SUDAH banyak kali dia berulang alik di
hadapan bilik anak gadis itu. Hatinya gelisah entah kenapa. Telinganya dapat
mendengar dengan jelas sayup-sayup suara tangisan Orked. Dia tahu gadis itu
sedang sedih.
Malam
ini gadis itu asyik berkurung tanpa mahu menjamah makan malam. Dia tahu Orked
pasti kelaparan. Tadi pembantu rumah itu Maryam ada membawa sedulang makanan ke
bilik gadis itu, tapi Orked langsung tidak membuka pintu biliknya.
Idlan
tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk memujuk anak gadis itu. Sekali-sekala
apabila difikirkan, timbul rasa simpatinya pada gadis itu. Bayangkan dalam usia
yang masih muda, Orked membesar sendirian tanpa seorang ibu dan seorang lelaki
bergelar ayah. Ya ALLAH! Kalau jatuh di tempatnya, mungkin dia sendiri tidak
akan mampu bertahan. Mujurlah ayahnya Ikhmal seorang yang penyayang. Ibunya
Maria pula sangat mengasihaninya. Memang dia dan Orked jauh berbeza antara satu
sama lain. Maka tak mustahil Orked jadi begini. Gadis itu bukan jadi liar
kerana kemahuannya. Orked jadi begini kerana ayahnya! Itu yang mampu Idlan baca
dari situasi yang berlaku di rumah itu.
Sedang
dia larut dalam menungan yang panjang, pintu di hadapannya tiba-tiba dikuak
dari dalam. Orked muncul di muka pintu dengan wajah sembab dan mata yang
bengkak
Idlan
berpaling. Renungannya singgah di wajah gadis itu. Mata Orked membuntang ke
arah Idlan. Hairan melihat lelaki itu di hadapan biliknya.
“Buat
kat sini?” Tanya Orked ingin tahu.
Idlan
sekadar tersengih. “Err..abang cuma nak tengok keadaan Orked. Abang risau.”
Balas Idlan berterus-terang.
“Orked
bukan nak bunuh diri kalau itu yang abang risau.” Cebik anak gadis itu.
Idlan
ketawa kecil mendengarnya.
“Abang
tahu Orked ni kuat orangnya. Tapi yang kuat inilah yang abang risaukan. Abang
risau takut Orked hanya kuat di luar tapi rapuh di dalam. Sebab itu Orked
perlukan abang. I’m gonna be your shoulder
to cry.” Bisik Idlan.
Orked
terpempan. Dia terharu mendengar kata-kata Idlan, tapi wajahnya sengaja
diselambakan sebaik mungkin.
“I’m not going to cry.” Pintas Orked.
Idlan
terdiam seraya merenung wajah itu. Muka Orked yang bersememeh dengan kesan-kesan
airmata membuatkan dia mengeluh. Tak menangis konon! Habis yang tersedu-sedan
tadi tu apa? Bisik hati kecil Idlan.
“Orked
tak lapar ke? Sepanjang hari ini Orked tak makan apa-apa pun.” Tanya Idlan
ingin tahu.
“Tak.”
Balas anak gadis itu.
“Sikit
pun tak?”
Anak
gadis itu menggeleng. Tapi tiba-tiba telinganya mendengar suatu bunyi. Idlan
tercengang-cengang melihat wajah Orked yang tiba-tiba merah padam menahan malu.
Menyedari bunyi itu datangnya dari perut Orked, dia tergelak kecil.
“Orked
tipu abang ya? Lapar tapi kata tak lapar.” Usik Idlan gelihati. Sebab itulah
anak gadis itu keluar dari biliknya. Mungkin Orked mahu ke dapur mencari
makanan untuk mengalas perut agaknya.
“Tulah,
tadi sombong tak nak makan. Sekarang siapa yang susah?” Giat Idlan tak
putus-putus.
Orked
hanya diam. Apa yang harus dikatakan lagi? Wajahnya semakin bera menahan malu.
“Sudahlah
tu, pergi siap. Abang nak bawa Orked makan malam kat luar.” Ujar Idlan.
“Makan
kat luar?” Orked terkedu.
“Ya,
kita makan kat luar. Orked cakap sahaja nak makan apa? Nak western food, nak makan kedai mamak ke, tosei ke, roti canai ke.
Apa sahaja, janji tolak batu dengan kayu.” Idlan tersenyum.
“Tapi
hari dah lewat malam ni.”
“Aik?
