Cen dan Imah kekal bercerita tentang tugasnya, sambil sesekali ditambah oleh Fizah dan angah. Bergosip tentang pekerja-pekerja sampailah kepada ketua.
“Ha, nyaris telupa! Kak, Cik Mail kirim salam. Ada dia datang singgah? Hari tu dia kata nak datang ziarah akak.” tutur Imah menyampaikan.
“Ada.”
“Berapa hari lepas, dia ada datang…”
“Siap bawak buah sebakul.”
“Tu, buah tu…”
“Cik Zamlah yang bawak”
“Korang makanlah.” pelawa angah sambil menuding pada bakul rotan yang dipenuhi buah-buahan, masih tak terusik walaupun sebutir.
“Hish, akak ni. Seganlah…”
“Dia bagi akak, takkan kami pulak yang makan.” balas Imah sambil menatang bakul yang sudah sedia berada di tangan dengan mata galak, dan hati yang tergerak.
“Malu-malu pulak…”
“Makan jelah.”
“Lagipun siapa yang nak makan?” tutur angah semula setelah memikirkan.
“Akaklah makan. Ha, Safi kan ada, Safi pun boleh makan.” balas Imah lagi sambil Fizah dan Cen kekal juga memerhati.
“Safi???”
“Tak payahlah…”
“Bukannya suka makan buah.”
“Banyak mana dekat situ, banyak tulah sampai sudah.”
“Budak sorang tu, memang macam tu, tak minat dengan buah.” terang angah pula menceritakan kebiasaan.
“Betul ni? Betul ke boleh makan?” tutur Imah semula dengan senyuman manjanya.
“Makan jelah Imah! Eleh, macamlah akak tak tahu. Sejak tadi mata Imah asyik dekat situ.” sampuk Cen pula.
“Hehehe…bukan apa. Dari tadi Imah dok usya, buah ni. Ni buah apa ni? Macam buah jenis baru je? Tak pernah pula nampak sebelum ni.”
“Kak, ni buah apa kak?” soalnya pula selesai mengeluarkan sebiji buah yang sejak tadi berjaya menarik hati.
“Itu…”
“Itu bukan buah…pic ke?”
“Rasanyalah.” balas angah sesesai memeriksa.
“A’ah. Buah pic.” jawap Fizah dan Cen pula mengesahkan.
“Oooooo…buah pic…”
“Maklumlah kan, orang kampung. Duku, langsat, manggis, durian dengan pisang tu, kenallah.” balas Imah sambil terus meneliti buah merah unggu berkilat yang nampak menyelerakan.
“Tak payahlah panjang sangat harkatnya…”
“Ambik makan.”
“Pisau, pisau ada dekat dalam drawer tu…”
“...pinggan pun sekali.” tutur angah pula yang sudah mula tercuit hati.
“Ok boss!” tutur Imah, memudah.
“Ha, terlupa aku Has, tadi Izam kirim salam. Di kata tengah hari nanti dia datang. Rindu katanya nak berkumpul macam waktu dulu.” tutur Fizah tadkala teringatkan pesan.
“Waalaikummussalam…” balas angah seadanya.
Safi mengeluarkan apa yang sudah dimuatkan ke dalam beg galas dan memindahkannya ke dalam almari besi.
“Angah, ni kunyit yang abah suruh sapu. Man kirim tadi masa Safi balik rumah. Mak suruh abah mintak Mak Uda Siti jampikan, buat ubat polong. Nanti kena sapu pada kening, belakang telinga, leher, lepastu…apa lagi tadi?”
“Kejap ya, Safi nak ingat semula. Maklumlah, dah tua.” tutur Safi mengakui kelemahan ingatannya seusia 25 tahun. Angah hanya menggeleng-gelengkan kepala, tak menyangka sifat pelupanya sudah menjangkiti Safi juga.
“Ha, lepas leher, siku, lepastu…eh!”
