BUAT kali pertama Idlan menghantarnya ke
kampusnya. Sudah hampir tiga minggu dia tidak jejakkan kakinya ke kampus.
Sepatutnya sudah ada surat amaran dari pihak kolej kerana kegagalannya
menghadirkan diri ke kelas. Tapi tadi sebelum dia hendak ke kampus, ibu tirinya
Maria datang dan membisikkan sesuatu.
“Sebenarnya masa Orked di Bukit Tinggi,
ayah Orked ada jumpa dekan di kolej Orked. Dia kata Orked tak berapa sihat di
rumah jadi dia minta cuti panjang dari pihak universiti. Jadi Orked tak perlu
risau apa-apa. Pihak universiti takkan ambil tindakan, jadi Orked boleh ke
kelas macam biasa.” Ujar Maria.
Orked tergaman. Tiba-tiba dia
teringatkan kata-kata Mira tempohari. Ketika itu Mira sendiri ada
memberitahunya mengenai ayahnya yang datang ke kolejnya untuk menemui dekan.
Sangkanya pihak dekan pasti sudah tahu semua hal mengenai dirinya dari mulut
ayahnya. Rupa-rupanya ayahnya datang semata-mata kerana mahu berbohong tentang
dirinya.
Dia tersenyum sinis. Sudah pasti
ayahnya tidak mahu pihak kolej tahu tentang dirinya yang dilokap kerana kes
tempohari, dan selepas itu mengikut pula Idlan ke Bukit Tinggi. Ayahnya bukan
melakukannya kerana ambil berat terhadap dirinya. Lelaki itu melakukannya hanya
untuk menjaga airmukanya sendiri.
“Seronok pagi-pagi macam ni dapat
hantar Orked ke kelas. Orked patut beruntung sebab ada abang yang akan jadi driver Orked sepanjang abang ada kat
sini.” Idlan riang bercanda sambil sesekali menyanyi-nyanyi kecil dengan suara
sumbang, sengaja mengikut lagu yang diputarkan di corong radio.
Orked mengerling. Lucu juga dia melihat
lelaki itu begitu. Sejak awal pagi lelaki itu sudah menghantar pesanan ringkas
ke telefon bimbitnya, meminta dia segera bangun bersiap untuk ke kelas. Mulanya
dia mahu tidur lagi, tapi seminit kemudian dia sudah mendengar bunyi laungan
Idlan meminta dia cepat-cepat bangun.
Rimas dan bosan dikerah-kerah seperti
anak kecil, maka dia bangun juga bersiap-siap untuk ke kelas yang sudah lama
ditinggalkannya. Sebetulnya memang dia ada hajat mahu ke kelas hari itu
mengenangkan dia sudah berjanji dengan Arida mahu menyambung kuliahnya yang
sudah banyak tertangguh. Namun apabila dia mahu mencapai tuala mandinya,
matanya tiba-tiba terpandang sesuatu. Bulatan berwarna merah di dalam
kalendarnya membuatkan wajahnya terus berubah. Malah dia sempat beristighfar
panjang.
“Orked balik pukul berapa hari ni?”
Soal Idlan ketika mereka berhenti di persimpangan trafik.
“Tak tentu lagi. Kenapa?” Soal Orked.
“Orked nak ikut abang jalan-jalan lepas
kelas?” Pelawa Idlan seraya melirik gadis di sisinya.
“Ke mana?” Dahi Orked berkerut.
“Ke mana-mana sahaja, yang pasti bukan
ke Bukit Tinggi dan bukan juga ke Zouk tempat kegemaran Orked tu.” Usik Idlan tersenyum
nakal.
Orked menjeling panjang. Tanpa disedari
tangannya sudah menampar lengan Idlan yang sedang memandu. Hatinya mendongkol
geram kerana Idlan sengaja mengusiknya dengan umpan Zouk.
Idlan ketawa besar melihat wajah Orked
yang cemberut. Dia tahu Orked tidak suka dia menyebut nama kelab malam di mana
dia pernah mengikut Orked masuk tempohari. Dia sendiri tidak sangka dia juga
ikut nekad mengekori gadis itu ketika itu. Betul-betul kerja gila!
Ketika kereta yang dipandunya sampai di
hadapan lobi fakulti perniagaan, Orked segera turun. Dia sempat berpaling ke
arah Idlan yang sedang memerhatikannya.
“Nanti habis kelas callabang ya.” Idlan berpesan.
“Tengoklah nanti.” Jawab Orked acuh tak
acuh.
“Apa pulak main tengok-tengok ni? Nanti
telefon, kalau tidak hari-hari abang tunggu Orked di sini sampai habis kelas.
