“Mak, mak ada nombor telefon Ah Fatt?” soal Safi pada mak yang baru lalu ketika dia sedang menyelongkar dokumen-dokumen lama untuk mencari invois, resit atau sebagainya.
“Manalah mak ada. Dah bertahun-tahun tak berhubung dengan dia. Kali terakhir masa dia mintak bayar duit 1000 yang dia beri pinjam untuk belanja angah masuk universiti. Lepastu, langsung tak ada menelefon dah. Tapi waktu tu pun dia guna telefon rumah.”
“Kenapa? Kenapa Safi tanya nombor dia?” soal mak semula.
“Mak tahu tak apa yang Safi mimpi malam tadi?”
“Safi mimpi apa?”
“Safi mimpi abah kena belit dan dibawak lari dengan ular besar, tapi tangan sebelah kanan abah hilang. Puas kita mencari tangan tu, bukanlah jugak tangan, tapi telapak tangan, nak dikuburkan, tapi entah kemana perginya. Mak rasa apa maknanya?”
“Ular? Kalau ular tu biasa jin ataupun benda-benda kafir.” jawap mak memberitahu pandangan.
“Ke maknanya hutang abah? Kenapa mesti tapak tangah? Lepastu, satu lagi, kenapa mimpi ni jadi betul-betul malam lepas kita buat keputusan untuk jual rumah angah tu? Kenapa mesti sekarang? Kenapa tak dulu?”
“Kalau betul itu puncanya, Safi ingat nak suruh Ah Fatt kira semua hutang lapok abah tu. Selesaikan hutangnya dulu, lebih baru bagi pada budak-budak tu.”
“Takpa, kalau macam tu, nanti mak tanya dengan Meran, mak rasa dia tahu nombornya, sebab dia masih tak lari ke tokey lain lagi.”
“Eloklah tu. Alang-alang kita dah mula, baiklah diselesaikan semuanya.” tutur Safi kekal dengan pendirian.
“Budak-budak ni dah kenapa?!”
“Mak tengok apa yang Man hantar! Ada ke kata tak setuju rumah tu dijual, lepastu nak diberi pulak pada baitulmal. Memang dah tak berakal ke semuanya?!”
“Along ni sebenarnya apa je gunanya? Tua je ke yang ada, tapi akal lebih kecik dari kacang hijau?!”
“Ateh pun satu! Kerja cikgu, tapi otak dungu!”
“Haritu cakap lain, hari ni cakap lain! Dah tu kita nak buat macam mana ni? Kita dah suruh anak Ah Fatt tu kira semua hutang abah, dan dah janji nak bayar hutang tu, takkanlah sekarang tak jadi pulak?!”
“Iya, Ah Fatt dah takda, tapi itu bukan alasan untuk kita lepas tangan pada janji kita. Kita yang dah ambik pakai, guna duit dia buat beli barang makan, buat belanja sekolah, dah tu sekarang nak buat-buat tak tahu je?”
“Memang senanglah hidup kalau macam tu!” marah Safi, kekal bergerutu.
“Lantak kalianlah. Dah alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai pangkal lengan!” tambahnya sebelum segera membalas pesanan ringkas dengan kata-kata yang dirasakan ‘bersesuaian’.