Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
220,970
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
bab 9

DADA Hannah berdebar laju selaju kereta proton wira yang dinaikinya. Lebuh raya yang dilalui sunyi tanpa ada kereta yang lalu lalang. Mulutnya pula tidak pernah berhenti dari menyebut nama Allah yang agung dan terus mengharapkan pertolongan daripada Allah yang Esa.

” Sekejap lagi tahulah nasib kau melayan lelaki inggeris. Ganas!!” Usik lelaki sasa yang berada di sebelah Hannah.

” Allah..Allah..Allah,” kata Hannah kuat sekali. Dia tidak mahu mendengar apa-apa selain nama Allah yang agung.

Empat orang lelaki yang berada di dalam kereta tersebut ketawa kuat mendengarkan bicara Hannah itu. Mereka tahu tatkala ini Hannah ketakutan. Malah semua wanita yang pertama kali menjadi pelacur akan bersikap seperti Hannah tetapi apabila sudah membiasakan diri dengan pekerjaan ini akan mula bersikap ceria apatah lagi gaji yang didapati cukup lumayan.

” Apa yang kau sebut tu? Kau nak jampi kami ke?” Tanya lelaki yang sedang memandu kereta. Keempat-empat lelaki itu berbangsa cina dan sudah pastinya mereka tidak tahu tentang kalimah Allah.

” Allah...Allah...Allah...” kata Hannah kalut. Debaran di dadanya semakin kuat. Dia hanya memejamkan mata dan tidak sedikit pun menghiraukan pertanyaan lelaki itu.

” Itu nama tuhan dia la. Tak kan lu tak tahu isu kalimah Allah yang heboh di media masa,” kata salah seorang lelaki di situ.

” Oh mau minta tolong dari tuhan you lah. Ok aku nak tengok setakat mana tuhan you boleh tolong, ma,” kata pemandu itu.

” Boleh, mesti tuhan dia boleh tolong. Tolong hantar ke hotel.”

Mereka tertawa besar. Masing-masing berasa geli hati dengan lawak antarabangsa yang dibuat oleh salah seorang rakan mereka. Manakala Hannah terus dengan kalimah Allah yang dituturkannya tanpa memperdulikan sendaan lelaki-lelaki jahat tersebut. Dia yakin dengan Allah yang esa. Allah sentiasa bersama dengannya dan Allah akan membantunya keluar dari lembah hina ini. Tunjukkanlah Allah kekuasaanMu. Tunjukkan mukjizatMu kepada mereka yang sedang mempersendakanMu ini. Bantulah aku keluar dari lembah hina ini. Sesungguhnya aku tidak sanggup menjual maruahku sendiri.

Tiba-tiba dengan kuasa Allah, motorsikal yang sedang memotong kenderaan yang dinaiki Hannah tergelincir lalu jatuh betul-betul di hadapan kereta membuatkan pemandu kereta membrek secara mengejut. Namun gagal menyebabkan kereta yang dinaiki Hannah membelah motosikal tersebut. Pembonceng motosikal bersama motosikalnya terseret bersama kereta yang dinaiki Hannah sebelum kereta tersebut berhenti akibat terlanggar dengan pembahagi jalan. Akibat hentakan yang kuat keempat-kempat lelaki tersebut mengalami kecederaan dan pengsan di situ.

Sesungguhnya Allah akan memperkenankan doa hamba-hambaNya. Hannah begitu bersyukur kerana dia hanya mengalami kecederaan ringan. Melihatkan keempat-empat lelaki yang berada di dalam kereta sudah cedera dan pengsan, Hannah segera keluar dari kereta dan berlari menyelamatkan diri.

Hampir sepuluh meter Hannah berjalan kaki, namun dia tidak menemui sesiapa. Hannah semakin bimbang, kalau-kalau lelaki-lelaki jahat itu sudah sedarkan diri dan sedang mencarinya. Lagipun mudah sangat dirinya ditangkap di jalan yang lengang begini.

Tiba-tiba Hannah ternampak ada sebuah kereta yang rosak di bahu jalan. Segera Hannah masuk lalu bersembunyi di tempat duduk belakang.

Previous: bab 8
Next: bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.