Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
912,026
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 21 B ; membeli kereta

Sepanjang malam… Hani memikirkan tentang peristiwa petang tadi… memang beliau betul-betul tidak percaya dengan kata-kata Hasdi. Tidak sangka Hasdi memendam perasaan kepada. Kalaulah dia tahu yang aku sedang menyiasatnya… memang frust menonggeng dia nanti. Entahlah… sayang… orang hensem… ada harta.. berjawatan… tapi di sebaliknya… mengambil wang syarikat bapa saudara sendiri. Itu yang hendak dibuat laki? Sorilah beb….

Hani membelek salinan dokumen kewangan… transaksi kewangan syarikat selama 2 tahun yang baru beliau selidiki. Hasilnya dalam tempoh 2 tahun… Hani mendapati hampir 800 ribu wang syarikat telah disonglap oleh Hasdi. Agaknya berjuta-juta juga wang yang diambil oleh Hasdi dalam tempoh 8 tahun ini.. kenapalah kau tergamak ambil wang syarikat Hasdi.. tak cukup ke gaji yang kau dapat… kalau macam aku ni lainlah… gaji kau 10 ribu sebulan… tak masuk bonus dan komisen. Hasdi.. Hasdi…

Hani teringatkan Aisy… kesian kau Aisy.. kau cintakan Hasdi… tetapi Hasdi ada hati dengan aku pula. Nasib kaulah Aisy…. Lelaki ni bukan sukapun perangai gedik kau tu. tapi kesian pula. Kau ditolak oleh Hasdi… nasiblah….

Kemudian Hani dipanggil oleh ayahnya… Hani keluar dari bilik ;

“Ada apa ayah?” tanya Hani tertib kepada yahnya yang sedang berehat di Sofa.

“Sudah lebih 3 bulan kamu bekerja dengan syarikat tersebut… kamu tidak mahu membeli kereta ker? Sampai bila kamu hendak naik motor ke tempat kerja? Berpanas.. berhujan. Ayah rasa gaji kamu sudah lebih dari cukup untuk beli sebuah kereta walaupun kereta terpakai,”

“Saya bukan tidak mahu beli yah… tapi saya selesa pakai motor… tak payah risau pasal jem. Boleh mencilok, minyak pun murah..” Hani duduk bertetntangan dengan ayahnya.

“Tapi bahaya nak. Kalau pancit susah… kamu belilah kereta. Kemudahan… lagipun sampai bila kita hendak balik kampung raya ini naik kereta ayah tu. semua anak-anak ayah sudah besar. Sudah tidak muatpun…” betul juga kata ayah… kami kalau balik kampung… berhimpit-himpit.. macam tin sardin.

“Jadi.. kereta apa yang sesuai untuk saya yah?”

“Kalau belilah kereta kecil dahulu… Viva atau Myvi…. Terpakai atau baru ayah tidak kisah. Minyakpun jimat.. untuk kau seorang sahaja” Hani mengangguk bersetuju.

“Besok saya pergi tengok di used car.. saya beli yang terpakai dahulu. Tapi tak la lama sangat.. mungkin 4-5 tahun orang baru pakai,”

“Ayah temankan kamu” Hani mengangguk.

“Emak.. hujung minggu teman Hani bercuti di Port Dickson. Ayah sekali”

“Buat apa? Banyak duit kamu? tak payahlah bazirkan untuk kami… simpan duit kamu tu” emaknya tidak bersetuju.

“Sejak 3 bulan ini kumpulan Hanu bertungkus lumus siapkan dokumen tender. Sebagai tanda penghargaan dari syarikat.. kami diberi cuti 2 hari isnin dan juga selasa.. malah diberi wang sebanyak satu ribu setiap seorang.. saya sejak bekerja tidak pernah bercuti emak.. marilah emak.. ayah” emak memandang ayah.

“Ayah ni susah.. maklumlah bawa teksi,”

“Ala bang.. awak pun perlu rehat juga. Hari-hari awak bawa teksi…. Apa salahnya awak cuti 2 hari. Teksi awak bukan bayar sewapun.. teksi sendirikan,”

“Yelah.. bolehlah” akhirnya ayah Hani akur dengan pujukan emaknya.

“Ye!!!” tiba-tiba Ikhwan yang membuat kerja sekolah menjerit kegembiraan.

“Hello… engkau sekolah hari Isnin yer” Hani membunuh keterujaan adiknya.

“Ala.. bolehla kak… sehari je ponteng. Bolehla.. plis” Ikhwan membuat muka kesian.

“Ok.. sehari je. Kita pergi ahad pagi balik petang. Selasa sekolah” tegas Hani.

“Yahuuuuu” Hani ketawa melihat telatah adiknya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.