Ketikaramai
rakan di sekeliling kamu mempunyai teman di sisi, kamu masih sendiri meniti
hari yang mendatang. Tipulah jika tiada rasa cemburu kan?
Kerana
fitrah manusia ialah ingin mencintai dan dicintai. Jika kamu masih
bersendirian, jangan bersedih. Kadang-kadang terlintas di fikiran kamu
“Bahagianya
dicintai dan mencintai. Bilalah aku nak rasa macam tu”
“Kenapalah
orang lain dah berteman? Aku seorang aje yang single”
“Aku
ni tak cantik/kacak ke sampai tak ada orang pun nak jatuh cinta dengan aku”
“Tuhan
tak sayang aku agaknya. Sebab tu dia tak bagi aku pakwe / makwe macam
kawan-kawan aku tu”
Bila
kamu bersendirian dan masih belum berpunya, bukan bermakna Allah tak sayang kamu Sebab Allah sayang kitalah, dia beri kamu masa
untuk bersendirian. Allah itu menguji kamu dengan pelbagai bentuk ujian.
Mungkin
kamu diuji dengan bersendirian dan tiada teman di sisi.
Kawan-kawan
kamu yang berpunya itu tiada ujiankah?
Mereka
juga sedang diuji. Dalam percintaan tidak selamanya bahagia sahaja.Adakalanya
mereka bergaduh,berpisah dan sebagainya. Nampak tak ujian yang Allah turunkan
itu berbeza buat hambaNYA?
Apabila
kamu bersendirian,kita dapat menghindarkan perkara-perkara yang menjerumuskan
kamu ke lembah dosa. kamu takkan terjebak dengan zina mata dan zina hati.Kita
takkan terlibat dengan belenggu perasaan.
Tak
perlu rasa bimbang jika kekasih hati berubah hati.
Mungkin
kamu belum berteman kerana kamu belum bersedia. Bercinta bermakna kamu perlu
bersedia untuk dicintai dan bersedia untuk dilukai. Mungkin jika kamu berteman
sekarang, kamu tidak mampu fokus dalam pelajaran.
Mungkin
juga jika kamu berteman sekarang, emosi kamu akan selalu terganggu. Sebab
itulah, Allah memberikan masa untuk kamu bersendirian dan berdikari menempuh
ranjau kehidupan ini.
Kita
hanya mampu merancang kehidupan ini, tapi jangan lupa bahawa Allah adalah
sebaik-baik perancang.
Jika
Allah memakbulkan doamu, itu tandanya sayangnya Allah kepadamu.
Jika
Allah belum memakbulkan doamu, itu tandanya ujian Allah buatmu.
Jika
Allah tidak memakbulkan doamu, itu tandanya perancangan Allah lebih
baik untuk masa
depanmu.
Oleh
itu,tak perlulah risau mengenai jodoh.Bila tiba dan waktu yang sesuai,anda
pasti akan bertemunya.Jodoh kamu sudah tertulis sejak azali.Teruskan berdoa
semoga kamu cepat bertemu jodoh yang ditentukan Allah.Yang penting teruskan
memperbaiki diri supaya kamu dapat jodoh yang baik.
***
“Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak
pernah tua untuk bertaubat.”
– Mutiara Islam