Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
220,944
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
bab 15

Rayyan turun dari biliknya dengan menjinjing beberapa biji beg besar sambil diperhatikan oleh Hannah yang sedang mengemas.

“ Tuan Rayyan nak ke mana?” Tanya Hannah sambil melebarkan senyuman.

“ Kau ni apa hal? Tersengih-sengih macam kerang busuk?” Kata Rayyan kasar sekali. Tidak menjawab pertanyaan Hannah itu.

Hannah yang sedang tersenyum terus mematikan senyumannya. Sebaliknya dia menghadiahkan jelingan tajam kepada Rayyan. Sakit hatinya dengan bicara Rayyan itu.

“Orang senyum pun salah ke?” Kata Hannah di dalam hatinya. Terus sahaja dia berpaling. Ingin berlalu ke dapur. Malas dia melayan Rayyan yang sentiasa ‘berangin’ itu.

“ Kau nak pergi mana?” Tanya Rayyan sambil menjegilkan matanya apabila melihat Hannah yang ingin berlalu.

Hannah berpaling sambil menggerutkan dahinya. Tidak faham dengan pertanyaan lelaki angin itu.

“ Nak ke dapurlah! Kenapa Tuan Rayyan nak tolong saya di dapur ke?” Tanya Hannah sekadar mahu berjenaka. Tension benar dia apabila melihat wajah serius Rayyan itu.

“ Eh buat apa aku upah kau jadi khadam aku kalau aku kena tolong kau?” Tanya Rayyan kasar.

Hannah hanya mampu menggeluh. Dia tertunduk sambil menunggu bicara seterusnya dari Rayyan.

“ Angkat beg-beg aku ni masuk dalam kereta!” Arah Rayyan.

“ Hah? Why me? Kenapa saya?” Tanya Hannah sambil memandang beg-beg besar yang dilonggokkan di hadapan tangga. Berat ni. Bolehkah dia mengangkatnya?

“ Banyak tanya pula bekas pelacur ni! Kau siapa aku siapa? Siapa bos di sini?”

“ Ah harap sahaja badan gagah perkasa, tapi nak angkat beg sendiri pun malas! Ada ke di suruhnya perempuan buat kerja macam ni! Tak macho lah!” Dengus Hannah di dalam hatinya. Namun dia tetap patuh dengan arahan bosnya itu.

“ Ohh..beratnya..letak batu ke apa ni?” Kata Hannah sambil mengangkat beg Rayyan menuju ke kereta. Rayyan hanya melihat sambil berpeluk tubuh. Hatinya puas.

“ Berlagak! Muka macam pingu. Ada hati nak belagak dengan aku!” Bebel Hannah di dalam hatinya. Terus sahaja dia memasukkan beg Rayyan ke dalam bonet kereta. Kemudian dia masuk semula mengambil beg Rayyan yang lain pula.

“ Semua beg aku dah masuk?” Tanya Rayyan tatkala Hannah menutup bonet keretanya.

“ Dah tuan Rayyan.”

“ Ok kalau tertinggal satu siap kau!” Kata Rayyan sekadar mahu mengertak. Sengaja mahu menakutkan Hannah. Lagipun gadis seperti Hannah ini bukannya boleh dipercayai. Mana tahu salah satu begnya di curi oleh gadis di hadapannya ini.

Hannah hanya menggangguk dan kemudian dia terus ingin berlalu. Berlama bersama dengan Rayyan bukannya ada faedah pun. Buat sakit hatinya adalah.

“ Kau nak ke mana?” Tanya Rayyan bongkak sekali.

“ Nak masuk dalam rumah,” kata Hannah.

“ Siapa nak bukakan pintu kat aku?”

Hannah mendenggus kasar dengan pertanyaan Rayyan ini. Rayyan memang sengaja mahu membulinya. Selama ini pandai sahaja lelaki ini membuka pintu sendiri. Dah hilang tangan kot lelaki angin seorang ini! Keluh Hannah sendirian.

Hendak tak hendak, Hannah membuka pintu kepada Rayyan. Dia tahu taraf dirinya yang merupakan khadam kepada Rayyan.

“ Masuk Tan Sri Rayyan,” kata Hannah sengaja mahu memperli Rayyan.

Rayyan mengangkat keningnya. Mengambil cermin mata hitam dari poket bajunya lalu dipakaikan di matanya. Hannah hanya mencebir geram. Macamlah handsome sangat! Bangla jual karpet lagi handsome dari kaulah!

“ Oooh kejap, biar saya bersihkan tempat duduk ini dulu,” kata Hannah sambil menyapu tempat duduk Rayyan. Sengaja dia berbuat begitu untuk melengahkan masa Rayyan. Biar lelaki angin itu berang dengan tindakannya itu.

“ Ohh khadam yang bagus!” Kata Rayyan selamba sekali membuatkan Hannah hanya mampu mengeluh geram.

“ Silakan masuk Tan Sri Rayyan,” kata Hannah geram sekali.

“ Terima kasih,” kata Rayyan sambil melabuhkan punggungnya di tempat pemandu.

“ Hahh…kalau barang di rumah ni hilang sepanjang ketiadaan aku ni, siap kau!” Kata Rayyan memberi amaran keras kepada Hannah sebelum dia menutup pintu keretanya.

“ Huh..muka macam pingu, ada hati nak berlagak! Macamlah aku kebulur sangat dengan barang-barang murahan dia tu!” Kata Hannah meluahkan ketidakpuasan hatinya. Namun sayangnya Rayyan sudah tiada kerana kereta yang Rayyan naiki sudah meluncur laju menuju ke jalan raya. Ah Hannah memang begitu, hanya tahu melawan di dalam hati atau di belakang Rayyan sahaja.

Previous: bab 14
Next: bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.