Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
902,798
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 24 ; sesuatu yang mengejutkan

Bab 24

Jidin memberitahu sesuatu yang mengejutkan

Selasa pukul 12 tengahari.. Hani berjumpa dengan Jidin di The Mines… mereka berdua mengambil keputusan untuk berbual di The Chicken Rice Shope.. selepas memesan makanan ;

“Apa yang kau hendak beritahu aku sangat tu?” tanya Hani.

“Sebelum itu.. smart tak aku?” Hani memandang pakaian Jidin.. jeans.. baju kemeja masuk ke dalam.. kasut kulit… rambut layer.

“Oklah…. Takdelah macam kat Melaka tu… rockla sangat. Ok.. no bad.. smart” puji Hani… Jidin tersengih apabila dipuji oleh Hani.

“Hahahahahahaha… ok. Aku mendapat tugasan untuk mengintip kau, ” katanya selamba.

“Ha! siapa?” tanya Hani tidak percaya.

“Aisy”

“Aisy? Kenapa pula dia hendak intip aku?” asal minah ni? Sanggup upah Jidin intap aku?

“Dia hendak tahu samada kau tangkap cintan dengan Hasdi atau Dato Z. dan dia juga hendak tahu siapa pakwe kau sekarang” Jidin berterus-terang… kenapa yek?

“Dia itu cemburu butalah. Kalau dah senget.. senget juga… ini aku ni nak sangat dengan si Hasdi tu. Choila. Berapa di upah kau?”

“Aku minta 500 ratus dahulu,”

“Banyak pula duit gedik tu.. Rm 500 untuk duit pendahuluan ngintip aku” Jidin mengangguk.

“Mungkin dia ada side income yang lain” kata Jidin.

“Side income?”

“Hasdi…. Meminda baucer bayaran.. makan dia akan dapat upah. Tapi itu agakan aku… kau jangan tidak tahu. Dia jumpa aku membawa kereta Vios terbaru” apa!kaya pula si Aisy ni!!

“Aku yang bergaji 2,500 sebulan pakai motor cabuk.. dia yang bergaji 1,000 ringgit boleh pakai Vios. Musykil. Aku rasa mungkin Hasdi dah pegang dia.”

“Mungkin.. hendak aku siasat?’ Jidin menawarkan perkhidmatannya,

“Tak payahlah.. aku ni dah pokai. Engkau hendak cerita apa lagi”

“Pasal Autuum Height.”

“Autuum Height yang tengah syarikat bida.. asal?”

“Hasdi sudah deal dengan pemaju. Win-win situation… Hasdi telah meminta bantuan samseng untuk mengusir penduduk setinggan yang enggan berpindah. Sebagai balasan Mega Group mendapat kontrak pembinaan. Dan Hasdi akan mendapat komisen dari sebutharga yang dipinda” terang Jidin.

“Hmmmmm,…. Patutlah beliau beria-ria mahu dokumen Autuum Height disiapkan dahulu. Malah siap marah pegawai akaun kerana silap mengira kos yang katanya terlalu rendah. Ada undang sebalik mee rupanya….”

“Dan satu lagi.. secara senyap-senyap Hasdi telah menubuhkan satu syarikat pembekal jubin. Aku rasa selepas ini… kalau syarikat kau hendak beli jubin… mungkin menggunakan nama syarikat tersebut,”

“Atas nama siapa syarikat tersebut?”

“Cina… aku rasa syarikat Ali Baba.”

“Aduh.. makin berani dia. Semua dia hendak bolot” makanan kami sampai ;

“Pasal kes Aisy.. jadi kau hendak mengintip akulah?”

“Pura-pura mengintip.. sebab aku tahu kau memang tiada hubungan dengan Hasdi mahupun Dato Z. apatah lagi pakwe.. lelaki baru hendak nak dekat dengan kau… dah kena sembur. Tak gitu?” Jidin tersenyum… Hani mencebik.

“Engkau tahu takpe…. Dahla jom makan.”

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Pulang dari Mines… Hani terus balik ke rumah. Tapi singgah sebentar rumah keluarga Tasya… Hani ingin berbual-bual dengannya.. selepas ini Tasya akan berpindah.. entah bila lagi Hani akan dapat berbual dengannya lagi. Anaknya sedang lena tidur… Hani mengajaknya ke restoran di depan flat sahaja… tak selesa berbual di rumah emaknya ;

“Kau nampak muram sahaja… asal?” tanya Hani kepada Tasya ;

“Anak aku yang kecil tu Doktor sahkan ada masalah jantung” kata Tasya perlahan.

“What! Bila kau tahu?” hani terkejut.

“Semalam… aku pergi jumpa Doktor bila anak aku demam dan bibirnya biru. Mula-mula ke klinik biasa.. selepas itu Doktor kata ini bukan demam biasa.. mereka rujuk ke HKL. Katanya memang anak aku ada masalah… tapi sebab katil sesak… hari-hari aku kena hantar anak aku ke hospital untuk dimasukkan ubat.. tadi baru ambil scan… dia kata mungkin jantung berlubang. Mereka hendak masukkan anak aku ke wad. Tapi aku kata nanti dulu… tunggu suami aku balik” mata Tasya mula bergenang.. Hani memegang jari Tasya.

“Masukkan jelah wad… laki kau bukan kerja jauhpun…. KL jugak,”

“Duitnya tidak ada.. hendak masuk wad kena bayar deposit RM 300. Aku mana ada duit sebanyak tu. aku telefon abang Min tak dapat-dapat. Mungkin di sibuk buat kerja luar.”

“Apa!” kata Hani terkejut.

“Iya… duit poket aku pun ada seratus tinggal dekat rumah. Aku hendak minta dengan emak segan.. kau tahulah adik-adik aku belajar lagi. emak aku kerja tukang masak je. Mana cukup…” kata Tasya sedih…

“Dah.. cepat minum… kita pergi hospital sekarang,”

“Wat apa?”

“Hantar anak kau pergi hospitallah… aku bayarkan deposit. Cepat” Hani mula bangun..

“Tapi.”

“Takde tapi-tapi.. kau kawan aku…. Anak kau sakit.. perlukan rawatan yang segera. Apa kau tak telefon aku tadi. Dah cepat.. kita naik teksi” Tasya bangun dan memeluk Hani.
“Dah.. dah.. anak kau tu sudah macam anak aku.. dah jom” mereka balik ke flat semula. kemudian mereka terus ke Hospital Kuala Lumpur dengan menaiki teksi. Anaknya Apit (nama panggilan aku) terus dimasukkan ke wad kanak-kanak dan aku membayar depositnya. Suami Tasya Min datang ke hospital selepas waktu bekerja… dia hendak membayar wang Hani kembali… tetapi Hani menolaknya.. katanya biarlah duit yang ada untuk membayar bil perubatan Apit.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.