“Bahu dulu, lepastu siku, sendi-sendi jari tangan sampai ke hujung kuku, lepastu baru lutut dengan jari kaki. Dah tu, nak buat ke tak?” soal Safi pula minta kebenaran kerana angah yang empunya badan.
“Buat jelah…”
“Lagipun, abah dengan mak dah susah-susah carikan.”
“Takpa, kalau nak buat, buatlah.”
“Nak kena buat sekarang?” soal angah pula.
“Tak boleh buat sekarang. Abah cakap kena tunggu malam. Nanti lepas Isyak kita buat. Kena potong sikit kunyit tu, lepastu baru sapu. Ha, macam tulah caranya. Kita cuba jelah ya. Ikhtiar.” balas Safi pula sebelum bungkusan diletakkan di atas meja.
“Angah, kalau dah mengantuk, angah tidur la dulu.” tutur Safi yang sudah menarik kain langsir penghadang ruang katil untuk memberi lebih keselesaan pada angah, selesai menjalankan ‘rawatan’ calitan kunyit yang dah diamanahkan.
“Safi tak nak tidur lagi?” soal angah pula.
“Safi sekejap lagilah. Nak cuba hantar e-mail sekejap. Kawan Safi yang tengah study master tu mintak tolong hantar kertas kerja lama waktu degree dulu, dia nak guna. Yang dia punya dah hilang.” jawap Safi pula sebelum duduk di kerusi dan mencapai komputer riba yang ada di dalam begnya.
“Hmm, iyalah.”
“Kalau macam tu, angah tidur dulu.”
“Assalammualaikum.” tutur angah sebelum memejamkan mata.
“Sa..Sa, Safii…!” panggil angah yang sudah mula termengah-mengah. Safi segera mendapatkan angah yang kelihatan menggelepar seluruh badan.
“Angah! Angah! Kenapa angah?!” tuturnya terkejut saat terlihatkan keadaan angah yang sudah tak terkawal sampai bergoyang-goyang katil yang didudukinya, bukti kesengsaraan.
“Nurse! Nurse! Kakak saya!” tutur Safi yang sudah meluru ke luar bilik demi mendapatkan bantuan yang diperlukan. Beberapa orang jururawat bergegas datang untuk membantu. Safi genggam tangan angah dengan air mata yang berlinangan kerana perkara sebegitu memang tak pernah dapat dibayangkan. Mata angah tegak memandang ke ubun-ubun kepala, sedang kaki dan tangannnya kekal juga menggelepar.
“Eeg! Bawa mesin eeg!” arah jururawat yang pertama sebelum dua orang rakannya berlari untuk mendapatkan apa yang diperlukan.
“Adik, adik tunggu dekat luar!” arahnya pada Safi yang masih berat hati. Namun segera dia menepi, memberikan ruang untuk jururawat tersebut menjalankan rawatan.
Daripada luar tingkap kaca, Safi dapat melihat kesakitan yang angah rasakan. Berderai-derai air mata jatuh menandakan kesedihan.
“Angahhh…”
“Angahhh…angah kena kuat…”
“Allah…tolong angah…” rayunya perlahan sambil menggenggam kedua-dua belah tangan minta pertolongan. Air mata yang mengganggu penglihatannya segera diseka dengan lengan kerana dia takkan mampu untuk meninggalkan angah dalam keadaan begitu, berseorangan, namun, keadaan angah jadi makin lama makin membimbangkan. Kaki dan tangan angah jadi makin ganas menghempas. Tekanan darahnya juga naik mendadak, tinggi dan lebih tinggi sehingga mencapai bacaan melebihi 300bp, sebelum terus ke angka 400 dalam jangkamasa beberapa saat sahaja, dan keadaan itu betul-betul telah membuatkan Safi jadi kecut hati. Selama ini dia sangkakan dirinya berani, tapi…tidak! Tidak di saat ini. Dia tak sanggup melihat angah pergi, dia masih belum bersedia. Tanpa sedar dia melarikan diri ke pintu tangga kecemasan, tempat biasa dia mencurah perasaan sebelum mengambil tempat di mata tangga pertama.
