Home Novel Cinta CINTA HATI NAYLI (CINTA HATI CIK DOKTOR )(OH MY DOCTOR)
CINTA HATI NAYLI (CINTA HATI CIK DOKTOR )(OH MY DOCTOR)
Rabihah Nur Ridhuan
15/12/2016 22:06:07
37,740
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Senarai Bab
Bab 10

MATA memandang wajah itu dengan perasaanmeluap-luap. Terasa mahu diplaster mulut itu yang sedang lancar mengemukancadangan penjualan Aryana Resort. Dia sudah tidak dapat mempertahankansabarnya. Kala ini terasa mahu menjerit dan memaki hamun Puan Serina yang sedanglancar mengutarakan cadangan tidak bernasnya itu.

“Aryana Resort tidak ubah sepertibiawak hidup kepada Bumi Hijau. Kalau dibiarkan lama-lama ia boleh menggancamkedudukan Bumi Hijau. Penjualan Aryana Resort bukan sahaja dapat menyelamatkanBumi Hijau daripada terus terdedah daripada risiko sebaliknya ia akan turut memberikan keuntungan sebanyak 20 juta ringgitakibat daripada penjualan tersebut.”

Adrian ketap bibir. Menahan mulutnyadaripada terus mengeluarkan sesuatu yang tidak enak didengar di sini. Hati pulaterasa sebak. Bagaikan terbayang-bayang kegembiraan arwah mama saat menceritakan tentang cadangan penubuhan Aryana Resort. Aryana Resort bukan sekadar sebuah perniagaan baginya tetapi disitulah merakamkan semua kenangan manis antaranya dan mama.

Aryana Resort diambil sempena nama mamanya kerana mamalah pencetus kepada penubuhanAryana Resort dan semua hiasan dalaman, rekaan serta sentuhan adalah daripadamama sendiri. Sebab itu Adrian begitusayangkan resort tersebut.

Adrian pejam mata lagi. Tanpa sedarsetitik air matanya jatuh ke pipi. Cepat-cepat disekanya. Entah bila airmatanya bertakung dia sendiri tidak menyedarinya. Betapa kenangan yang hadirbegitu memeritkan hati dan perasaannya.

“Cadangan yang cukup baik. PenjualanAryana Resort bukan sahaja menyelamatkan Bumi Hijau daripada terus mengalamikerugian sebaliknya ia juga akan memberikan suntikan modal kepada Bumi Hijau.”

Adrian lihat Puan Serina tersenyumlebar. Pasti berpuas hati kerana cadangannya menerima sokongan daripada ahlilembaga pengarah. Adrian tahu sejak dari dulu lagi Puan Serina mahu menyingkirkan Aryana Resort daripada Bumi Hijau.Sejak dari dulu lagi Puan Serina tidak berkenandengan Aryana Resort kerana asas penubuhan Aryana Resort adalah lambang cinta arwah papa kepada mama yang tidak pernah ditonjolkan arwah papa kepada PuanSerina.

“Aryana Resort mempunyai pantainya yang tersendiri dan berpontensimemberikan keuntungan yang besar kepada kita kerana Resort itu terletak dipulau pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong. Sebenarnya Aryana Resort membuat keuntungan tetapipenyelenggaraan golf course melebihikeuntungan yang dibuat. Jika mahu memulihkan Aryana Resort, kita hanya perlumemberhentikan perkhidmatan golf coursesahaja,” bantahAdrian. Dia akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan Aryana Resort. Selagi dia masih bernyawa selagi itulah dia akan mempertahankan haknya di sini.

“Kaunak tambahkan lagi kerugian Bumi Hijau?” Puan Serina masih tetap mempertahankanpendiriannya. Dia sudah dapat menganggak cadangannya ini pasti akan ditentanghabis-habisan oleh Adrian. Memang sudah dimaklumi oleh semua ahli lembagapengarah yang dia dan Adrian tidak pernah sebulu. Selalu sahaja mereka berduabertekak dalam setiap mesyuarat yang dijalankan.

