Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
902,826
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 55 full ; Video Hani Menjadi fenomena

Video Hani menjadi fenomena

Sudah sebulan video Hani dan Dato Z dimasukkan ke dalam You Tube. Video tersebut memang menjadi fenomena negara. Dalam masa sebulan, penontonnya telah mencapai 1 juta. Malah media cetak dan elektronik berlumba-lumba untuk menemubual Hani dan juga Dato Z. Mereka berdua tidak melayannya. Alasan yang diberikan, itu rakaman peribadi.. Tidak sepatutnya dikeluarkan di You Tube. Walaupun Dato Z sudah meminta peguamnya Dato Zaman untuk menarik rakaman video tersebut, tetapi Dato Zaman gagal untuk mencari siapa menyebar video tersebut. Akhirnya khidmat Jidin digunakan untuk menyiasat dalang penyebaran video. Setelah 3 hari menyiasat… Jidin berjumpa dengan Hani dan Dato Z di Mega Group ;

“Jadi.. kamu sudah tahu siapa yang menyebarkannya Jidin?” tanya Dato Z kepada jidin

“Tahu Dato” jawab Jidin.

“Siapa?”

“Wartawan kontroversi…. Ahmed,”

“Haaaa… Wartawan picisan itu?” sampuk Hani.

“Iya. Dia mencuri video Dato dari orang yang Dato upah merakamkan video tersebut.”

“Kenapa dia buat begitu? Dia hendak balas dendam terhadap saya?”

“Mungkin, Dato menyebabkan dia meletakkan jawatan dan juga rancangan Irama diharamkan oleh kementerian.”

“Dia yang membuat fitnah terhadap saya. Kenapa dia hendak balas dendam pula? Walaupun dia meletakkan jawatan di TV13… Tapi Ahmad sekarang bekerja dengan TV19. Anak syarikat TV13 juga.”

“Biasalah.. manusia Dato.”

“Hani, panggil Dato Zaman sekarang juga. Dia belum kenal aku siapa lagi. Berani betul dia… Tak habis-habis menyusahkan saya” Hani menggunakan telefon di atas meja Dato Z untuk menelefon Dato Zaman.

“Dato, Dato Zaman berkata kita kena buat laporan Polis. Katanya ini sudah satu jenayah berat. Mencuri maklumat Dato. Pekerja Dato itupun kena buat laporan polis sama mengatakan data hak miliknya telah dicuri oleh Ahmad.”

“Ok” Petang itu Dato dan pekerjanya membuat laporan Polis.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Lusa, Ahmed telah ditangkap oleh Polis dan telah disoal siasat selama 24 jam. Akhirnya beliau mengaku mencuri data daripada laptop pekerja Dato yang diupah untuk mengambil video tersebut. Berita penahanan Ahmed telah tersebar di seluruh Malaysia. Ramai yang mencemuh atas tindakan Ahmed.. Malah ramai yang kasihan kepada Ahmed. 2 hari selepas penahanan Ahmed, Dato Z serta peguam dan Hani ke Balai polis untuk memberi keterangan. Selepas memberi keterangan.. Dato Z ingin berjumpa Nat Ahmed. Di bilik perbincangan sebaik sahaja Ahmed duduk... Dato Z memulakan bicara ;

“Assalaimualaikum Ahmed.”

“Waalaikumussalam” jawab Ahmed acuh tidak acuh.

“Tujuan saya hendak berjumpa dengan awak ini adalah kerana saya hendak tahu kenapa awak buat saya begini.. Sejak dari zaman Irama. Awak tidak habis-habis menganggu privasi saya. Menfitnah saya. Apa salah saya terhadap awak?” tanya Dato. Ahmed mendiamkan dirinya;

“Terkini.. Kenapa awak sanggup mencuri video peribadi saya? Adakah awak berdendam dengan saya? disebabkan kes Wiwi… Awak dibuang kerja dan rancangan Irama tidak dibenarkan lagi ke udara? Itu semua bukan masalah saya.. Awak edit video tersebut… Seolah-olah saya ingin membuat maksiat dengan Wiwi. Itu satu fitnah! Fitnah itu lebih merbahaya daripada membunuh, tergamak awak buat saya begitu. Awak rasa halal ke gaji yang awak dapat tu? fitnah saya, melaga-lagakan artis dan mencipta gossip. Awak hidup dengan buat benda haram ini?” Ahmed menundukkan wajahnya, mungkin terkesan dengan kata-kata Dato Z,

“Beginilah Encik Ahmed… Saya sudah berbincang denga Dato Z anak guam saya. Kami tidak bercadang untuk menyaman awak. Tapi dengan satu syarat… Bersihkan kembali nama pelanggan saya dan juga Cik Hani. Buat permohonan maaf… video tersebut ditarik daripada lama You Tube, kemudian kami akan tarik balik dakwaan” jelas Dato Zaman pula.

