Alhamdulillah,
kesibukan semakin bertambah apabila diberi kesempatan dan peluang untuk menjadi
warga pendidik. Pendidik di sebuah tadika. Alhamdulillah, Allah permudahkan
segalanya.
Bismillah,
bismillah.
------
Kadangkala,
Allah hantar kamu sendiri, agar kamu ambil ibrahnya. Sendiri tak bermakna sepi.
MasyaAllah, selesa dengan tudung labuh. Bukan kerana hipokrit, tetapi
mendorong. Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi 'ala diinik, wa 'ala to'atik.
Amin.
Sehari
temu duga, Alhamdulillah, Allah tahu apa yang terbaik. Syukur. Permulaannya,
rasa takut kerana Qaisy memakai tudung yang labuh yang mungkin dipandang asing
oleh orang lain. Tekad di hati semakin membara, seolah-olah tak nak ada yang
memandang 'sebelah mata' pada mereka yang bertudung labuh.
Teringat
Qaisy ketika permulaan bertudung labuh, susah. Agak payah. Qaisy tidak akan
mempertaruhkannya hanya sekadar untuk kerja. Allahu Allah, bantu.
Dengan
menggunakan slip PMR sebagai 'tiket' bekerja selama tiga minggu untuk menghabiskan cuti, Bahasa
Inggeris diteliti. Mujur, diterima. Tadika ini mementingkan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantaraan dengan pelajar. Terdiri daripada kanak-kanak comel
dari 3 hingga 6 tahun. Alhamdulillah, ditugaskan untuk menjaga, dan mengajar
mereka yang 3 dan 4 tahun. Tak susah dan tak mudah.
Mungkin,
inilah pekerjaan yang mulia, yang telah lama diidamkan untuk mengisi masa
lapang sambil menunggu penggal sekolah bermula.
Pekerja,
hamdalah. Semua baik-baik belaka. Terdiri daripada Melayu, India, Cina. diberi
lagi kesempatan untuk berkawan dengan non-muslim, untuk ketiga kalinya. Peluang
keemasan. Mentarbiyah hati, tunjuk akhlak mulia yang Islam ajar. Tapi, bukan
dengan riya'. Sebaliknya, semulia-mulia akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi
S.A.W, diajarkan lagi dalam kitab Allah..
Tiada
paksaan untuk memasuki Islam.. Ya, tiada paksaan untuk memasuki Islam. Tetapi,
orang Islam mesti dipaksa untuk memahami Islam, cinta Islam itu sendiri. Ramai
orang, Islam pada nama sahaja. Sebaliknya? Allahua'lam. #Pesanan buat diri.
Gembira
dapat berjumpa, berkawan dengan mereka. Setidak-tidaknya, kamu boleh tunjuk,
dan dakwah bil haal (tunjukkan akhlak, tingkah laku sebelum menyuruh orang
lain) kan yang terbaik? Sayang Islam. AllahuAkbar!
kamu kamu dilahirkan dalam Islam, semulajadi.
Sangat awesome! kamu diberi nikmat PALING besar. Ya, PALING!
Tetapi, sejauh mana penghayatan kamu kepada Islam? Islam pada nama? Allahu. #Again, note to self.
Teringat
dalam perkongsian usrah, functionsebenar
kamu as muslims?
Ini
dia, firman Allah, surah az-Zariyat ayat 56, merungkaikan segala persoalan yang
bergelut di fikiran. Nafsu dan iman bertelagah. “Tidak Aku ciptakan jin dan
manusia MELAINKAN agar mereka beribadah kepadaKu.”
Kenapa
Allah guna perkataan 'melainkan'? Kenapa Allah tak guna perkataan 'untuk'?
Kenapa dan kenapa?
Istithna'
diambil kira. Sebab, betapa Allah tegaskan dalam konteks ini, nak ke tak nak
ke, tak kira! Mesti beribadah kepada Allah. Tak boleh kata tak nak.
Subhanallah.
Hebat bukan? Ada hikmah yang terselit, tersembunyi. Bagaimana ingin menjadikan
setiap perbuatan, percakapan, semua yang lahir dari anggota badan Allah bagi ni
beribadah? Pertama, niatkan kerana Allah. Kedua, mengikuti syarak. Simple,
tapi susah sebab kamu manusia, leka, lalai. Jadi, perlulah sentiasa ada insan
yang mengingati dalam memburu redha Ilahi, agar cinta sentiasa dicurahkan
kepada Yang Hakiki.
Jom?
Upgrade iman. Bersihkan hati,
murnikan diri, sucikan diri, membuahkan akhlak yang terpuji. kamu adalah apa
yang kamu fikirkan. Akhlak kamu adalah apa yang hati kamu tunjukkan. Jadi, jaga
hati, insyaAllah, akhlak terpuji.
Tak
terdaya untuk meminta kepada sesiapa selain Ilahi. Ya Rabb, tentukanlah yang
terbaik untuk diriku, rakan-rakan, dan agama kami. Allahumma Amin.
“Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan
kamu sekarang kerana mereka telah
dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau.” -
Saidina Umar
Al-Khattab