Mahu begitu?” Ugut Idlan.
“Yalah tu.” Cebik Orked mengejek.
Idlan ketawa besar. Lucu melihat gadis
itu mencebik ke arahnya. Matanya asyik memerhatikan gelagat Orked yang
terburu-buru mendaki anak tangga ke fakultinya sebelum menghilangkan diri.
Usai kelibat gadis itu menghilang,
tawanya terhenti. Untuk seketika dia termenung sendiri. Memikirkan tentang
dirinya, memikirkan tentang Orked. Malah dia memikirkan tentang apa yang berada
di pelusuk hatinya saat ini. Entah kenapa dia jadi tenang setiap kali dia
memerhatikan Orked. Jiwanya tenteram hanya mendengar suara gadis itu, meskipun
Orked sering membalasnya dengan kata-kata kasar. Kenapa dengan diriku Ya ALLAH?
Kenapa aku sering memikirkan yang bukan-bukan tentang Orked padahal ianya
takkan mungkin. Aku takkan mungkin menyukai gadis itu lebih dari seorang adik!
Bisik hati kecil Idlan sedikit rungsing.
*
* * *
MELIHAT kereta Idlan sudah menghilang, Orked senyap-senyap
turun dari bangunan kampus lalu berjalan kaki ke arah kawasan hentian teksi. Di
situ dia terpaksa bersaing dengan dua orang gadis sebelum berjaya memperolehi
teksi.
“Ke
mana cik?” Tanya pemandu teksi berumur sekitar 30an itu.
“Taman
Seri Gombak.” Jawab Orked.
Si
pemandu terus memandu keluar dari kawasan universiti itu. Kebetulan pada masa
yang sama, Mira yang baru keluar dari kereta Arida di tepi jalan ternampak
kelibat Orked di dalam teksi. Wajah Mira segera berkerut. Orked! Nak ke mana
pulak tu? Mira berpaling memandang ke arah teksi yang membawa Orked pergi.
Hendak dikejar teksi tersebut, dia sendiri tidak berupaya. Sudahnya dia hanya
mampu menarik nafas panjang.
“Yang
kau tercengang-cengang tu kenapa? Kata tadi nak ke library.” Tegur Arida dari dalam perut kereta.
Mira tersentak. Baru menyedari Arida
masih belum beredar selepas menghantarnya di hadapan bangunan perpustakaan.
“Err..tak
ada apa-apa.” Jawab Mira seraya menggelengkan kepala. Dia tidak mahu Arida naik
angin lagi jika diberitahu tentang Orked yang sedang meninggalkan kawasan
kampus dengan menaiki teksi. Jangan Orked ponteng kuliah lagi sudahlah! Keluh
Mira, benar-benar buntu dengan temannnya itu.
Melihat
Mira terus terpisat-pisat di situ, Arida dilanda kehairanan. Dia nampak jelas
Mira asyik memerhatikan ke suatu arah. Namun apabila dia berpaling ke arah yang
sama, dia langsung tidak melihat apa-apa yang mencurigakan.
*
* * *
KETIKA teksi yang dinaikinya berhenti di
sebuah rumah teres sederhana kecil di Taman Seri Gombak, Orked turun dari perut
kereta. Matanya melurus ke arah rumah di hadapannya. Dia membuka pintu pagar
lalu melangkah masuk. Rumah itu kelihatan usang menandakan ianya sudah lama
tidak didiami.
Orked
meraba-raba sebuah pasu yang tumbuhannya hanya tinggal ranting dan kering
kontang. Di dalamnya dia menemui sebatang anak kunci. Kunci itu diambil lalu
dipulas pada tombol pintu di hadapannya. Berjaya!
Ketika
dia menguak daun pintu, hidungnya segera terhidu bau habuk yang berterbangan.
Dia mengibas-gibas habuk yang jatuh ke atas bajunya. Melihat suasana rumah itu,
bibirnya mengukir senyuman. Rumah ini merupakan rumah lama arwah ibunya. Rumah
pertama yang didiami ibunya bersama ayahnya pada awal-awal usia perkahwinan
mereka. Ketika itu ayahnya Hamdan hanya seorang lelaki biasa yang bekerja di
sebuah kilang bata sebelum menjadi ahli perniagaan berjaya pada hari ini.
Selepas ayahnya berjaya mengambil alih
kilang bata tempatnya bekerja dulu, syarikat ayahnya semakin berkembang maju.
