Ajarilah
kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak, santun
dalam berbicara, tenang ketika gundah, diam ketika emosi melanda, bersabar dalam
setiap ujian. Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab, sedermawan Uthman bin Affan, sepintar Ali bin Abi
Thalib, sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin
Ya Rabbal'alamin. Usia ini singkat. Jadi jangan disingkatkan lagi dengan
kelalaian dan keasyikan. Pernah jumpa situasi ni..?
“Ish
bukannya dia nak senyum. Sombong giler ah! Baru masuk sekolah ni dah tunjuk
lagak. Nyampah gua! Arghhh! Tekanannn! ”
Kita
selalu mengharapkan orang senyum pada kamu dulu kan..? Kenapa kamu mesti berada
di pihak yang terus mengharap, terus berharap, menunggu & meminta. Bukan ke
tangan yang dekat atas itu lagi baik berbanding tangan yang di bawah?
Berusahalah sesuatu untuk memberi walau sekecik-kecik pemberian sekalipun
senyuman. Tapi bukan senyuman gatal dek gigitan nyamuk.
Kalau
benar kamu melakukan demi redha dan cinta Ilahi, lepas senyum kena baling
tomato dengan petola pun, kamu tak kisah kot. Kot la, insyaAllah. Let’s do it for the sake ofAllah..!!
Kadang-kadang
manusia mahukan kebahagian tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk
membahagiakan orang lain. Sekalipun terhadap binatang dan tumbuh-tumbuhan.
Kadang-kadang manusia mahukan dirinya dihormati tetapi dia sendiri tidak pernah
berusaha untuk menghormati orang lain.
Kadang-kadang
manusia suka isi hatinya didengari dengan penuh setia oleh si pendengar tetapi
pernahkah diluangkan masa kamu untuk mendengar isi hati mereka? Jangan
pentingkan diri, jangan kedekut telinga. Ya. Mereka tidak pernah meminta untuk
didengari tetapi ketahuilah bahawa kamu manusia saling memerlukan antara satu
sama lain. Bagai siang dan malam, bagai suami dan isteri, bagai guru dan murid,
bagai pensil dan kertas, bagai nasi dan lauk.
Kadang-kadang
manusia mahukan pandangannya dihadam dengan baik sekali oleh sahabat sekeliling
tetapi, pandangan sahabat sekeliling? Pandang sebelah mata aje. Kadang-kadang
manusia mahukan tazkirah, nasihat dan dakwahnya diterima pakai oleh mereka yang
lain tetapi bila dirinya dinasihati, ditarbiyyah..? Haih. Kitakan manusia
biasa. Siapa rasa dirinya sempurna lebih sempurna dan suci dari orang lain..?
Jangan
pandang rendah pada orang lain. Jangan pernah terlalu selesa dengan jubah yang
kamu pakai, kopiah yang kamu sarung, serban yang kamu lilit, stokin, yang sampai orang lain kamu pandang enteng
(ringan/sepi). Sesekali jangan! kamu sebenarnya sedang diuji bila kamu merasa
bangga dan selesa dengan keadaan itu. Hati-hati.
Kadang-kadang
manusia mahukan dirinya difahami orang sekeliling tetapi dia sendiri tidak
pernah berusaha untuk memahami orang lain sekalipun isi hati mereka. kamu mahukan sesuatu tetapi kenapa kamu sendiri
lokek untuk memberikan sesuatu? Guanekonsep
tu? Buanglah ego. Tak ke mana ianya pergi. Setinggi mana pun ego kamu waktu kamu mati nanti, bukan boleh kamu balut
jasad sendiri dengan kain kafan. Bukan boleh kamu mandikan diri sendiri. Bukan
boleh kamu gali dan kambus lubang kubur kamu nanti. Siapa yang akan angkat
jasad kamu ke kubur nanti. Boleh bergerak sendiri? Bukan kamu lagi yang
berdiri, angkat takbir, berdoa, dan solat seperti selalu. Ego? Tak ke mana.
Buanglah ego tu..
Kadang-kadang
manusia mahukan kegembiraan tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk
menggembirakan orang lain malah manusia itu menambahkan kesedihan dan kedukaan
kepada orang lain. Kadang-kadang manusia mahukan urusannya dipermudah tetapi
dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membantu mempermudah urusan orang lain.