“Aryana Resort rugi disebabkan ahlilembaga pengarah sendiri tidak memberikan peruntukan sewajarnya untukmempromosi dan menyelenggaranya. Sebab itulah Aryana Resort kalahdengan persaing-pesaingnya,” tambah Adrian. Turut naik darahnya melawan patahbicara  itu. Sememangnya dia tidak bolehbersabar dengan Puan Serina.

“Adrian, buat apa kita perlu bazirkanduit kepada pelaburan yang tidak berpotensi?” bangkang Puan Serina.

“Siapa kata Aryana Resort tidak berpotensi?Sedangkan semua resort perniagaan di situ memberi keuntungan yang besar? Kenapahanya Aryana Resort mencatatkan kerugian daripada tahun ke tahun? Puan pernahbuat kajian tak kenapa semua ini terjadi? Bukankah sebab cadangangolf course daripada Puan yang bagaikan sengaja memberi kerugian kepada Aryana Resort?” lancarsahaja Adrian menuturkan bicaranya.

Puan Serina mendenggus geram. Geramdengan Adrian yang tidak habis-habis mahu menyalahkan dirinya.

“Saya memberi cadangan demi untuk kebaikan Bumi Hijau. Lagipunapa yang berlaku kepada Aryana Resort adalah persetujuan ahli lembaga pengarahtermasuk Encik Adrian sendiri bukan?”

“Jadi puan mengakulah yang puan yang telah menyebabkan Aryana Resort kerugian besar? Ini sudah terbukti yang puan lemah dalammembuat keputusan. Puan tak mampu dan tidak akan mampu menerajui Bumi Hijaudengan baik,” provokasi Adrian lagi.

“Adrian! Apa yang kau cakap ini?” PuanSerina sudah tidak betah sendiri. Provokasi Adrian nyata sudah mencalarkreadabelitinya yang mahu mengintai jawatan CEO.

Adrian tersenyum senget. Hatinya berasabegitu puas kerana berjaya membuatkan Puan Serina marah. “Saya bercakap atasdasar fakta semata-mata, Puan. Berikan tempoh masa selama setahun kepada sayauntuk menaikkan semula kegemilangan Aryana Resort seperti 15 tahun lalu. Kalausaya gagal barulah saya serahkan kepada semua ahli lembaga pengarah sama adamahu menjualnya atau membiarkannya begitu sahaja,” kata Adrian dengan penuhkeyakinan. Walau apa pun terjadi dia akan cuba menaikkan Aryana Resort yang begitupenting dalam hidup mama.

“Setahun? Maksud kau, kau mahu biarkankerugian ini berpanjangan selama setahun? Sekaligus menjejaskan perjalanan BumiHijau?” tanya Puan Serina. Sungguh dia begitu tidak berpuas hati denganpendapat Adrian itu. Hati di dalam semakin resah tidak bertepian. Bimbangkalau-kalau ahli lembaga pengarah terpengaruh dengan pendapat Adrian itu.

“Saya rasa tidak guna kita tangguhkanpenjualan Aryana Resort. Aryana Resort dalam keadaan tenat sekali. Kalaudibiarkan pasti akan memudaratkan perjalanan Bumi Hijau secara keseluruhannya,”sokong Datuk Ghazali.

“Saya juga turut bersetuju denganpendapat Datuk Gahazali itu!”

“Saya juga!”

“Saya!”

Puan Serina tersenyum lebar apabilakebanyakan ahli lembaga pengarah mula bersetuju dengan pendapatnya. Dijelingseketika Adrian yang sudah tidak betah sendirian.

“Dan kita boleh mulakan undian untukmemilih CEO Bumi Hijau yang baru!”


************************************************************************

Insya Allah novel ini akan terbit bulan 10 nanti

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.