hannah dengan teddy bear di mukanya. Hannah yang
ketakutan mengelupur cuba menyelamatkan diri. Namun dek kerana fobia dengan
kisah silam membuatkan Hannah semakin sesak nafas dan akhirnya Hannah pengsan
tidak sedarkan diri.
Rayyan yang cuak setelah mendapati Hannah
tidak bergerak mula memeriksa nadinya dan Rayyan menarik nafas lega apabila
mendapati Hannah masih hidup.
“ Woooiii..bangunlah,” kata Rayyan sambil
menampar-nampar muka Hannah.
Debaran di dadanya semakin kuat. Bimbang juga
jikalau sesuatu yang buruk terjadi kepada Hannah sedangkan niatnya hanyalah
mahu menakutkan Hannah sahaja.
Dalam beberapa minit kemudian, barulah Hannah
sedar semula. Wajahnya panik dan ketakutan.
“ Kau ni memang pandai berlakonlah,” kata
Rayyan yang membaling teddy bear yang ada di tangannya ke muka Hannah.
Hannah yang masih fobia terus menjerit kuat
membuatkan Rayyan mendenggus kasar.
“ Memang dasar drama queen,” kata Rayyan sambil berlalu dari situ.