Sejak bila Orked kisah lewat ke tidak? Abang ingat Orked gembira dapat keluar
malam-malam macam ni. Atau kita pergi Zouk nak? Kita balas dendam pada ayah
Orked. Kalau kita kena tangkap, kita sama-sama bermalam kat lokap. Abang rasa
ayah Orked mesti sakit hati sebab Orked berjaya pengaruhi anak tiri
kesayangannya. Padan muka dia!” Gumam Idlan selamba.
Terkelip-kelip
mata Orked memerhatikan lelaki itu. Kata-kata Idlan jelas di telinganya
satu-persatu.
“Kita
jangan beritahu sesiapa. Kita berdua menyelinap senyap-senyap.” Rancang Idlan
lagi.
Bibir
Orked bergerak-gerak. Melihat wajah Idlan yang selamba, dia sudah tidak mampu
menahan diri lalu menghamburkan tawa. Kata-kata Idlan entah kenapa kedengaran
lucu. Semakin lama ketawanya semakin kuat. Gila! Idlan benar-benar sudah gila
barangkali!
Melihat
gadis itu melempiaskan tawanya, Idlan turut tertawa. Sengaja dia berkata begitu
untuk memancing reaksi Orked. Dan ternyata dia berjaya membuatkan anak gadis
itu ketawa besar. Alhamdulillah, lega rasa hatinya melihat gadis yang asyik
bersedih itu sudah tenang semula.
* *
* *
MELIHAT Orked sedang menikmati hidangan di
hadapannya dengan berselera, hendak tak hendak Idlan tersenyum lebar. Selera
makan anak gadis itu boleh tahan, tak padan dengan tubuh kecilnya! Bisik Idlan
nakal. Tak cukup dengan nasi paprik dan lamb
chop, Orked turut memesan banana
split dan ais kacang.
Dia
pula hanya memesan sepinggan nasi goreng USA dan telur bungkus. Itupun dia
makan ala kadar sahaja demi kerana mahu menemani anak gadis itu.
Sesekali
Idlan menatap penuh asyik wajah di hadapannya. Raut wajah anak gadis itu memang
ayu. Tidaklah secantik Nadya, tapi ada tarikan pada sepasang mata itu yang
kelihatan dingin tapi menawan! Bisik hati kecil Idlan.
Tiba-tiba
Orked melontarkan pandangan ke arahnya. Idlan terkesima sebaik kedua-dua pasang
mata mereka bertemu. Entah kenapa dia jadi gugup. Sesuatu yang tidak pernah
dihadapinya selama hampir tiga minggu dia mengenali anak gadis itu.
Melihat
bebola mata anak gadis itu melorot ke arahnya, hendak tak hendak dia
membalasnya dengan senyuman.
“Dah
kenyang?” Soalnya ingin tahu.
Orked
mengangguk.
“Kalau
macam tu, boleh abang tanya Orked sesuatu?” Ujar Idlan agak berhati-hati.
Seboleh-bolehnya dia tidak mahu tersilap langkah. Jika soalan yang diajukan itu
salah, tak mustahil Orked akan naik marah terhadapnya.
Melihat
gadis itu tidak menjawab, dia hanya mampu menarik nafas panjang. Rugi sahaja
bertanya begitu pada anak gadis keras kepala itu. Lebih baik dia teruskan
sahaja dengan pertanyaan yang sudah lama terpendam di kepalanya.
“Orked
pergi ke mana sebenarnya tadi?” Here we
go! Bisik hati kecil Idlan. Matanya menikam tepat wajah Orked yang
kelihatan terkesima mendengar pertanyaannya.
“Penting
ke?” Balas gadis itu.
“Penting
bagi abang. Abang cuma nak tahu, itu sahaja!” Ujar Idlan serius.
“Tak
ke mana-mana. Berjalan-jalan sahaja.” Ujar gadis itu acuh tak acuh. Piring banana split di hadapannya asyik
dipusing-pusing ke kanan ke kiri.
“Tak
mungkin. Abang tahu Orked ada sebab kenapa Orked tak ke kelas pagi tadi. Pasti
ada sesuatu yang berlaku, jika tidak masakan Orked pergi macam tu aje.” Ujar
Idlan separuh mendesak.
