Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
912,026
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 46 ; Unit rawatan rapi

Bab 46

Hani tidak sedarkan diri

Hani segera di bawa ke hospital swasta di Gombak ( atas permintaan Dato Z )… Hani diberikan rawatan kecemasan. Abang Hani juga dibawa ke hospital tersebut untuk menerima rawatan akibat di pukul oleh kuncu-kuncu Hasdi. Dato Z menyuruh Jidin yang turut ada di hospital menelefon keluarga Hani. Setengah jam selepas Hani mendapatkan rawatan… Doktor yang merawat Hani berjumpa dengan Dato ;

“Bagaimana keadaan Hani Doktor?” tanya Dato.

“Hani tidak sedarkan diri.. tapi keadaannya bagus.. mungkin sebab kehilangan darah yang banyak. Tapi lukanya ttidak dalam. Kita akan masukkan Hani di unit rawatan rapi. Kita pantau dia sehingga dia sedar” terang Doktor kepada Dato Z,, Dato Z mengangguk..

“Abangnya?”

“Abangnya hanya mengalami luka biasa akibat dipukul.. kami akan masukkan dia ke dalam wad kerana dia berada diddalam keadaan lemah.. mungkin sehari dua eloklah dia Dato Z.”

“Boleh saya tengok Hani?” pinta Dato Z..

“Malam ini tidak boleh Dato. Besok pagi boleh… kami perlu memantaunya dalam masa 12 jam” Dato Z akur.

“Baiklah jika tiada apa lagi.. izinkan saya menyambung kerja saya Dato.”

“Terima kasih Doktor.”

“Sama-sama Dato” Doktor berlalu pergi.. Dato duduk semula di ruang menunggu.

“Kamu sudah telefon keluarga Jidin?” tanya Dato Z kepada Jidin.

“Sudah Dato” setengah jam kemudian keluarga Hani sampai di Hospital.. Dato memperkenalkan dirinya dan menceritakan perkara yang sebenarnya. Setelah Dato habis bercerita.. emak Hani terduduk… beliau menangis dan bapa Hani menenangkannya. Dato berjanji akan menanggung semua kos perubatan Hani dan juga abangnya. Dato meminta diri untuk balik sebentar ke hotel yang berdekatan… beliau ingin membersihkan dirinya dan berehat… besok pagi beliau akan datang. Dato mengajak Jidin untuk menemaninya. Jidin yang berlengas dan kotor bersetuju… pakaian akan dibawa oleh Dato Zainal.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Di lobi hotel 3 bintang Ascoot… Dato Seri Zainal sudah menunggu… Dato Seri sudah menempah dua buah bilik.. satu untuk dirinya dan satu lagi untuk Jidin serta anaknya.

“Nah! Dalam beg ini ada 2 pasang pakaian. Tak tahulah Jidin muat ke tidak?” Dato menghulurkan beg sukan kepada Jidin.

“Insya Allah muat Dato.”

“Hani bagaimana along?”

“Dia masih belum sedarkan diri ayah”

“Tak guna punya Hasdi.. sanggup dia hendak membunuh.. kenapa kau tak telefon ayah? Biar ayah tembak sahaja Hasdi dengan pistol ayah ini” Dato Zainal menyelak kotnya… sarung pistol jelas ternampak oleh Jidin.

“Sebab itu saya tidak beritahu ayah awal-awal. Ayah ini panas baran… selalu ikut kata hati. Sebab itu saya telefon Dato Ahmad. Alhamdulillah dengan bantuan dia… semuanya selamat.”

“Sudahlah.. pergilah naik atas berehat.. mandi… bau korang ini pun sudah lain macam” Dato Z manakala Jidin mengambil kunci yang diberikan oleh Dato.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.