Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alih.
Manusia
ini aneh.
Katanya
mahu berubah. Namun masih sukar untuk tinggalkan jahiliyah.
Susah!
Jerit batinnya.
Bertambah
aneh.
Apabila
hanya duduk diam tidak buat apa apa.
Dan
mulutnya masih terkumat kamit kata mahu berubah.
Manusia
ini aneh.
Suka
akan kebaikan.
Tapi
melakukan kejahatan.
Aneh
sekali ya?
Suka
melihat maksiat.
Tapi
sukar sekali untuk mencegahnya.
Manusia
ini aneh.
Islam
agamaku katanya.
Kalimah
Allah itu hak mutlak orang islam katanya.
Namun
aneh sekali.
Solatnya
tunggang langgang.
Qurannya
perhiasan almari cantik cantik.
Jauh
sekali mahu buat yang sunat sunat.
Tapi
lidah masih bangga.
Dada
mendabik tinggi.
Islam
itu agamaku!
Dan
aku berbangga menjadi seorang muslim!
Manusia
ini aneh.
Updatestatus
di facebook tampak baik sungguh.
Soleh
sungguh.
Solehah
sungguh.
Realitinya
hanya Allah yang tahu.
Dakwah
alam maya katanya.
Sehingga
terlupa amaran Allah dalam surah As-Saff ayat 2-3.
Aneh
sungguh.
Sudah
diingatkan.
Namun
dilupa lupakan.
Manusia
ini aneh.
Katanya
hidup ini untuk Allah.
Namun
sering kali terkilan atas caci maki manusia.
Katanya
dakwah ini untuk Allah.
Namun
sering kali terangkat tinggi oleh pujian palsu manusia lainnya.
Katanya
otak ini banyak memikirkan tentang masalah ummah.
Namun
sering kali masanya dihabiskan dengan perkara yang sia sia.
Aneh.
Sungguh aneh.
Manusia
ini aneh.
Sedar
realiti semua manusia tiada yang sempurna.
Namun
masih menuntut kesempurnaan daripada manusia lainnya.
Masih
mencerca kejahatan yang satu dilakukan manusia lain.
Sehingga
tidak terlihat langsung 100 kebaikan yang dibuatnya.
Umpatan
sana sini kedengaran di mana mana.
Sehingga
tak terasa langsung busuknya bangkai daging yang bakal dimamahnya di akhirat kelak.
Manusia
ini aneh.
Katanya
mahu ke syurga.
Namun
melakukan amalan amalan ahli neraka.
Katanya
rindukan Rasulullah.
Namun
masih mencerca sesama manusia.
Katanya
hidup ini untuk Allah.
Namun
masa yang digunakan tiada satu pun untuk agamaNya.
Yang
menulis ini pun aneh.
Kerana
yang menulis ini pun manusia.
“Manusia yang dipenjara adalah mereka yang
terpenjara dari Rabbnya dan manusia yang tertawan adalah mereka yang ditawan
oleh hawa nafsunya”(Ibnu Taimiyah)
“Ya Allah, Kau jauhkanlah kami daripada
perkara-perkara yang boleh menjauhkan kami daripada-Mu dan dekatkanlah kami
kepada perkara-perkara yang mendekatkan kami kepada-Mu”
~ Syukran kepada mudir, ustaz,
ustazah dan sahabat-sahabat yang membantu ~