Suatu
hari Qaisy didatangi oleh seorang sahabat, sambil marah-marah dia cakap:
“Yang
paling labuh tu la yang paling buruk perangai!” Tergamam dibuatnya. The rest is history…
Sedikit
terkilan dengan apa yang berlaku sehingga sang sahabat mengeluarkan kenyataan
yang sedemikian. Lebih-lebih lagi kenyataan itu didengari ramai dan secara tak
langsung menjadi bahan perlian.
Persoalan
yang berlaku di sini, apakah puncanya hingga jadi macam ni?
Mari
analisa bersama. Teori yang dikemukakan oleh Albert Mehrabian mengatakan
bahawa, pakaian memainkan peranan dalam mengubah persepsi manusia. Dalam
konteks ini, kebiasaannya mereka yang membawa imej Islam (berkopiah, berserban,
bertudung labuh, berniqab dan sebagainya) merupakan orang yang baik, soleh,
solehah, boleh dipercayai dan sebagainya.
Buktinya,
lihatlah keadaan sekeliling, jika ada yang berkopiah akan dianggap ‘ustaz’ dan
tak kurang juga label yang diberikan pada kaum hawa dengan panggilan ‘ustazah’.
Walaubagaimanapun, ini hanyalah teori yang dihasilkan melalui pemerhatian dan
pemikiran manusia yang sangat terhad.
Ia
disebut sebagai ‘maklumat’ sedangkan Islam mengajar umatnya untuk berfikir dan
memerhati dengan menghubungkaitkan dengan syariat melalui al-Quran dan
as-Sunnah sebagai sumber primier. Itulah yang dinamakan dengan ‘ilmu’.
Bersepadu. Ilmu dan maklumat sesuatu yang berbeza.
Cukup dengan selingan, Rasulullah ada bersabda
yang bermaksud:
Sesugguhnya
di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah
seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan
ketahuilah bahawa dialah HATI. ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Sabda
Baginda inilah yang telah mematahkan hujah dan teori yang pelbagai. Seseorang
yang berkopiah dan bertudung labuh tidak semestinya baik. Semuanya bergantung
pada hati. Baik hatinya, baiklah akhlaknya. Baik akhlaknya, baiklah
penampilannya. Sesungguhnya hati merupakan cerminan iman.
Berjalan.
Bila bersembang dengan beberapa sahabat, dapatlah Qaisy simpulkan apa yang
berlaku mungkin berpunca disebabkan ingin berubah dengan cara yang extreme.
Falsafah yang ingin Qaisy kongsikan, jika tak
mampu berlari, cukuplah dengan berjalan. Asalkan tarbiyyah terus berjalan.
Tarbiyyah
itu halus seninya. Memerlukan sentuhan yang sangat lembut. Ibarat tarik rambut
dalam tepung, tepung tak selerak, rambut tak putus. Barulah sempurna.
Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia
yang lebih. Percayalah, nak berubah perlukan sentuhan yang halus berseni supaya
ianya selari dengan perubahan yang dilakukan. Pengalaman mendewasakan
kehidupan.
Tak
perlu pun nak terburu-buru dalam mengejar perubahan. Bukankah terburu-buru itu
cebisan jahiliah?
Ya,
Qaisy faham hasrat hati ingin melihat kejayaan dalam perubahan. Takut tak
sempat dan sebagainya. Teringat Qaisy dengan bait mutiara dari as-Sayyid Syed
Qutb:
“Jika aku ingin melihat perjuangan ini
berjaya, nescaya aku tidak akan hidup pada hari ini.”
Mengapa
tidak mengambil pengajaran dari sirah Rasulullah? Kaum kafir Quraisy begitu
gentar dengan semangat jihad dalam diri para sahabat ketika di medan perang.
Antara MENANG atau SYAHID. Ini yang menjadikan semangat jihad mereka marak
menyala.
Fenomena
sekarang?
Menyaksikan
mereka begitu semangat untuk menang tetapi terlupa akan syahid. Implikasinya,
perjuangan semakin marak menyala hingga membakar diri! Tiada kualiti dalam
proses pengislahan diri. Akhirnya menjadi fitnah pada diri, pada sahabat, dan
paling penting pada agama. Nauzubillah min zalik!
Syukur
Allah telah lembutkan hati kamu untuk berubah menjadi lebih baik. Mulakan
langkah pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Tak perlu terburu-buru. Cukuplah
sekadar yang termampu. Susunlah mutabaah amal dengan sebaiknya. Upgrade dari
masa ke semasa. InsyaAllah perubahan itu mampu berlaku.
Lembutkan hati dengan renjisan zikrullah dan
kalamullah. Hati bersih, akhlak pun cantik.
Apabila
iman sudah boleh berbicara, mudahlah untuk melakukan perubahan demi perubahan.
Jangan risau andai tak sempat temui kejayaan. Syahid telahpun tersedia untuk
anda.
Terdapat
seorang sahabat (asif lupa namanya), ketika permulaan Islam, dia ternampak
Rasulullah sedang sujud bersama Saidatina Khadijah dan Saidina Ali. Dia
bertanyakan pada (sahabat), siapakah yang sedang sujud?
Sahabat
tersebut menjawab itulah Rasulullah dan keluarganya. Sujud Rasulullah itu
diperlekehkan.
Akhirnya
semasa Fathul Makkah, dia menerima Islam. Di hadapan Rasulullah dia menangis.
Rasulullah menjelaskan bahawa segala dosa diampunkan selepas mengucap syahadah.
Lalu
sahabat ini berkata “aku menangis bukan kerana dosa-dosaku, seandainya aku
menerima Islam saat aku melihat engkau sujud dulu, nescaya aku menjadi orang
keempat atau kelima”
Islam
bermula dengan seorang. Lama kelamaan semakin berkembang dan akhirnya menjadi
antara agama terbesar dunia. Ingin mewujudkan Islam di tempat jahiliah? Mulakan
dengan diri kamu iaitu lakukan perubahan. Generasi awal umat Islam mendapat
didikan tarbiyyah selama 13 tahun di Makkah. Bukannya 13 hari, bukannya 13
bulan.
Sebagai
konklusi yang dapat ana simpulkan di sini. Apabila seseorang individu itu telah
bersetuju untuk ditarbiyyah, dia telah memikul satu tanggungjawab yang sangat
berat. Pikullah ia dengan tenang, berjalan andai tak mampu berlari.
Wallahua’lam.
Berjalan
berjalan berjalan berjalan berjalan berjalan berjalan berjalan berjalan
berjalan.
Kredit
untuk akhi Iqmal.
“Akal itu menteri yang menasihati,
Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu
yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.” –
Mutiara Islam