KETIKA dia turun untuk bersarapan pagi itu,
telinganya mendengar
bunyi riuh rendah di meja makan. Dia tergaman melihat betapa ramainya orang di meja makan pagi
itu. Siapa pulak mereka ni?
Dia
tidak jadi mengatur langkah. Niatnya mahu kembali ke biliknya tapi suatu suara memanggilnya
dengan segera menghentikan langkahnya. Hendak tak hendak dia terpaksa
berpaling. Matanya berpapas pandang dengan Idlan yang sedang duduk di kepala
meja menghadap ke arahnya.
“Orked nak ke mana tu?Tak nak
sarapan dulu?” Tanya Idlan.
Serentak
semua mata yang ada di meja makan menoleh ke arahnya. Dia terkulat-kulat
sendirian. Segan bila setiap pasang mata memandangnya seperti sedang menilainya
dari hujung kepala ke hujung kaki.
Melihat
Idlan bangun lalu menarik sebuah kerusi untuknya, mahu tak mahu dia terpaksa
duduk di situ, betul-betul di samping Idlan.
“So inilah Orked
yang diceritakan tu?” Muncul satu suara ramah menegur. Orked menoleh. Seorang
wanita dalam lingkungan usia 30an tersenyum ke arahnya. Dia memandang ke arah
Idlan, bagaikan meminta penjelasan siapakah orang-orang yang tak dikenali yang berada di
meja makan ketika ini.
“Orked,
kenalkan itu Kak Mara. Dia dengan suaminya memang selalu tinggal kat sini kalau
abang Rezal nak memancing. Yang itu anak-anak Kak Mara dengan abang Rezal. Cici
dan Fahmi.” Idlan memperkenalkannya.
Dia
hanya mengangguk. Untuk beramah-tamah dengan lebih mesra, itu memang bukan
kepakarannya.
“Orked
tak apa-apa?” Mara bertanya.
Dia
menggeleng dengan dahi berkerut. Apa maksud wanita itu?
“Semalam
waktu kami pergi memancing, ada budak-budak cerita ada orang lemas kat tasik. Rupa-rupanya Orked
yang lemas.” Rezal menyampuk dengan wajah tersengih-sengih.
Kata-kata
Rezal mengundang tawa sekumpulan anak muda yang sedang laju menyuap mee goreng
ke mulut. Orked berpaling. Terdapat tiga orang
lelaki dan dua gadis muda sedang duduk saling berhadapan tidak jauh dari Rezal.
“Itu
Fikri, Halil dengan Irfan.Yang di hadapan mereka tu Anna dan Ira. Mereka pelajar
universiti yang datang nak buat kajian tentang pokok-pokok herba dekat hutan
hujung kampung ni.Rasanya
usia Orked tak jauh berbeza dengan diaorang.Kalau Orked bosan, mereka boleh
jadi teman berbual Orked.” Ujar Idlan.
Orked
menoleh ke arah sekumpulan pelajar di hadapannya. Kebanyakannya tersenyum ramah
dan melambai ke arahnya kecuali Anna. Gadis itu memandang tajam ke arahnya.
Riak wajah gadis cantik itu bagaikan tidak menyenangi kehadirannya di situ. Ah
lantak kaulah! Macam aku kisah pun! Gerutu Orked seraya mengalihkan pandangan.
Entah kenapa mee goreng dan nasi goreng yang ada di hadapan meja itu lebih
menarik perhatiannya dari orang-orang
yang tak dikenalinya di rumah itu.
“Orked
nak makan apa? Nanti Mak Tun sendukkan.”
Muncul Mak Tun dari arah dapur lalu meletakkan pinggan di hadapannya.
“Tak
apa Mak Tun, nanti saya sendukkan untuk dia.” Pintas Idlan seraya berpaling ke
arahnya.
“Orked
nak rasa yang mana? Nasi goreng atau mee goreng?” Soal Idlan.
Orked
tidak menjawab.Serta-merta dia merampas senduk di tangan Idlan
membuatkan lelaki itu tergaman. Mak Tun juga ikut terkejut. Mujurlah yang
lain-lain tidak perasan kerana asyik berbual sesama sendiri.
“Tak payah, aku boleh buat sendiri.” Getus Orked agak
kasar.
Idlan
hanya membiarkan. Dia nampak
renungan Mak Tun yang seolah tidak menyenangi sikap Orked terhadapnya. Namun Idlan hanya tersenyum ke arah orang tua itu. Melihat
Orked mencapai mangkuk berisi nasi goreng, dia segera menuang secawan kopi
untuk Orked. Kali ini gadis itu tidak pula membantah.
