Kerana
Qaisy di sapa ujian. Qaisy belajar mengenal kehidupan. Bahawasanya hidup bukan
aje berteman suka dan bahagia. Tetapi di corak hampa dan air mata. Maka, Qaisy mengenal erti sabar dan belajar tersenyum
walaupun perit terus menerus menagih hiba.
Ketika
kehendak Qaisy tidak boleh di genggam. Qaisy belajar menjadi insan matang. Mensyukuri
segala yang ditakdirkan. Bukan merungut mencipta sesalan. Kerana Qaisy tau
bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayangan Qaisy sendiri. Dunia
hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.
Qaisy
sedari Qaisy bukanlah sempurna. Qaisy belajar menjadi diri Qaisy apa adanya.
Tidak Qaisy cemburu menatap kelebihannya dia. Kerana Qaisy yakini bahawa, Allah
itu menjadikan kamu tidak sama. Dan kamu sememangnya memiliki kelebihan dan
kekurangan yang tidak serupa.
Kegagalan
dahulu telah menghancurkan impian ibu bapa Qaisy. Namun kerana kegagalan itulah
Qaisy mengikat suatu kesimpulan. Bahawa tidak semua yang kamu kehendakkan, akan
berjaya berada di tangan. Kegagalan itulah yang menjadi guru memberi
pengajaran. Menyedarkan Qaisy bahawa walaupun kamu merancang, jangan pernah
lupa bahawa Allah juga merancang. Dan perancangan Allah sememangnya jauh lebih
hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.
Kehilangan
yang terjadi sememangnya menebuk lubang terdalam dihati Qaisy. Namun kerana
kehilangan itu Qaisy belajar sesuatu. Bahawa setiap yang datang akan berlalu.
Tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu. Lalu Qaisy isikan
pecahan-pecahan yang telah terjadi di hati. Dengan cintanya Dia yang
mengukuhkan kembali hati Qaisy yang layu. Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami
telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?”
Ikhlas
buat kawan-kawan yang sebaya dengan Qaisy. Alangkah rugi bagi seorang manusia,
lebih-lebih lagi yang masih muda seandainya masa hidupnya banyak dihabiskan
untuk bersedih. Murung sendiri dalam bilik. Tak makan selama seminggu. Menangis
tak tentu pasal. Kerana cinta tenggelam di tengah jalan. Kasih tidak
kesampaian. Mahupun cinta bertepuk sebelah tangan. Hati pasti tak tenteram. Sepi
dan sayu saat mengingati keinginan. Ada pula merasa diri terbuang dan tidak
diperlukan lagi. CUKUP! Tapi ingatlah, semuanya ketentuan Ilahi yang harus
diterima. Berjaya menerima, Insyaallah balasan Syurgalah nanti.
Sedih
itu normal, rindu itu fitrah. Ya, Qaisy akui. Tapi, kuantiti yang diambil
secara yang berlebihan mampu menjadi penjara buat diri. kamu tidak perlu
dikurung oleh orang lain. kamu tidak perlu disekat bekalan makanan oleh orang
lain. kamu tidak perlu dipukul orang lain untuk menangis. Tapi kitalah yang lakukan semuanya untuk kamu sendiri. Kadang-kadang
kamu perlu fikir. Untuk apa kamu dicipta. Tidak lain tidak bukan mestilah
mengabdikan diri kepadaNya. Ini satu jalan penyelesaian bagi penyakit hati yang
merugikan hidup manusia.
Pandanglah
dunia seluas-luasnya. Lihatlah mereka yang mengharap lagi untuk hidup merdeka. Nasib
mereka mungkin tidak seperti selesanya hidup kamu hari ini. Terpenjara dalam
negara sendiri. Diapit musuh kiri dan kanan. Dengan harapan akan datang
hero-hero yang bebas untuk menyelamatkan mereka. Sedang kamu berkemampuan pula
mengusir musuh-musuh mereka tadi. Serta mampu melepaskan mereka ini dari
terpenjara besi. Tidakkah kamu rasa rugi memenjarakan diri sendiri?
Itulah
kelemahan remaja Islam hari ini. Remuk dihentam hedonis. Barangkali kerana
terlalu banyak mengambil 'dadah-dadah' dari media. Mudah terpengaruh dengan
acuan barat sengaja membawa diri untuk ke kancah masalah. Ada baiknya selepas
ini kamu perlu berhati-hati. Ketahuilah mainan musuh diserap masuk ke dalam
mainan kamu di sini. Memang indah yang datang dari mereka.
Tapi
yang indah itulah mampu merosakkan umat ini. Mudahnya kerja Yahudi dan Nasrani.
Tidak perlu mengirim bom dan artileri. Cuma menyediakan filem-filem, drama,
muzik dan budaya genre hedonis. Merosakkan saraf-saraf pemikiran. Lantas dari
situ mampu merosakkan jasad. Bahkan jasad itu dirosak sendiri oleh empunya
saraf. Misalnya bunuh diri. Tentunya terjadi dari akal yang telah dimusnahkan. Oleh
itu kamu perlu hati-hati. Buka mata kamu seluas-luasnya.Usahlah bersedih lagi. Lakukan
tangisan yang akhir, hasilkan senyuman yang baru. Berdoalah supaya ditetapkan
ketenteraman hati. Segala yang datang baik mahupun buruk adalah datang dari
Allah. Sesungguhnya segala kurniaan Allah itu sebenarnya adalah terbaik untuk kamu La
tahzan.
Penjara
diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi. kamu banduan.Tapi kamu jugalah
penjaga penjara tersebut. Maka lepaskanlah diri kamu sendiri.
“Kehidupan ini dipenuhi dengan
seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.” –
Mutiara Islam