Dan ketika itulah mereka meninggalkan rumah lama pusaka arwah ibunya dan pindah
ke sebuah rumah banglo besar. Tapi kelahirannya ternyata tidak menggembirakan
ayahnya. Lebih-lebih lagi kelahirannya dianggap membawa sial. Menurut arwah ibunya, ketika dia mula-mula
lahir, syarikat ayahnya mengalami masalah. Mungkin kerana itu ayahnya tidak
menyukainya. Itu kata ibunya dahulu.
Hakikatnya
dia sendiri tidak tahu apa yang harus d difikirkannya. Dia sudah penat mahu menghadapi
kebencian ayahnya.
Di
dinding ruang tamu yang kecil itu, matanya melihat potret gambar perkahwinan
antara ayah dan ibunya. Ibunya Hazila seorang wanita yang menawan dan lemah
lembut. Ayahnya Hamdan pula kacak ketika usia mudanya. Kedua-duanya nampak
sepadan digandingkan di dalam potret tersebut.
Sebenarnya
hari ini pada tarikh dan masa yang sama setiap tahun, dia akan kembali ke rumah
ini. Dia akan menghabiskan sepanjang pagi dan petangnya di rumah ini, sekadar
mengingatkan tentang hari ulang tahun kematian ibunya 5 tahun yang lalu. Sekeping
gambar ibunya di dalam bingkai gambar yang terhias di atas kabinet almari di
hadapannya diambil lalu ditatap.
“Umi,
Orked rindukan umi. Always!” Bisiknya
sebak. Cuba menahan kelopak mata yang terasa hangat. Sedang dia leka melayan
perasaan, telinganya tiba-tiba menangkap suatu bunyi. Orked segera berlari ke
arah tingkap. Langsir di tingkap itu diselak sedikit. Tapi sebaik dia melihat
sebuah kereta berhenti di hadapan pagar rumah itu, wajahnya tiba-tiba berubah.
Ayah!
Dengan
terburu-buru dia segera meletakkan potret ibunya di tempat asal. Kelam kabut
dia mencari-cari sudut di tempat itu untuk menyembunyikan diri. Mujurlah dia
tidak meletakkan kasutnya di luar, jika tidak pasti ayahnya tahu dia berada di
situ.
Setelah
bertemu tempat persembunyianyang
sesuai, Orked menahan nafas dan bersembunyi di sebuah bilik di antara ruang
tamu dan dapur. Dia berharap moga-moga bilik itu tidak dimasuki ayahnya atau
pasti pelempang lelaki itu singgah ke mukanya lagi jika ayahnya tahu dia
ponteng kuliah pada hari pertama sepatutnya dia memulakan hidup baru.
Beberapa
saat menunggu di dalam debaran, dia mendengar bunyi daun pintu rumah itu dikuak
dari luar. Orked menahan nafas seraya memejamkan matanya. Hatinya risau jika
kehadirannya disedari lelaki itu. Beberapa saat kemudian dia membuka matanya
bila dia tidak lagi mendengar sebarang bunyi. Wajahnya berkerut.
Dia
memberanikan diri menolak sedikit pintu bilik tempat persembunyiannya.
Kepalanya menjengah keluar. Dia nampak kelibat ayahnya sedang berdiri menghadap
ke arah potret ibunya. Renungan lelaki itu tenggelam jauh ke arah gambar di
hadapannya.
Orked sekadar memandang lelaki itu dari jauh. Pandangan
matanya sayu menerkam ke arah kelibat lelaki itu. Lebih-lebih lagi apabila dia
melihat lelaki itu mengusap potret ibunya perlahan-lahan. Hatinya pedih. Dia
terluka melihat perlakuan lelaki itu. Ayah! Kalau ayah benar-benar sayangkan
umi, kenapa ayah tak boleh sayangkan Orked walaupun sedikit? Kenapa ayah?
Hatinya merintih sayu.
“Kau
menang Hazila. Semua yang kau mahukan sudah kau dapatkan. Kau nak menyeksa aku?
Ya, kau memang dah berjaya.” Bisikan lelaki itu jelas di telinganya.
Orked terpaku. Meskipun kata-kata itu
perlahan sahaja, tapi telinganya masih mampu menangkap setiap patah perkataan
itu. Dahinya berkerut seribu. Apa maksud ayahnya dengan berkata sedemikan?
*
* * *
KETIKA Hamdan memasuki pejabatnya,
setiausahanya segera berdiri. Dia menoleh ke arah wanita berusia dalam
lingkungan 30an itu dengan wajah mesra. Jauh berbeza sekali dia apabila berada
di pejabat dan di rumah. Di pejabat dia adalah ketua yang mesra dan peramah
dengan pekerja-pekerjanya. Tapi di rumah, sikapnya akan berubah terutama sekali
terhadap anak gadisnya sendiri.