Seorang
lelaki separuh umur melangkah masuk. Kehadirannya menggamit perhatian orang-orang di meja makan
tidak terkecuali Orked.
“Itu
suami Mak Tun, Pak Man.”
Bisik Idlan di tepi telinganya. Orked tidak
memberi reaksi. Lagipun dia tidak ingin melayan Idlan ketika marahnya masih
menebal terhadap lelaki itu.
“Wah
sedapnya bau. Ni yang Pak Man tak sabar nak tumpang semangkuk ni.” Ujar orang tua itu seraya
duduk di hadapan Idlan. Serentak mata Pak Man membulat pandang ke arah Orked.
Dia tercengang. Wajah itu kelihatan asing di matanya. Dia menjeling ke arah
Idlan.
“Siapa
ni Id?”
“Orked Pak
Man. Adik
saya.” Jawab Idlan tersengih.
Pak
Man mencerlung ke arah anak gadis itu bersungguh-sungguh. Raut wajah masam
mencuka di hadapannya ditatap agak lama membuatkan Orked agak kurang senang.
“Tak ada
rupa kamu pun.”Ujar Pak Man.
“Memang
lah tak ada bang, ini kan
anak suami baru Maria.” Sampuk Mak Tun pula seraya menyenduk mee goreng ke
pinggan suaminya.
“Ohh..”
bunyi nada suara Pak Man mula mendatar.
Orked terkebil-kebil memandang lelaki
itu yang mula acuh tak acuh terhadapnya. Tapi kerana sikapnya memang tak suka
diberi perhatian, maka dia juga tidak kisah dengan orang tua di hadapannya.
“Hari ni
kami nak pergi memancing lagi.Idlan
dengan Orked nak ikut tak?” Pelawa Mara. Ibu beranak dua itu memang tak
putus-putus berborak sedari tadi. Sepanjang masa makan, hanya suara Mara yang
riuh rendah.
Idlan
menoleh.Cadangan Mara dirasakan kena pada masanya. Lagipun dia
sendiri tidak tahu bagaimana mahu melayan Orked sepanjang gadis itu berada di
situ.
“Orked nak pergi?”
Orked
tidak menjawab. Dia sendiri tidak pasti. Lagipun dia bukannya kenal sangat
dengan pasangan suami isteri yang kaki havoc
itu.
“Idlan
pergi sekalilah. Lagipun kalau ada apa-apa berlaku, Idlan boleh jadi saveruntuk Orked.” Seru Rezal lalu
ketawa besar. Yang lain-lain ikut ketawa.
Darah
Orked menyirap. Wajahnya merah padam! Kata-kata Rezal membuatkan dia berpaling
ke arah Idlan. Lelaki itu tersenyum serba tidak kena di hadapannya.
“Tempat
ni kecil.Semua yang berlaku kat sini, pasti ada yang tahu.”Bisik Idlan cuba menjelaskan. Dia tidak mahu
Orked terus buruk sangka terhadapnya.
Orked
mengetap bibir. Geram!
Dengan senyap dia makan nasi gorengnya dengan wajah membiru. Bengang sekaligus
malu menjadi bahan usikan dan tawa orang-orang
di rumah itu.
*
* * *
DAUN-DAUN kering yang bersepah di atas jalan
tanah merah yang dilaluinya disepak berkali-kali. Dia sebenarnya bosan!
Menyesal pula dia mengikut Idlan ke kawasan tanah persendirian yang terletak
berhampiran dengan Bukit Tinggi itu. Tengahari pun sejuk semacam!
Ketika
dia mahu melangkah ke biliknya, secara tak sengaja dia terdengar Mara dan gadis
bernama Ira itu
berbual-bual. Rupa-rupanya hampir 10 hektar kawasan di situ adalah milik Idlan,
diwarisi dari ayahnya. Malah pihak Berjaya Resort pernah cuba membeli kawasan itu untuk
dijadikan aset bagi meluaskan kawasan pelancongan di Bukit Tinggi itu. Tapi
Idlan menolak dengan alasan tanah itu adalah tanah pusaka dan hadiah terakhir
dari ayahnya. Bukan itu sahaja, Idlan juga memiliki syer yang banyak dalam
sebuah syarikat milik ayahnya yang kini sedang diuruskan oleh peguam syarikat.
