Kenapa
ibadah
terasa berat? Bila Allah memerintahkan kamu untuk makan dan minum, mengapa kamu
melakukan dengan senang hati?
Bila Allah memerintahkan
untuk berkahwin, mengapa kamu bersegera menyambutnya? Bia Allah memerintahkan
untuk mencari harta dunia, mengapa kamu kerjakan dengan bersemangat? Kerana kamu
menganggap bahawa itu adalah suatu keperluan..
Ketika Allah
memerintahkan kamu untuk solat, mengapa kamu menunda-nunda?
Ketika Allah
memerintahkan kamu untuk berpuasa, mengapa enggan rasanya?
Ketika Allah
memerintahkan kamu untuk membayar zakat, mengapa hati terasa berat?
Ketika Allah
memerintahkan kamu untuk berjihad, mengapa kamu merasa malas?
Kerana kamu menganggap
bahawa itu adalah suatu kewajipan..
Mengapa kamu membeza-bezakan?
Bukankah semua itu sama-sama perintah Allah? Atau kerana kamu hanya menuruti
hawa nafsu kamu?
“Kemudian Kami jadikan
kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka
ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak
mengetahui.” QS.Al Jatsiyah:18
“Apakah engkau tidak
perhatikan orang yang telah menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Apakah
engkau akan dapat menjadi pelindungnya. Atau apakah engkau mengira bahawa
kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu hanyalah seperti
binatang ternak bahkan lebih sesat lagi.” Qs. Al Furqan: 43-44)
Andai kamu dapat
menjadikan ibadah kepada suatu keperluaan tentu semua akan terasa ringan. Akan
hadir kerinduan untuk selalu melakukan kebaikan. Rindu untuk mengerjakannya
solat, puasa, zakat, dakwah, jihad dan yang lainnya dengan sepenuh cinta.
Sudahkan kamu
menjadikan ibadah menjadi keperluan, bukan hanya sebagai kewajipan..
“Setiap
jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan
hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan
keberanian.” –Mutiara Islam