“Imah,
anak lelaki saya dah datang?” Tanya Hamdan.
“Sudah
Encik Hamdan. Dah dekat setengah jam dia sampai. Ada di dalam.” Jawab Rahimah,
wanita yang menjadi setiausaha di syarikatnya.
Hamdan
mengangguk dengan wajah ceria. Cepat-cepat dia meluru masuk ke biliknya lalu
bersapa pandang dengan Idlan yang sedang ralit membaca akhbar. Menyedari
kehadirannya, Idlan segera berpaling.
“Dah
lama Id sampai? Maaf uncle lambat.” Ujar Hamdan seraya mendapatkan anak muda
itu. Idlan sekadar tersenyum.
“Tak
lama juga, baru setengah jam. Lepas Id hantar Orked, Id pergi beli barang
sekejap lepas tu singgah ke mari.” Ujar Idlan.
Hamdan
terdiam. Soal Orked tidak menarik minatnya. Saat ini dia hanya berminat dengan
Idlan.
“Id
dah sedia? Kalau sudah, mari ikut uncle ronda-ronda di sekitar pejabat ni. Biar
uncle kenalkan Id dengan operasi di syarikat ini.” Pelawa Hamdan.
Idlan hanya mengangguk seraya mengikuti
lelaki itu.
Hampir
setengah jam lamanya Idlan dibawa melawat-lawat sekitar pejabat itu. Hamdan
mengusahakan sebuah syarikat pembekal bahan-bahan binaan, antara syarikat anak
bumiputera yang paling berjaya di ibukota. Harapan Hamdan besar untuk membawa
masuk Idlan ke dalam syarikatnya, supaya syarikatnya suatu hari nanti akan
diwarisi oleh Idlan.
Idlan
terdiam mendengar permintaan Hamdan. Dia ingin membantah namun tidak sampai
hati pula. Lagi-lagi wajah teruja Hamdan membuatkan dia berada di dalam dilema.
Ingin rasanya dia mempersoalkan hak Orked ke atas syarikat itu, namun
mengingatkan pesanan ibunya dia hanya mampu berdiam diri.
“Ayah
tiri Id tu tak suka Id sebut nama Orked. Seboleh-bolehnya jangan cuba naikkan
kemarahan dia.” Pesan ibunya.
“Id
tak faham kenapa dia benci sangat dengan anak gadisnya sendiri. Mama tentu tahu
cerita sebenar bukan?” Dia memandang ibunya mengharapkan jawapan. “Lebih baik kalau Id tak tahu apa-apa
sayang. Tapi percayalah, ayah tiri Id tu bersikap macam tu pada Orked ada
sebabnya. Mama harap Id tak simpan sebarang prasangka pada ayah tiri Id tu. Dia
lelaki yang baik sebenarnya. Dia layan Orked macam tu, mesti ada sebabnya.” Ujar
ibunya.
Idlan
hanya mampu mengeluh. Sehingga kini dia masih tertanya-tanya, kenapa lelaki
seperti Hamdan menyimpan kebencian yang mendalam terhadap darah dagingnya sendiri?
Apa rahsia yang tersembunyi antara mereka? Idlan benar-benar menyimpan hasrat
ingin mengetahuinya.
“Lepas
ni kita lunch sama-sama ya?” Pelawa
Hamdan seraya menepuk bahu anak muda di sampingnya. Dia benar-benar melayan
Idlan seperti anak kandungnya sendiri.
Idlan
terdiam. Dia teringat mahu mengambil Orked di kampus seperti yang dijanjikan.
Serba-salah juga dia mahu memberitahu Hamdan.
“Hari
ni tak boleh uncle. Id dah janji dengan kawan Id nak jumpa dia.” Ujar Idlan
memberi alasan.
“Tak apalah kalau begitu. Lain kali saja.” Hamdan
tersenyum. Hampa memanglah terasa hampa, tapi apakan dayanya. Tidak ada rezeki
dia mahu makan bersama anak muda itu hari ini.
Belum sempat Hamdan mahu berkata-kata
lagi, telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat. Dia segera menjawab panggilan
tersebut.
Melihat lelaki itu sedang berbual-bual,
Idlan segera membuat isyarat mahu
beredar dari situ. Hamdan menoleh lalu mengangguk, mengizinkan anak muda itu
beredar pergi sebelum dia menumpukan sepenuh perhatiannya pada panggilan
telefon yang baharu diterimanya.
keluar. Dia nampak kelibat ayahnya sedang berdiri menghadap