“Kalau
dah kaya sangat, kenapa mak dia susah
payah nak kahwin dengan ayah aku.” Rungut Orked sambil menyepak daun-daun
kering yang bersepah di atas jalan raya. Dia memang tidak suka wanita bernama Maria itu muncul dalam hidup ayahnya.
Hampir
suku kilometer dia berjalan, sebuah jip singgah di sampingnya. Kepala Mara
menjenguk keluar dari arah jip.
“Orked,
jom ikut akak memancing. Tak jauh, kat tasik yang Orked lemas tu. Kat situ
banyak ikan tau.” Pelawa Mara. Rezal di sebelah isterinya hanya tersengih.
“Tak
apalah Kak Mara, nanti saya pergi. Saya ingat nak jalan-jalan ambil udara
segar.” Dia menolak.
“Okeylah
kalau macam tu, kakak dengan abang Rezal pergi dulu. Nanti Orked join ya.
Lagipun hari ni kami bawa bekal banyak ni. Budak-budak ni sibuk nak ajak
berkelah kat situ.” Ujar Mara.
Dia
hanya mengangguk. Sekilas senyuman terpaksa disedekahkan pada Mara ketika jip
itu beredar di hadapannya. Sebaik jip itu menghilang dari pandangan matanya, Orked
mencebik. Menyusahkan betullah perempuan ni! Nak berkelah tu pergi ajelah, yang
sibuk-sibuk nak ajak aku ni kenapa?
Dia
memang sengaja turun awal sebab mahu mengelak diri dari diajak menyertai
aktiviti memancing pasangan suami isteri itu. Membosankan! Ketika dia melihat
Idlan bersibuk-sibuk di dapur membantu Mak Tun, diam-diam dia turun dari rumah
lalu berjalan tanpa hala tujuan. Tak sangka pula di sini dia terserempak dengan
Mara dan Rezal yang mempunyai mulut seperti burung murai.
Belum
sempat dia mahu menyambung kutukannya, telinga menangkap sebuah enjin kenderaan
datangnya dari arah belakang. Orked tidak berani menoleh. Dia bimbang jika
kenderaan itu milik Idlan yang pasti sedang mencarinya. Langkahnya dihela lebih
pantas. Tapi derap sepatunya memijak permukaan jalan tanah merah itu tidak setanding
dengan kepantasan tayar kereta yang sedang dipandu oleh Idlan.
“Amboi
laju macam ribut ni nak ke mana?”Tegur
suatu suara.
Orked
mengeluh. Tepat seperti yang diduga. Dia tahu Idlan pasti akan keluar
mencarinya. Bukankah itu kepakaran lelaki itu? Menyibuk tak kena tempat!
“Orked
nak ke tempat memancing tu ke?”
“Sibuk
aje! Suka hati orang lah.”Jawabnya
bersama muncung sedepa.
“Kalau
nak pergi sana,
jom abang bawa.Lagipun dekat-dekat pun mahu berpeluh juga kalau sampai.
Jom naik kereta abang.” Pelawa Idlan seraya membuka pintu keretanya luas-luas.
Orked menjeling tajam. Entah kenapa dia semakin geram dengan sikap Idlan.
Tidakkah lelaki itu memiliki perasaan? Apakah lelaki itu tidak merasa apa-apa
dengan layanan kasarnya? Ini semakin dia cuba memusuhi Idlan, semakin
selamba Idlan melayannya. Seolah-olah semua itu hanya perkara remeh.
“Mak
oi tajamnya jelingan. Orked tak berniat nak
bunuh abang kan?”
Gurau Idlan seraya ketawa kecil melihat lirikan mata gadis itu yang seakan mahu
menelannya.
“Memang
kalau boleh rasa nak bunuh-bunuh!”Balas
Orked berang.
“Nak
bunuh dengan apa? Dengan mata tu ke? Abang
takut sebelum sempat abang mati, Orked dulu yang tiba-tiba boleh jatuh syok kat
abang.Lagipun abang ni handsome, kalau
lama-lama jeling boleh cair tahu.”Usik
Idlan lagi. Wajah kelat Orked langsung tidak merisaukan hatinya. Sebaliknya dia
rasa seronok pula mengusik gadis itu.
Orked
menjuih. Eiii geramnya
aku! Dia sudah malas mahu melayan kata-kata Idlan yang menyebalkan. Sebelum
lahar di hatinya meletup, lebih baik dia pergi dulu. Nanti tak fasal-fasal wad
bahagia tambah seorang penghuni baru.
“Eh!