Tenaga tu siapa yang bagi? Kalau Allah tarik? Betapa sombongnya.. Dan sememangnya
manusia mahukan doanya dan keinginannya dimakbulkan Allah tetapi manusia
sendiri berat untuk melakukan apa yang Allah suruh. Allah suruh bukan untuk
kepentingan-Nya tetapi sebab Allah sayangkan kamu
Sedikit
pun Allah dan Islam tidak memerlukan kamu tetapi kamu sendiri yang memerlukan
Allah dan Islam. Allah tak nak kamu terseksa dalam neraka. Allah uji sebab
Allah nak kamu alihkan perhatian kamu yang sememangnya tertumpu kat dunia
beralih kepadaNya. Kalau tak diuji nanti kamu lalai dan leka. Jangan sedih
kalau kamu diuji. Bersyukurlah dan takutilah kalau diri kamu tak diuji. Itu
tandanya diri kamu tidak lagi dipeduli. Na’uzzubillah.
Ibu
ayah marah sebab apa? Sebab nak kamu jadi anak yang baik, soleh, solehah. Macam
tu juga Allah. Cuma kasih sayang Allah tak terbatas. Kadang-kadang Dia tarik
sesuatu sebab nak kurniakan sesuatu yang kamu tidak pernah jangka sikit pun. Surprise yang berhikmah. Cuma
kadang-kadang kamu gelojoh bila doa kamu lambat dimakbulkan. kamu nampak yang
zahir aje kan? Kenalilah Allah dalam setiap ketika, melalui keinginan yang
tidak dapat kamu kecapi..
Manusia adakalanya, kadang-kadang imannya di
hulu sana kadang-kadang imannya di hilir sini. Sebab tu kamu sesama kamu kena
dan mesti saling ingat mengingatkan. Apa yang Qaisy taip ni, tak pernah ada
seorang pun yang paksa Qaisy untuk taip itu taip ini. Tapi apa yang Qaisy taip
ni adalah nasihat dan teguran buat diri Qaisy sendiri. Supaya Qaisy sedar,
Qaisy tulis, Qaisy taip kalau Qaisy tak buat guanetu?
Kadang-Kadang
kita tak perasan,
Kita
selalu sibuk-sibuk hal dunia,
Hal
akhirat tertinggal di belakang....
Kadang-kadang
kita tak perasan,
Kita
tegur-tegur orang buat salah,
Tapi,
kita pun buat benda yang sama.
Kadang-kadang
kita tak perasan,
Kita
mengata orang,
Tapi,
diri sendiri kita tak tengak kelemahan.
Kadang-kadang
kita tak perasan,
Masih
banyak yang kita perlu perbetulkan,
Tapi,
kita tak boleh nak terima pandangan.
Kadang-kadang
kita tak perasan,
kita
rasa kita paling hebat,
Tapi,
sebenarnya orang rasa kita ni belagak pandai.
Kadang-kadang
kita tak perasan,
kita
dah buat kesalahan,
Tapi,
kita tak boleh nak terima teguran.
Tapi
sejauh mana kita PERASAN,
kita
sebenarnya Hamba Allah yang juga manusia biasa,
Yang
sangat-sangat perlukan masa,
Untuk
berfikir dan kembali bermuhasabah diri untuk perkara yang kamu lakukan??.
Kadang-kadang
kamu tak perasan semua tu,
Sebab
kamu manusia biasa yang hidup penuh dengan perasaan....
Sebab
tu kamu perlukan teman atau sahabat di dunia untuk menegur kamu bila kamu jadi
orang yang tak perasan apa yang sebenarnya kamu lakukan.
Qaisy
juga manusia biasa. Nampak Qaisy buat silap, tegur aje. Qaisy tak kisah, Qaisy
tak marah dan malah Qaisy berterima kasih kerana masih ada lagi manusia yang
sudi ambil peduli. Yang masih mahu berusaha membentuk Qaisy, siapa Qaisy di
masa hadapan nanti. Kalau ada siapa-siapa yang kena tegur lepas ni, jangan
teruih taboh aje orang tu. Pandang
dengan mata hati. Allah hantar orang tu untuk bawa kamu kembali ke jalan yang
Allah nak kamu lalui sebab kamu tersalah kona
rupanya. Hamdan
Lillah.. “Da'wah
is not about to preach hard but to reach
their heart.”
“Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu. Kebahagiaan di akhirat dan janganlah kamu lupakan nasib kamu di dunia. Dan berbuat baiklah kepada orang lain- Sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu. Dan janganlah kamu kerusakkan di bumi, kerana sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melakukan kerusakkan.” – Surah Al- Qasas :77