Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
912,015
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 32 B ; Dato Z mengupah Jidin

Petang itu juga pengawal peribadi yang diupah oleh Dato datang… 2 orang pengawal yang berbadan sasa serta tegap. Apabila Hani berdiri di sebelah mereka.. Hani rasakan kepalanya hanya di paras bahu lelaki tersebut. Mereka tidak memakai kot… tetapi memakai jeans dan jaket kulit serta berkaca mata hitam. Lagaknya seperti bauzer kelab malam… apabila Dato pulang… dia ditemani oleh 2 pengawal diupahnya. Hani ada bertanya kepada Dato.. berapakah kos setiap pengawal peribadi? Katanya sehari 200 ringgit untuk seorang… bila 2 orang 400 ringgit.. omak ai… sebulan RM 24,000. Perghhhh… tapi takpelah.. untuk keselamatan… Datopun mampu membayarnya ( Hani tahu jumlah gaji Dato kerana selalu memasukkan ceknya ke dalam akaun Dato… kira-kira RM 40,000 sebulan termasuk elaun… perghhh. Itu belum masuk dividen… Hani periksa tahun lepas Dato menerima dividen daripada syarikat sebanyak 8 juta ringgit sebagai pemegang saham sebanyak 30 peratus… masyuk giler ).

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Malam itu Dato Z dan Hani berjumpa Jidin di Midvalley. Awal-awal lagi Hani memberitahu Jidin supaya jangan cakap apa-apa mengenai kes yang Hani sedang siasat. Katakan sahaja Hani itu kawan Universitinya. ( Dato masih ditemani oleh pengawal peribadinya.. tapi mereka duduk agak jauh sedikit dari kami ).

“Jidin… kau tentu tahu tentang gossip aku dengan Wiwikan?” tanya Dato Z kepada Jidin.

“Ya Dato. Saya ada menontonnya” apa! Jidinpun menonton rancangan tersebut… hendak kiamat agaknya.

“Jadi saya ada satu tugas untuk kau.”

“Bunuh Nat Ahmed” agak Jidin…. Jidin bergurau ke serius? Takkan sampai hendak membunuh.. gila apa!

“Bukan.. aku bukan sekejam itu. Aku hendak kau buat salinan video penuh perbualan aku dengan Wiwi. Cari bukti yang aku tidak tidur dengan Wiwi. Bolehkan?” lega Hani mendengarnya.

“Tiada masalah… tempoh?”

“Secepat yang mungkin. Lagi cepat lagi bagus… aku hendak serang Nat Ahmed. Pasal dia.. aku kemana-mana ada paparazzi yang kejar. Wartawan jangan ceritalah… siap berkampung di hadapan pejabat. Buat marah Abah aku jer.” Memang benar… masa balik daripada pejabat tadi.. sudah ada wartawan yang berkumpul di lobi tingkat bawah. Semuanya hendak bertanya tentang skandal Wiwi dan Dato Z. Dato Z terpaksa mengikut pintu belakang untuk balik. Atas nasihat peguam Dato Z, bila kita sudah ada bukti untuk menafikan tuduhan Nat Ahmed… kita serang kaw-kaw punya.

“Baiklah saya cuba.”

“Ingat! Ambil bahan bukti dengan berhati-hati. Aku takut orang perasan kau ambil. Nanti nahas. Aku pula yang disaman balik” Dato Z mengingatkan Jidin.

“Dato jangan bimbang. Kalau saya kena tangkap.. saya tidak libatkan Dato” Jidin memberi jaminan.

“Berapa upah?” tanya Dato Z.

“Pendahuluan RM 2,000… semua sekali RM 5 ribu” Dato mengambil buku cek dari kotnya.. dia menulis sesuatu.

“Nah! Ingat… buat kerja hati-hati sedikit. Tarik rambut dari tepung” Dato Z mengingatkan Jidin. Jidin mengangguk.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.