“Kemana kalian?” soal abah yang kebetulan ada di kedai.
“Kami nak hantar salinan geran tanah belakang tu pada Pak Abas. Dia kata orang pertanian tengah buat projek bersihkan tanah kampung. Percuma je abah.” jawap Safi yang masih teruja.
“Tanah belakang tu?! Takpayah, takpayah! Tak payah bersihkan sebab abah dah rancang nak jual kayu yang ada dekat dalam tanah tu. Kan ada dua-tiga barang kayu besar yang ada dalam tanah tu. Kalau dijual, banyak juga duitnya tu.” balas abah, menghalang.
“Kayu mana? Kayu yang ada dalam rizab sungai tu?”
“Mana boleh pulak dijual kayu tu, bukannya kita yang punya. Kalau lapor dek orang, kedalam jadinya.” celah mak pula, tidak mempersetujuinya.
“Saya dah kata tak payah, takpayahlah!” balas abah, kekal menegah.
“La, kami baru ingat nak hantar salinan geran ni. Baru lagi lepas photostat. Dahtu, tak bolehlah ni?” soal Safi ingin memasti.
“Takpayah! Biar je tanah tu!” jawap abah, mengarah dengan kening berkedut marah membuatkan Safi dan mak saling berbalas pandang sebelum kedua-duanya jadi pasrah.
“Mak…”
“Dahlah, jom kita balik.” arah mak berteman hati yang patah seribu.
Daripada belahan pintu yang ada sedikit terbuka Safi menyaksikan segala-gala. Tindak tanduk abah yang ‘luar biasa’ saat berdoa. Tangan ditadah buat seketika sambil mulut kekal membaca, sebelum telapaknya ditelangkupkan pula, berulang dan berulang, buat satu jangkamasa. Selesai di situ abah dilihat sujud sambil membalik-balikkan telapak tanagannya, juga buat satu ketika.
“Apa yang abah buat ni? Boleh ke berdoa dengan cara macam tu?”
“Siapa yang ajar?” bisik Safi sendiri, tak lama sebelum dia melihat abah mengubah posisinya, membelakangkan Kaabah yang mulia.
“Laillahaillallah…”
“...muhammadur rasulullah…”
“Betul apa yang mak cakap. Abah memang pelik!” tambahnya sambil menggeleng-geleng kepala, kecewa berteman duka.
“Macammanalah?! Macam mana nak tolong abah ni!”
“Mana dia? Mana?!”
“Safi! Apa kau cakap?!” sergah along yang baru menerjah ke dalam bilik tengah, tempat Safi berada berteman abah yang ada mengekori di belakangnya. Mak yang berada di bilik air segera keluar untuk melihat bila terdengarkan suara herdikan yang kuat.
“Hei Safi! Apa kau cakap?!” marah along, tambah menyinga.
“Cakap apa?” soal Safi berani sebelum berusaha untuk berdiri. Namun kedudukan along yang menyempang di tepi katil membuatkan usahanya jadi sukar.
“Pergi kerja! Kau pergi cari kerja!”
“Jangan asyik nak duduk melepak dekat rumah ni je!” marahnya pula dengan muka masam mencuka, benci bila perbuatannya digembar-gembur sesuka hati.
“Sudah! Sudah!” Kenapa dengan kalian ni ha? Apa lagi yang tak kena?” soal mak yang baru datang dan menghadang. Wajah abah Safi pandang, sebelum dia jadi cukup kecewa. Abah dilihat hanya tersenyum menyaksikan pertengkaran anak-anak kandungnya.
“Kau pergi kerja! Pergi cari kerja!” ulang along lagi dengan mata merahnya sebelum berlalu pergi.
“Apa yang mereka buat? Ada mereka pukul Safi?” soal mak pula sambil memeriksa dan Safi membalasnya dengan gelengan perlahan sebelum air matanya jatuh berderai saat teringatkan wajah abah yang tersenyum gembira menyaksikan sebuah ‘kehancuran’.
“Dahlah, dah. Jangan nangis.” pujuk mak sambil menepuk-nepuk bahu Safi.
“Angah…” rayu Safi, namun hanya didalam hati.
“Huuuu…” tangisan yang seakan-akan dibuat-buat sempat ditangkap oleh gegendang telinga Safi yang masih dapat menghentam dengan kuat.
“Kenapa pulak tu? Siapa yang menangis pagi-pagi buta ni?” bisiknya perlahan sambil meneruskan langkahan dan seperti apa yang sudah dijangkakan, abah yang mengeluarkan.
“Huuu…” tangisan kekal kedengaran sebelum Safi mendengarkan tambahan.
“Iyalah. Nanti, kalau Usop balik, bawak motor tu elok-elok. Assalammualaikum.” tutur abah menamatkan perbualan.
“Oh, bercakap dalam telifon. Ingatkan apalah tadi…”
“Tapi, kenapa sampai nak menangis-nangis macam tu?” soalnya semula sebelum mencapai kain tuala dan membelitkannya di kepala.
“Safi!” panggil abah daripada luar.
“Ha, kejap.” jawap Safi dah bersedia mahu memulakan tugasnya, membantu orang tua, selagi terdaya.
“Usop cerita, teringat dia masa dulu-dulu…”
“Ateh tu, suka sangat menyorokkan makanan.” tutur abah memulakan pada Safi yang masih bergelut menyiapkan tempahan.
“Ayam Kak Ja, 50 ringgit kan?” soalnya, malas mak melayan.
“Ha, 50 ringgit. Lebih kurang 7kg macam tu.” balas abah sebelum meneruskan bebelan.
“Usop kata, dia marah sangat pada ateh. Tak suka dia bila tahu ateh buat macam tu, sampai menyorok-nyorok lauk dalam tong beras.”
“Mana tak ateh buat macam tu!”
“Dia puasa, jadi dia simpanlah bahagian dia. Kalau tak buat macam tu, akibatnya, tak merasalah nanti.” tutur Safi memberitahu keadaan yang sebenar dan abah terus mati senyumnya.