Pernahtak
dalam hidup ini kamu rasa benci sangat pada seseorang? Benci sangat-sangat.
Sampaikan bila tengok dia dari jauh pun dah terasa kebencian tu? Malah bila
terfikirkan pasal dia ni pun, tiba-tiba dada terasa sesak (ni kes yang
tersangat-sangat benci ) Tak pernah? Wah, baguslah kalau macam tu.
Tapi
bagi yang pernah, mesti tahu macam mana rasanya kan? Biasanya, kalau bencikan
seseorang pastinya bersebab. Pasti dia ada buat salah something dengan kamu Dan bila dah benci tu pastinya akan rasa
sangat sukar nak memaafkan kesalahan dia. Yelah, orang tu dah sakitkan hati kamu Guriskan perasaan kamu Mesti rasa macam dia ni dah tak layak nak
dimaafkan. Tapi kan, tahukah kamu siapa insan yang paling pemaaf kat muka bumi
ni? Jawapannya sudah tentu tidak lain dan tidak bukan, Rasulullah saw.
Ingat
tak tentang kisah bapa saudara baginda, Hamzah yang dibunuh semasa Perang Uhud?
Dalam peperangan tu, Hamzah dibunuh secara hendap oleh Wahsyi. Atas kejayaannya
membunuh Hamzah, Wahsyi telah dimerdekakan oleh tuannya iaitu Hindun bin
Uthbah. Tapi kemudiannya Wahsyi ni telah menerima hidayah daripada Allah. Dia
datang berjumpa dengan Rasulullah saw dan menyatakan keislamannya. Baginda
menerima malah memaafkan Wahsyi walaupun dia adalah pembunuh bapa saudara yang
disayanginya, Hamzah! Baginda memaafkan Wahsyi tetapi baginda meminta agar
Wahsyi tidak muncul di hadapan baginda secara terang-terangan kerana
apabila
terpandangkan Wahsyi baginda akan berasa sedih dan terkenangkan bapa saudaranya
itu.
Nah,
tengok tu. Walaupunkepada orang yang
bunuh bapa saudaranya pun Rasulullah saw maafkan. Jadi, marilah kamu mengikut
sifat Rasulullah saw ni. Baginda kan sebaik-baik qudwah hasanah. Lagipun,
memaafkan kesalahan orang ni memang dituntut dalam Islam.
Allah
berfirman. “(Iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit,
dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan (kesalahan)
orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.” Surah Ali
'Imran, 3: 134.
Ada
lagi. “Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari
kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat
dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan
(sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang
itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah)
Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah An-Nuur, 24: 22.
Sedangkan
bila kamu buat salah, mesti kamu nak orang maafkan kamu Macam itulah juga dengan orang lain. Malah
bila kamu banyak buat dosa pada Allah, mesti kamu nak Allah ampunkan kamu kan?
Bila
kamu rasa sukar nak maafkan orang lain, ingatlah macam ni. Sedangkan kamu yang
dah buat banyak dosa sampai bergunung-gunung tinggi pun, Allah akan ampunkan
kalau kamu bertaubat. Siapalah kamu ni untuk tidak memaafkan kesalahan orang
lain yang mungkin tidaklah sebesar mana pun sebenarnya.
Lagipun,
kamu akan merasa senang hati dan tenang apabila dah maafkan orang ni. Kalaulah
kamu marah sangat sampai berdendam dengan orang lain, mesti hati kamu rasa tak
tenang kan? Asyik rasa nak marah aje. Sampaikan hubungan dengan manusia yang
lain pun turut terjejas. Mestinya kamu tak nak keadaan macam ni jadi kan? Sebab
orang lain, orang lain pulak yang kena. Jadi, maafkanlah kesalahan orang lain.
Kadang-kadang,
walau dah maafkan kesalahan orang lain, rasa benci tu masihada. Kan? kamu selalu dengar ayat ni. Forgive and forget. Sesetengah orang memang mampu untuk bagi
kemaafan sekaligus melupakan. Tapi bagi
sesetengah yang lain, memang mudah nak memaafkan tapi untuk melupakan agak
susah sebenarnya. Melainkan kalau dapat amnesia. Barulah boleh dilupakan.
Hehe.. Sekiranya masih tak dapat dilupakan dan kebencian itu masih ada,
janganlah ditunjukkan kepada orang tu. Sembunyikan kebencian itu dengan
sabarmu. Sembunyikan dengan senyummu. Janganlah kebencian itu sampai dapat
dibaca oleh orang lain.
Tapi
jangan dibenci pelakunya. Cukuplah sekadar benci akan perbuatan pelaku itu.
Tapi alangkah lagi bagus sekiranya kebencian itu turut hilang sekali dengan
kemaafan yang diberi. Akhir kalam, berilah kemaafan dan hapuskanlah kebencian
dalam hati. Seindah sabarmu. Allah!
“Hadiah terbaik kepada kawan adalah kesetiaan, kepada
musuh adalah kemaafan, kepada ketua adalah khidmat kepada yang muda. Contoh
terbaik kepada yang tua adalah hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada
pasangan ialah Cinta dan ketaatan dan kepada manusia adalah kebebasan.” – Karl Khairul Afieq Dinanthr’a Shah