“Huuu…huuu….huuu…” tangisannya berlagu. Sayu serta pilu dengan kepala yang disembam ke lutut sambil mencari semula kekuatan yang dah diragut.
“Angahhh…anga…” rayunya tak berhenti sebelum menggeleng-gelengkan kepala, tak setuju pada tindakannya.
“Tak! Safi, kau tak boleh tinggal angah macam tu! Kesian angah…” bisiknya pada diri. Segera dia memujuk hati agar tangisannya cepat berhenti kerana dia tak sanggup meninggalkan angah sendiri.
“InsyaAllah! InsyaAllah! Takkan ada apa-apa!”
“Angah kuat! Angah boleh…angah boleh tempuh semua ni!” bisiknya demi menguatkan hati sebelum menyapu air mata yang masih bersisa dengan lengan bajunya. Selesai memtenteramkan diri dia segera kembali dan dari luar cermin, dia dapat lihat angah sudah mula tenang ditemani wayar mesin yang berselirat di kepala dan dadanya.
“Nurse, kakak saya macam mana?” soalnya pada seorang jururawat yang masih ada.
“Dia tarik tadi. Sawan memang biasa jadi bagi pesakit yang jalani kimoterapi. Tadi doktor dah bagi ubat penenang. InsyaAllah, tak ada apa-apa la tu.”
“Takpa kita pantau sama-sama.” tuturnya sebelum beredar bersama dulang ubatannya.
Fizah memecut kereta laju, melebihi kebiasaan kerana dia ingin segera sampai. Panggilan daripada Safi sebentar tadi membuatkan hatinya jadi tak keruan.
“Has…”
“Kau kena kuat Has…”
“Aku tahu kau kuat! Bertabahlah sahabat…” tuturnya perlahan sebelum menyeka air mata yang turun tak berhenti.
“Laillahailla anta, subhanakainni, kuntuminaszolimin…”
“Laillahailla anta, subhanakainni, kuntuminaszolimin…” doanya berulang dan terus berulang.
“Assalammualaikum…”
“Safi, angah macam mana?” soal Fizah yang sudah selamat tiba.
“Waalaikumussalam. Akak Fizah datang?” tutur Safi tak percaya kerana baru sekejap tadi rasanya mereka berbicara.
“Hmm. Angah macam mana? Doktor cakap apa?” soalnya semula mahu mengetahui perkembangannya.
“Doktor cakap angah kena sawan. Tak pernah Safi tengok angah macam tu. Tekanan darah angah naik sampai 400 lebih. Safi ingat angah…” balasnya sebelum tertunduk, dah tak sanggup nak meneruskan lagi. Air matanya tumpah semula. Segera Fizah menghampiri Safi dan mengusap belakangnya.
“Dahla, dah. InsyaAllah, tak ada apa-apa. Kita doa sama-sama.” pujuknya sambil terus menepuk-nepuk bahu Safi lembut.
“Has…kau kena kuat Has! Ramai yang sayang kau dan kau kena kuat untuk kami semua.”
“Tolonglah Has…tolonglah kami…” bisik Fizah di dalam hati sebelum kelopak mata rasa bergenang kembali.
“Akak, nyaris Safi terlupa. Safi tak telifon mak lagi. Akak tunggu angah ya, Safi nak telifon mak sekejap.” tuturnya sebelum beredar.
“Ok.” jawap Fizah. Wajah Has yang memenuhi ruang mata segera mengembalikan dia ke waktu remaja. Zaman kolej yang penuh dengan suka dan duka. Jatuh dan bangun tak pernah jauh dari hidup mereka. Sama-sama berkongsi masalah bila ada. Menyokong antara sesama dan tak pernah dijangka, di sini akhirnya mereka berada.
“Has…”
“Bertabahlah…” bisiknya perlahan sambil menggenggam dan mengusap erat tangan seorang rakan.