Teringat
seorang Ustaz pernah share, portion gas dalam udara ini tidak
berubah. Just perfect. Walaupun
berlaku pencemaran udara, jerebu ke, turun salji di Kuala Krai ke, portiontetap sama. Kalaulah oxygen tu terlebih sikit, nescaya
habislah terbakar material yang mudah
terbakar di muka bumi ini kerana lebihan oxygen
menggalakkan combustion process.
Kalau
kurang pula, nescaya kamu semua kena pakai oxygen
mask, kerana tidak cukup oxygen
dalam darah, untuk menghasilkan tenaga. Penatlah jantung mengepam darah supaya
lebih pantas bergerak dan bertindak. Kehausan la mitochondria, dan pasti merungut haemoglobindan sebagainya.
Dan
juga jika ia berlaku, terpaksa la kamu dapatkan bekalan oxygen tambahan di kedai-kedai, maka manusia akan mengambil
kesempatan ke atas manusia yang lain. Meningkatlah kos sara hidup dan menderita
la mereka yang dibawah, maka bersorak la yang di atas.
Lihatlah,
betapa telitinya aturan Allah s.w.t. KeadilanNya terserlah, dalam pengurusan
udara je pun Yang jarang-jarang kamu fikirkan.
----
Pun begitu,
sudah menjadi sunnah hidup ini medan ujian. Pasti ada yang kandas dan terbuat
dosa. Terumpat. Terdedah aurat. Terminum itu, tersedut ini. Termakan harta
orang. Terkata belakang. Tergoda. Tergelak lebih. Termakan banyak. Tertido
lebih. Terguris hati yang lain. Tersakiti jiran jiran. Termegah. Terbangga.
Terujub.
Dan
banyak la ‘ter’ ‘ter’ yang lainnya. Kalau nak list kan semua ter ter tu, maka hari ini kamu memang cerita pasal
‘ter’ jela.
Kali
ini Qaisy nak kongsi la sedikit pengalaman membaca al Quran beserta makna, elok
la musim-musim orang ramai mula berminat motivasi dan panduan dari al Quran
sekitar berhadapan dengan ujian ujian dunia ini.
Kalau kamu perasan
la, apabila Allah hendak menceritakan tentang suatu ujian kehidupan dunia ini,
Allah akan bawakan satu figureyang
mana keadaan dia diuji dalam ujian tersebut dalam keadaan terpaling dahsyat.
Yang akhirnya bila kamu baca kisah mereka ini, kamu rasa macam hampeh je kamu ini.
Ujian kamu dan mereka mungkin sama, tapi intensitynya
berbeza.
Dan
kamu dengan intensity ujian yang biasa
biasa itu terus merungut.
Contoh;
Apabila Allah hendak mengkhabarkan kamu tentang ujian jalan dakwah yang sangat
panjang ini, Allah bawakan kisah Nabi Nuh.
“Dan
sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara
mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun….” (Al An kabut:14)
Kita
buat dakwah tiga hari dah merungut. Lihatlah betapa intensenya ujian ‘lamanya seruan dakwah’ ke atas Nuh a.s. yang
sepatutnya menyentap kamu dan terus kembali kerkerja.
Seterusnya,
apabila al Quran hendak berkongsi dengan kamu tentang ujian menjadi seorang
lelaki, muda, kacak pulak tu, dengan ujian godaan wanita Allah bawakan kisah
Nabi Yusuf. Ketampanan nabi Yusuf ini memang kamu semua tak boleh challenge la, sehinggakan wanita yang
terhiris jari mereka tidak sedar kerana khusyuk dan tergoda.
Rasanya
sangat mustahil ada wanita yang akan tertawan dengan wajah kamu sehingga tahap
tak sedar mereka menghiris jari sendiri. Hidung pun tak berapa nak mancung, haha.