Orked nak ke mana tu? Tak nak naik ke?” Idlan terpinga-pinga apabila melihat
gadis itu pergi begitu sahaja.
Orked
buat tidak dengar. Melihat tingkah laku gadis itu, Idlan mengerutkan dahinya. Dia
keluar dari perut
kereta lalu segera mengejar kelibat Orked yang jauh di hadapan. Tapi belum sempat
dua tiga langkah dia mnengejar, dia terhenti. Tergaman melihat Orked yang
tiba-tiba mengaduh kesakitan lalu terjelepuk di atas jalan tanah merah yang berkerikil.
Cepat-cepat
Idlan menghampiri gadis itu dengan perasaan gusar.
“Orked,
kenapa ni?” Idlan cemas. Terkocoh-kocoh dia cuba mengangkat Orked, tapi gadis
itu terjerit-jerit. Idlan memandang ke arah tumit gadis itu yang sudah dibasahi
darah. Dia terkejut.
“Astagfirullah
al-azim, siapa punya kerja yang lempar kaca kat tengah-tengah jalan macam ni?”
Mengucap panjang Idlan sebaik menyedari tumit gadis itu sudah ditebuk serpihan
kaca yang agak besar. Dia memandang ke arah wajah Orked yang berkerut.
“Tahan
sakit ya. Abang
nak cabut kaca ni.” Ujar Idlan.
Orked
tidak memberi sebarang reaksi. Dengan pantas Idlan menarik serpihan kaca yang
terlekat pada isi tumit gadis itu. Orked terjerit sedikit. Tanpa disedari
lengan Idlan dipaut agak kuat, membuatkan Idlan berpaling lalu merenung
jari-jemari gadis itu yang singgah di lengannya.
“Dah
selesai dah. Sikit aje ni.”Pujuk
Idlan bagaikan memujuk seorang anak kecil. Dia mengeluarkan sehelai saputangan
dalam poket seluarnya lalu segera membalut luka di kaki Orked yang terdedah.
Kali
ini Orked tidak bersuara. Matanya terkelip-kelip memerhatikan tingkah laku
Idlan yang lembut melayannya. Hilang segala rasa marahnya pada lelaki itu dalam
sekelip mata.
“Boleh
bangun tak?” Tanya Idlan seraya mengalihkan pandangan.
Orked
terkedu. Tatapan mata Idlan entah kenapa membuatkan dia bingung. Dia melarikan
anak matanya.Perlahan-lahan dia menggelengkan kepala.
Idlan
berfikir sejenak. Tak mungkin Orked boleh memijak permukaan jalan atau lantai
dengan keadaan luka di kakinya yang agak dalam.Kalau ke klinik
pun, paling-paling kurang dua tiga hari juga baru sembuh.Idlan mengalihkan pandangan ke arah
keretanya yang terletak hampir 200 meter jauhnya.
Tiba-tiba
Idlan bangun. Tubuh Orked segera dicempung. Orked terkejut besar.
“Kau buat
apa ni? Turunkan aku!”Herdik
Orked. Tidak menyenangi apa yang sedang dilakukan lelaki itu. Namun Idlan tidak
ambil peduli. Dia segera mencempung tubuh gadis itu ke arah kereta.
“Cepat turunkan aku!” Gesa Orked lagi
seraya memukul-mukul belakang Idlan.
Idlan cuba memasukkan Orked ke dalam perut kereta, tapi dia tersilap perkiraan. Bukk!
Kepala Orked sudah terhantuk pada bahagian pintu kereta.
“Aduh!”
Jerit Orked seraya menggosok-gosok kepalanya. Idlan tercengang.
“Alamak,
kena ke? Sorrylah abang tak nampak tadi.” Idlan
tersengih tanpa riak wajah bersalah.
Orked
menggumam geram. Lelaki ni memang nak kena!
Sebaik
selesai, Idlan segera memasuki perut
kereta.“Kita balik ajelah. Rawat dulu luka tu kat rumah, nanti melarat susah!”Putus Idlan tanpa bertanya pada gadis
itu terlebih dahulu..
Orked
melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Dia sendiri tidak kisah. Lagipun dia
sudah tidak ada mood untuk berjalan-jalan di sekitar tempat itu. Sudah dua kali
dia hampir ditimpa malang.
Pertama dia hampir lemas di tasik, kali kedua begini pula kesudahannya. Jelas
nyata dia seolah disumpahi tempat itu. Mungkin dia patut balik sahaja ke Kuala Lumpur. Tiba-tiba
dia terfikir demikian!