Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
902,832
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 9 ; Dato hantarkan Hani balik

Bab 9

Petang itu Hani mahu balik ke rumahnya pukul 6 petang, Dato Z masih berada di dalam biliknya.. belum pulang lagi… mungkin sibuk untuk membuat kertas kerja bagi menender projek-projek terbaru. Selepas meminta keizinan untuk pulang, Hani terus ke tempat motor yang diletakkan. Sampai sahaja di motornya…. Memang Hani angin.. tayar motornya pancit… siapa punya kerja ini? Dalam kepala otak dia tidak lain tidak bukan adalah kerja si Aisy… minah sorang ni.. tak boleh tengok aku senang. Hani mengambil telefonnya;

“Salam.. ayah… ayah boleh jemput Hani tak?” Hani meminta bantuan ayahnya.

“Ayah pergi Melaka hantar orang? Takpelah ayah. Terima kasih” aduh! Nampaknya terpaksalah aku naik teksi… siot betullah. Naik bas? Sori… pendatang ramai sangat. Macam-macam bau ada.. selepas itu bukan berdisiplinpun naik bas. Baik naik teksi. Hani menapak ke perhentian bas yang terletak kira-kira 300 meter dari pejabatnya.. baru pertengahan jalan ada sebuah kereta membunyikan hon dari belakang…. Hani menoleh… rupanya Dato Z yang membunyikan Hon.. Hani ke arah kereta Dato Z.. Dato Z membuka cermin keretanya ;

“Kamu hendak kemana?” tanyanya…

“Balik Dato” jawab Hani.

“Motor kamu?”

“Tayarnya pancit.. terpaksalah saya naik teksi balik ke rumah.”

“Mailah masuk.. saya hantarkan.”

“Eh! Takpelah Dato” Hani menolaknya.

“Mailah.. saya lalu rumah awak tu.. Kondo saya dekat-dekat situ sahaja” serba salah Hani.

“Mailah… saya hantarkan.. saya tak buat apa kat awak. Saya hantar awak ke rumah sahaja. Saya ikhlas menolong awak ni” akhirnya Hani membuka pintu hadapan kereta dan terus masuk ke dalam kereta. Kemudian Dato mengerakkan kereta keluar dari tepi jalan. Di perhentian bas Hani melihat Aisy membeliakkan matanya… beliau nampaknya seperti marah dan tidak berpuashati. Mampus !!! besok adalah gossip yang akan keluar di pejabat mengenai dia menumpang kereta Dato balik ke rumah. Tetapi rupanya si Aisy ini menunggu bas atau teksi.. hahahahahahaha.. pakaian dah urban.. naik bas… entah-entah menjadi tumpuan si bangla atau indon di dalam bas. Hani tersenyum ;

“Ha.. apa yang tersenyum-senyum tu” tegur Dato Z.

“Eh.. takdelah Dato.”

“Wah! Saya dengar kemain awak kenakan Aisy/”

“Dia yang mulakan dulu Dato… saya pantang orang yang cakap belakang tentang benda yang tidak betul Dato. Memang saya akan sanggah depan orang itu.”

“Bagus.. saya suka sikap begitu” kami terus berbual-bual terutama hal kerja. Sampai di flat Hani, Dato dengan bagus sekali berhenti di hadapan Tasya dan kawan-kawannya sedang bergosip di tembok.. aduh! Kecohlah lepas ini.. selepas mengucapkan terima kasih Hani keluar dari kereta BMW Dato.. Hani terus berjalan menuju lif tanpa mempedulikan kumpulan tersebut. Dan-dan pula si Tasya ini menegurnya

“Oit ! Pakwe hensem mana hantar kau tadi tu?” tanyanya.

“Adui….. motor aku rosaklah. Kau ingat aku sesaja ker tergedik naik kereta Bos aku?” jawab Hani malas.

“Bos hang? Dato Zaffran tu? amboi… untungnya hang naik kereta dengan lelaki duda yang terhot masa kini. Ini kalau artis baru Ika tau.. mahu frust menonggeng.”

“Takde maknanya” malas aku hendak melayan.

“Takde maknanya apa.. dulu abang Faris kau selalu tumpangkan aku naik motor cabuknya tu. sekarang dok lekat. Laki ni kalau dah suka… memang gitu.”

“Adui… berapa kali aku hendak cakap… aku bukan suka-suka. Motor aku pancitla.. dan kebetulan masa aku hendak pergi ke perhentian bas… dia datang dekat aku. Aku serba salah.. aku naiklah. Boleh tak lepas ni kau jangan sebut lagi perkara ini? Dan tolongkan jangan kau hebohkan satu flat ni?”

“Iya.. aku gurau jelah. Sahaja hendak mengusik kau. Jangan emo pulak. Memang aku takkan kecoh dalam flat ini. Tapi tak tahulah Kak Joyah.. dia ada tadi” oh no! kak Joyah kak kepoh tu.

“Adui… dia ada?” Hani inginkan kepastian.

“Ada ler” nasib-nasib.. habislah.. mesti dalam masa sehari satu flat ini dah tahu.

“Nasib badan.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.