Berbeza dengan nabi Yusuf,
Pun
begitu dia mampu; “Dan wanita yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf
untuk menundukkan dirinya dan dia menutup pintu pintu seraya berkata, “Marilah
ke sini”,
Yusuf
berkata, “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku
dengan baik”….(Yusuf:24)
Apabila
Allah hendak berbicara tentang ujian kuasa dan harta, Allah bawakan kisah
Sulaiman a.s., yang mana apabila dia dikurniaan nikmat memerintah seluruh alam,
termasuk haiwan dan jin yang boleh berbicara dengannya dan melakukan apa sahaja
kepadanya, dia berkata dengan penuh zuhud;
“……‘Ini
termsuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku apa aku bersyukur atau
mengingkari’….” (An Naml:40)
Bila
Allah hendak mengajar tentang ujian menjadi wanita solehah yang mungkin dicemuh
dan didiskrimanis oleh masyarakat, Allah bawakan kisah Maryam yang mana diuji
dengan kandungan tanpa persetubuhan itu. Sehingga dia difitnah, dan dikeji oleh
masyarakat, meskipun seluruh hidup dia tidak pernah bersentuhan dengan yang
bukan mahram.
Meskipun
dia sering mengabiskan masa di mihrab, beribadah kepada Tuhan.
“Maryam
berkata, “Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum
pernah disentuh oleh seorang lelakipun”, Allah berfirman (dengan perantaraan
Jibril), “Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendakiNya. Apabila Allah
berhendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya berkata kepadanya, “Jadilah”
lalu jadilah. (Ali ‘Imran:47)
Maryam.
Dah lah solehah. Diuji dengan kandungan. Dengan ujian yang pasti mendatangkan
fitnah. Dengan ujian yang tidak dapat disorok. Masakan kamu yang tak berapa
solehah ini merungut bila diuji sekelumit cuma?
Dan
bagi para isteri yang teruji kerana sering ditinggalkan suami ekoran keluar
berdakwah, Allah datangkan kisah Ibrahim a.s yang meninggalkan isterinya hajar
dan anak lelaki mereka Ismail a.s di padang pasir, ye di padanag pasir tanpa
bekalan makanan, bukan ditinggalkan dalam banglo mewah beserta pendingin hawa.
Ya
Rabb kami, sesungguhnya aku telah tempatkan sebagian dari keturunanku di lembah
yang tak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau yang suci, ya Rabb kami
yang demikian itu agar mereka mendirikan sholat, maka jadikanlah hati sebagian
manusia condong kepada mereka, dan beri rizkilah mereka dari buah-buahan,
semoga mereka bersyukur (Ibrahim : 37)
Dan
ada banyak lagi bentuk ujian yang situasinya berada dalam tahap ekstrim Allah
ceritakan dalam al Quran. Ujian buat ibu bapa yang terlalu sayangkan anak,
Allah bawakan kisah Ibrahim a.s. dengan Ismail a.s.
Ujian
Allah bagi orang yang banyak ilmu, ada cerita Nabi Musa dan hamba Allah Khidir.
Ujian
harta, ujian pangkat, ujian agama dan bermacam macam macam lagi.
Kesemua
ini sepatutnya menjadi motivasi kepada kamu untuk teguh berhadapan dengan
mehnah dunia. Apa-apa pun, al Quran meraikan sifat manusawi yang ada pada
seorang insan, yang mustahil tidak akan melakukan dosa kecuali para rasul yang
maksum.
Sebab
itu, dibawakan cerita Adam a.s dan isterinya yang melanggar syariat Allah. Ia
adalah satu sunnah, seluruh keturunan manusia tidak sepi dari melakukan
kesalahan. Cuma, diakhirnya, kisah Adam dan isterinya mengajar kamu untuk
bertaubat.
Maka
saudaraku, Kembalilah !
Kredit untuk Dr
Qhaiz yang sudi menolong..
“Jika kamu bertiga maka janganlah
dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan
begini akan mendukacitakannya.”
–
Riwayat: (al-Bukhari dan Muslim)