Orked
terdiam. Dia melirik ke arah Idlan. Lagak Idlan kali ini benar-benar lagak
seorang abang yang sedang melayan adiknya
“Abang
kenal Orked. Kalau Orked nekad nak buat sesuatu, Orked takkan fikir panjang
lagi. Orked nak masuk Zouk, Orked pergi macam tu aje. Orked nak ke kelab, Orked
buat tanpa berselindung. Kalau Orked rasa nak marah, Orked akan marah tanpa
berselindung. Tapi kali ini entah kenapa, abang dapat rasakan Orked sedang
menyembunyikan sesuatu dari abang.” Keluh Idlan meluahkan apa yang terbuku di
fikirannya.
Orked
terdiam. Idlan bercakap seolah-olah lelaki itu cukup kenal dengan dirinya.
Tahukah lelaki itu, dia bukanlah seperti apa yang Idlan fikirkan. Dia hanya
gadis biasa yang punya banyak kelemahan. Dan satu-satunya kelemahannya adalah
ayahnya sendiri.
“Abang
pun sama. Abang minta Orked jangan sembunyikan apa-apa dari abang. Tapi abang
pun sembunyikan sesuatu bukan?” Orked tersenyum tenang. Kali ini dia mengungkit
kembali soal kehilangan Idlan dari chalet di Bukit Tinggi itu tempohari.
Tepat
seperti yang diduga, Idlan dilihatnya terdiam. Dia yakin lelaki itu takkan
bertanya apa-apa lagi mengenai hal siang tadi jika dia mengungkit soal Idlan. Fair and square! Mereka tak perlu berhutang
apa-apa antara satu sama lain.
“Maaf,
abang tak sepatutnya tinggalkan Orked hari itu. Tapi abang perlukan masa untuk bertenang.”
Ujar Idlan separuh kesal.
“Abang
pergi kerana perempuan tu?” Duga Orked ingin tahu.
Idlan
tergaman. Dia tahu Orked pasti tertanya-tanya tentang Nadya. Sesuatu yang tidak
pernah dijelaskannya pada Orked sebaik dia menghilangkan diri tempohari.
“Orked
tentu terkejut.” Idlan tersenyum.
“Mahunya
tidak? Abang tipu dia, kata Orked ni kekasih abang. Abang pergunakan Orked.”
Orked cuba memperingatkan apa yang telah Idlan lakukan tempohari. Tak
fasal-fasal gadis cantik itu menganggap dia punca kenapa Idlan berubah hati.
“Maaf,
abang terpaksa cakap macam tu.” Keluh Idlan.
Orked
terdiam. Garfu di tangannya diletakkan ke tepi. Dia sudah tidak berminat mahu
menjamah makanan tersebut. Sebaliknya anak matanya lebih tertarik memandang
Idlan.
“Apa
sebenarnya yang berlaku antara abang dengan Nadya? Mak Tun cakap abang dah
berkawan dengan dia sejak kecil. Kenapa hubungan yang dah lama terjalin boleh
jadi macam ni?” Soal Orked bertalu-talu. Dia benar-benar ingin mengetahui punca
kenapa Idlan meninggalkan teman wanitanya. Bunyinya seperti dia seorang
penyibuk. Tapi memandangkan Idlan sudah melibatkan dirinya sejak awal, maka dia
merasa berhak untuk mengetahui segala-galanya.
Idlan
tidak terus menjawab. Wajah Orked kelihatan serius, menandakan gadis itu
benar-benar ingin mengetahui cerita sebenar. Hanya dia tidak fikir dia mampu
berterus-terang dengan Orked tentang apa sebenarnya yang membuatkan dia
mengambil keputusan begini
“Orked,
cinta tak semestinya berakhir sehingga ke jinjang pelamin. Bila hati sudah
berubah, segala yang indah dulu akan lenyap.” Ujar Idlan tenang.
Orked
terpempan mendengarnya.
“Maksud
abang, abang memang dah berubah hati?”
“Ya,
itulah sebenarnya yang berlaku.” Ujar Idlan selamba.
“Abang
berubah hati walau pada gadis secantik Nadya?” Orked masih belum mampu
mempercayainya.
“Cantik
hanya luaran, yang penting hati.” Bisik Idlan tenang.
Orked
menarik nafas panjang. Begitukah yang Idlan fikirkan? Entah kenapa, dia masih
ragu-ragu. Idlan yang dikenalinya sejak tiga minggu yang lalu bukan jenis
lelaki yang tidak bertanggungjawab. Tindakan Idlan kali ini begitu berbeza
dengan peribadi Idlan yang dikenalinya. Tak mungkin ini sebabnya! Entah kenapa
dia berfikir sedemikian rupa.