“Aku bukan kejam Nat… Tapi kau tolonglah… Jangan kacau aku lagi” pinta Dato Z.

“Nampaknya tak guna cakap dengan Ahmed.. senyap jer. Marilah kita balik Dato” pinta Hani dan bangun. Tindakannya diikuti oleh Dato Z dan peguamnya ;

“Nanti dulu… Saya setuju buat apa yang Dato suruh” Ahmed bangun.

“Dan kamu tidak akan ganggu saya lagi?” Dato Z inginkan kepastian.

“Iya.”

“Jika begitu… Encik Ahmed sila tandatangan akuan sumpah ini” Peguam Dato Z menghulurkan borang yang perlu ditandatangani oleh Ahmed… beliau menandatanginya.

“Dato hendak tahu kenapa saya selalu kacau Dato?”

“Kenapa?”

“Sebab Dato rampas kekasih saya!!!” Dato Z terkejut.

“Siapa?”

“As… Asmah. Pelakon baru yang meningkat naik. Asmah tinggalkan saya sebab Dato… Dato yang merampasnya dari saya” kata Ahmed geram.

“Saya dengan Asmah tiada apa-apa… Kami cuma kawan” jelas Dato.

“Tapi Asmah menganggap Dato memerlukannya. Asmah menganggap Dato mahukan dirinya. Dato memberikannya harapan. Dato berikan pelbagai hadiah.”

“Iya… Itu dulu. Saya tidak nafikan aku rapat dengan Asmah… Tetapi bila saya merasakan kurang serasi dengannya… Saya mengambil keptusan untuk tidak meneruskan hubungan dengannya.”

“Sehingga Asmah membawa diri ke Australia. Beliau kecewa Dato.”

“Entahlah Ahmed.. Masa itu saya tidak tahu Asmah berkawan dengan kamu. Dia tidak berterus terang. Kalau saya tahu, awal-awal lagi saya akan menarik diri.”

“Sebab itu saya menyimpan dendam dengan Dato, saya menunggu saat yang paling sesuai untuk menjatuhkan Dato. Kes Wiwi memang satu kesempatan terbaik untuk saya menjatuhkan Dato. Tapi Dato berjaya dapatkan rakaman penuh,, reputasi saya sebagai wartawan terjejas.. saya malu. Kemudian saya dapat video ini.. saya bertindak lagi.. tapi gagal” Ahmed menyapu mukanya… kesal jelas terpancar kerana tidak dapat membalas dendam kepada Dato;

“Kemarahan dan dendam menguasai diri kau Ahmed. Sebab itulah Allah tidak meredhakannya.”

“Betul.. Sebab itulah semua perancangan saya tidak menjadi.” Dato Z menghampiri Ahmed.

“Saya maafkan kamu… Cara untuk mendapatkan kembali cinta Asmah bukanlah dengan membalas dendam. Saya akan bantu kau untuk mencari Asmah” Ahmed memandang Dato,

“Benarkah Dato?”

“Benar.. Saya kenal seorang penyiasat persendirian yang bagus. Saya akan arahkan beliau ke Australia untuk mencari kekasih hati engkau. kemudian pandai-pandailah engkau memujuknya” Jidin le tu..

“Terima kasih Dato” Ahmed memeluk Dato.. beliau menangis terharu ;

“Sudahlah.. sampai bila kita hendak bertengkar.”

“Maafkan saya atas perbuatan saya selama ini Dato.”

“Saya sudah maafkan” Alhamdulillah… dua insan yang berseteru telah didamaikan.

{{{{{{{{{{{{{{

Petang itu, Ahmed telah dibebaskan dari semua tuduhan. Dia mengadakan sidang akhbar memohon maaf kepada Dato dan menarik semula video tersebut. Peguam Dato Z telah mendapat injuksi untuk mengahalang mana-mana individu daripada menyiarkan video itu di khalayak ramai mahupun di laman sesawang.. satu lagi kes beres.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.