Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
220,916
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
bab 14

“ MASAK, masak aku kerja dengan dia!” Bebel Hannah di dalam hatinya sambil tangannya tekun mencuci pinggan yang telah digunakan untuk minum petang bersama tunang Rayyan sebentar tadi.

“ Dia ingat muka dia handsome sangat ke sampai nak tunjuk belagak depan aku? Dia tak sedar ke muka dia tu macam pingu? Iskh geramnya aku.”

Hannah menyental pinggan dengan sekuat hatinya. Kononnya pinggan itu adalah Rayyan yang sombong itu. Alangkah indahnya kalau dia dapat berbuat sedemikian kepada Rayyan. Baru puas hatinya.

Tiba-tiba Hannah teringatkan muka Rayyan yang begitu marah dengannya apabila dia mengelap muka Rayyan bagaikan mukanya adalah lantai membuatkan Hannah tersenyum sendirian.

“ Nak tunjuk belagak sangat dengan aku. Hah baru puas hati aku mop muka kau tadi!” Kata Hannah tersenyum sendirian.

“ Biar muka kau yang perasan handsome tu..”

“ Oitt Hannah!” Tengking Rayyan tiba-tiba.

“ Oh Tuan Rayyan handsome,” latah Hannah akibat begitu terkejut dengan tengkingan Rayyan itu. Sudahnya dia hanya mampu menekup mulutnya akibat latahannya itu. Mampus aku kena maki dengan Tuan Rayyan! Desis Hannah di dalam hatinya.

“ Apa?” Tanya Rayyan sambil membuntangkan matanya. Mungkin tidak percaya dengan latahan Hannah itu.

Hannah mengerutkan keningnya. Malunya hanya Allah sahaja yang tahu. Kalau boleh mahu sahaja disembunyikan wajahnya di bawah singki. Apa yang telah aku lakukan ini? Iskh buat malu kaum je!

“ Alamak, banyak-banyak perkataan kenapa perkataan tu yang keluar? Makin perasan lah mamat angin seorang ni,” keluh Hannah di dalam hatinya.

“ Tak de apa-apalah,” kata Hannah tersipu malu.

Melihatkan wajah Hannah yang sedang tersipu malu itu membuatkan Rayyan semakin jijik.

“ Tak kan minah sengal ni sukakan aku? Ee…gelinya aku,” bisik Rayyan di dalam hatinya.

“ Apa yang kau sedang fikirkan hah?” Marah Rayyan.

“ Tak de apa Tuan Rayyan. Saya cuma… cuma…” Hannah kematian kata.

“ Cuma apa? Kau sukakan aku ke?” Tanya Rayyan berterus-terang.

Rasa nak termuntah Hannah apabila mendengarkan pertanyaan ikhlas lagi jujur dari Rayyan itu. Hishhh..perasannya mamat angin seorang ni. Kau ingat aku hadap sangat dengan muka kau yang mcam pingu tu? Oh please…Bangla jual karpet lagi handsome dari kaulah!

Iskh mulut ni, kenapalah tak de insuran? Cakap pakai main redah sahaja. Tak pasal-pasal memerangkap diri sendiri!

“ Mana ada!” Kata Hannah kalut sekali. Dia tidak mahu Rayyan terus-terusan tersalah anggap kepada dirinya. Pasti tatkala ini Rayyan akan mengutuk dirinya. Mengatakan dirinya perempuan tidak sedarkan diri.

“ Habis tu kenapa kau cakap aku handsome?” Tanya Rayyan serius. Lagaknya macam dia seorang sahaja lelaki paling handsome di dunia. Eh meluat Hannah melihatnya. Cuba la cermin diri sedikit!

“ Alamak, apa alasan yang perlu aku berikan? Mampuslah aku kalau macam ni. Tak fasal-fasal mamat angin ni perasan yang aku sukakan dia. Iskh tolonglah!”

“ Kau jangan buat muka sengal macam tu! Kau sedar tak siapa diri kau? Kau tu hanyalah khadam aku! Tukang gaji aku! Hei kita tak sama taraflah! Kalau ditakdirkan semua wanita kat dalam dunia ini mati dan hanya ada kau seorang sahaja dalam dunia ini sekali pun, aku rela membujang sampai ke tua daripada aku jatuh hati dengan khadam aku sendiri. Kau ingat tu!”

“ Eleh perasan. Macamlah aku suka sangat dekat kau. Eh tolonglah, aku pun tak akan pilih kau jugalah walaupun spesies lelaki dah pupus kat dalam dunia ini!”

Ah malangnya Hannah hanya mampu melawan di dalam hati. Di depan Rayyan dia hanya pandai mengangguk dan mengiakan bicara Rayyan itu.

Previous: bab 13
Next: bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.