TAGLINE
Dia Guardian Angel Dari Kota London
Sempurna Tiada Tandingan
Namun Hanya DIA yang tahu
Apa Yang Terbaik Untukku
BLURB
ORKED HARLINA – anak tunggal ayahnya, tapi tak pernah ada istilah
ditatang bagai minyak penuh oleh si ayah yang jelas-jelas membencinya. Mungkin
kerana itu dia menjadi gadis yang keras hati, suka melawan, sedikit ‘liar’ tapi
masih sekuntum bunga yang rapuh di pelusuk hati. Bila si ayah berkahwin dengan
seorang janda anak satu, lagilah dia panas hati. Kes tidur lokap semalamnya
kerana bergaduh di kelab malam, mempertemukannya dengan IDLAN RIYAZ, anak ibu tirinya yang selama ini belajar di luar
negara. Maka bertemulah buku dengan ruas.
Idlan
yang sentimental, cool, penuh kematangan dan pandai ‘mengenakan’ membuatkan
hati si bunga liar rasa menyampah. Dia tidak pernah punya seorang abang dan
JELAS, dia tidak ingin Idlan Riyaz menjadi abangnya.Ibu bapa mereka suami
isteri – ya itu hakikat. Tapi Idlan tidak akan jadi abangnya – takkan sesekali!
Tapi
itu kata mulut. Hati di dalam paling tahu apa yang diingini. Bila dia yang
tidak pernah dilindungi tiba-tiba punya guardian
angel– bukan dari syurga tapi dari Kota London, siapa yang tak nak? Bila
dia yang tidak pernah dikasihi, tiba-tiba diberi perhatian, maka episod terbaru
tercipta. Jadilah dia secret admirer abang tirinya sendiri. Dan kerana Idlan,
dia mula belajar untuk menyayangi, mempercayai dan menerima. Dan kerana Idlan juga
dia kenal TENGKU EMERY ISKANDAR si
playboy aka BFF Idlan yang ada karakter yang Masya ALLAH – kereknya mamat ni.
Baginya Idlan lebih sempurna berbanding Emery. Idlan lebih penyayang berbanding
Emery. Cuma satu sahaja dia harus akui dalam ketidaksempurnaan Emery di matanya
– lelaki itu punyai hati nurani yang luhur.
FRAGMEN
Aku memang macam ni, dari dulu
pun macam ni. Aku tak pernah berpura-pura pun di hadapan kau. Dan aku tak
pernah suruh pun kau bawa aku ke tempat bodoh macam ni! - ORKED
Abang
tahu Orked ni kuat orangnya. Tapi yang kuat inilah yang abang risaukan. Abang
risau takut Orked hanya kuat di luar tapi rapuh di dalam. Sebab itu Orked
perlukan abang. I’m gonna be your shoulder to cry – IDLAN
I’m
not perfect. He’s either. And the two of us will never be perfect. But if I can
make you smile at least once, causes you to think twice about me..then I’m
perfect for you – EMERY