Home Novel Cinta LELAKI ITU UNTUKKU (adaptasi drama)
SINOPSIS - AKAN MULA DIJUAL DI PBAKL 204

TAGLINE

Dia Guardian Angel Dari Kota London

Sempurna Tiada Tandingan

Namun Hanya DIA yang tahu

Apa Yang Terbaik Untukku

BLURB

ORKED HARLINA – anak tunggal ayahnya, tapi tak pernah ada istilah ditatang bagai minyak penuh oleh si ayah yang jelas-jelas membencinya. Mungkin kerana itu dia menjadi gadis yang keras hati, suka melawan, sedikit ‘liar’ tapi masih sekuntum bunga yang rapuh di pelusuk hati. Bila si ayah berkahwin dengan seorang janda anak satu, lagilah dia panas hati. Kes tidur lokap semalamnya kerana bergaduh di kelab malam, mempertemukannya dengan IDLAN RIYAZ, anak ibu tirinya yang selama ini belajar di luar negara. Maka bertemulah buku dengan ruas.

Idlan yang sentimental, cool, penuh kematangan dan pandai ‘mengenakan’ membuatkan hati si bunga liar rasa menyampah. Dia tidak pernah punya seorang abang dan JELAS, dia tidak ingin Idlan Riyaz menjadi abangnya.Ibu bapa mereka suami isteri – ya itu hakikat. Tapi Idlan tidak akan jadi abangnya – takkan sesekali!

Tapi itu kata mulut. Hati di dalam paling tahu apa yang diingini. Bila dia yang tidak pernah dilindungi tiba-tiba punya guardian angel– bukan dari syurga tapi dari Kota London, siapa yang tak nak? Bila dia yang tidak pernah dikasihi, tiba-tiba diberi perhatian, maka episod terbaru tercipta. Jadilah dia secret admirer abang tirinya sendiri. Dan kerana Idlan, dia mula belajar untuk menyayangi, mempercayai dan menerima. Dan kerana Idlan juga dia kenal TENGKU EMERY ISKANDAR si playboy aka BFF Idlan yang ada karakter yang Masya ALLAH – kereknya mamat ni. Baginya Idlan lebih sempurna berbanding Emery. Idlan lebih penyayang berbanding Emery. Cuma satu sahaja dia harus akui dalam ketidaksempurnaan Emery di matanya – lelaki itu punyai hati nurani yang luhur.

FRAGMEN

Aku memang macam ni, dari dulu pun macam ni. Aku tak pernah berpura-pura pun di hadapan kau. Dan aku tak pernah suruh pun kau bawa aku ke tempat bodoh macam ni! - ORKED

Abang tahu Orked ni kuat orangnya. Tapi yang kuat inilah yang abang risaukan. Abang risau takut Orked hanya kuat di luar tapi rapuh di dalam. Sebab itu Orked perlukan abang. I’m gonna be your shoulder to cry – IDLAN

I’m not perfect. He’s either. And the two of us will never be perfect. But if I can make you smile at least once, causes you to think twice about me..then I’m perfect for you – EMERY


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.