Mungkinsudah
tiba masanya untuk kamu duduk sejenak, tarik nafas dalam-dalam dan melakukan
muhasarawak dan refleksi diri; sejauh mana kamu sudah memenuhi tujuan hidup
kamu sebagai 'abid dan khalifah Allah di muka bumi. Adakah setiap masa dan ketika,
dalam setiap perlakuan dan kehidupan kamu sehari-hari, kamu benar-benar menjadi
hamba? Adakah setiap peluang yang datang menerpa, baik di kantor atau di tempat
pengajian, baik di pasar atau masjid, baik di padang permainan atau kompleks
beli-belah, kamu manfaatkannya sebaik-baiknya untuk menegakkan kebenaran dan
kalimah Allah yang mulia..?
Mungkin
sudah tiba masanya untuk kamu meneliti semula keikhlasan kamu dalam beramal,
sama ada kamu meletakkan Allah sebagai ghayah kamu yang paling utama dan pertama.
Sama ada kamu benar-benar membutuhkan redha dan chentaNya, atau ada udang di
sebalik mee Anis sup Utara? Eh. Mungkin selama ini kamu bersama-sama dengan
gerabak tarbiyah dan dakwah ini kerana kamu jatuh hati dengan akhawat itu, atau
mahukan kedudukan dan pangkat tertentu, atau mungkin juga kerana hanya gerabak
ini sahaja kamu merasakan diri kamu diterima, walhal kamu tidak mungkin
seglamor atau sebergaya ini andai kamu bersama dengan gerabak yang lain..?
Astaghfirullah.
Mungkin
sudah tiba masanya untuk kamu lebih seriyes dan bersungguh dalam bermunajat dan
memanjatkan doa kamu kepadaNya. Niatnya. Lafaznya. Makhrajnya. Maksudnya. kamu sering
berasa hairan mengapa doa kamu umpamanya tidak didengari Allah, apatah lagi
dimakbulkanNya. Rupa-rupanya kamu bermain-main dengan doa kamu
kamu tidak seriyes dengan apa yang kamu ungkapkan. Lebih teruk lagi,
kamu tidak yakin pun dengan apa yang kamu ucapkan. Alahai. Bagaimana Allah nak
kotakan..?
Mungkin
sudah tiba masanya kamu perbanyakkan istighfar penghapus dosa dan bangun malam
penghancur noda. Hati kamu sudah lama kering, mula membenihkan lalang-lalang
beracun dan merekahkan tanah-tanah jiwa yang dahagakan sentuhan rabbani. Dalam
kamu ligat dan galak ke sana ke mari mentarbiyah dan berdakwah, kamu lupa bekalan
dan makanan ruh untuk diri sendiri. Istighfar kamu hanya air liur pembasah
bibir. Solat malam kamu ala kadar, mamai-mamai tahi mata menebal pada
kelopaknya, tidak sedar pon apa yang kamu lafazkan. Aduhai. Sudah, bagaimana
kamu mahu melembutkan hati-hati di luar sana sedangkan hati kamu sendiri
merekah penuh sengsara?
Mungkin
sudah tiba masanya kamu lebih berhati-hati dan telus dalam mentadabbur
al-Quran; lebih seriyes, lebih ikhlas dan lebih bersungguh dalam mencari
chentaNya yang terkandung dalam setiap helaian mushaf dari langit itu. Sering
kamu tergaru-garu kepala, mengapa kamu sukar benar terasa basah dan tersentuh
dengan ayat-ayat yang kamu baca. Walhal tarannum dan bacaan kamu dah ala-ala
Fatih Seferagic dah. Eh. Rupa-rupanya kamu bertilawah sekadar mahu mencukupkan mutabaah
amal yang ditugaskan kepada kamu Rupa-rupanya kamu mentadabbur al-Quran dalam
keadaan tidak rela, hanya ketika berbulatan gembira semata. Rupa-rupanya alunan
merdu suara kamu melagukan bacaan kamu adalah kerana kamu mengharapkan pujian
dan pujaan daripada mereka yang mendengarnya. Wahai, jangan hairan andai bacaan
ayat-ayat chenta kamu itu mengundang murka dan bukannya redha!
Mungkin
sudah tiba masanya kamu lebih berlapang dada dalam menanggapi masyarakat di
luar sana. Allah, apalah hebat sangat kamu ini; ilmu baharu sekelumit cuma di
dada, sudah mahu memandang orang lain dengan pandangan keji dan hina..? Baru
ikut dan membawa bulatan gembira, dijemput beri perkongsian sekali-sekala, kamu
sudah mahu mendabik dada? Berapa ramai di luar saya yang menyatakan rasa
kechiwa, langsung tidak berminat mahu bersama-sama kamu dek keangkuhan dan kejahilan diri kamu sendiri..?
Alahai, kamu ini sudahlah biasa-biasa sahaja, marhaen lagi hina, fikrah pon
belum benar-benar membumi di jiwa, dan kamu sudah pandai menghukum orang itu
dan mengkritik orang ini..? kamu ni bukan maksum pon; sudah konfem masuk
sorgakah..?
Dan
mungkin sudah tiba masanya kamu lebih bersungguh-sungguh dan berkorban sepenuh
jiwa dan raga kamu untuk perjuangan terchenta ini. Ya, kamu rasakan kamu sudah
bersemangat. kamu jangka kamu sudah keluarkan semua (Baca: All out).
Kembang-kempis hidung kamu penuh keyakinan yang kamu sudah berikan yang
terbaik. Uhm uhm. Benarkah? Cuma tengok kehidupan sehari-hari kamu bagaimana;
masih ada masa yang kamu bazirkankah untuk sesuatu yang tidak menguntungkan
Islam? Masih banyakkah jahiliyyah yang berkarat di dalam jiwa? Masih banyakkak
harta dan tenaga kamu yang kamu manfaatkan untuk urusan dunia yang tidak
memberi laba kepada agama..? Dan sudah tertunaikah sumpah setia kamu lima kali
sehari itu - "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya
untuk Allah, Tuhan sekalian alam"..?
Nanges.
Mungkin
sudah tiba masanya... Atau belum tibakah waktunya..?
"Belum
tibakah waktunya bagi orang-orang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah
dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah
mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu,
kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras.
Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik." [al-Hadid,
57:16]
Nah
pisau. Sila tikam diri sendiri. Tepat pada jantung tahu..?
“Tiada seorang manusia pun dimuka
bumi ini tidak boleh diajar, Cuma cari belajarnya berbeza-beza.”-
Dr. Qhaiz Yatim
Dinanthr’a