Hati manusia
sering kali diuji. Hanya bertemankan iman untuk mengharungi perasaan yang Allah
anugerahkan ini.
Saat hati diuji, airmata menjadi peneman setia.
Hanya Allah tempat meluah segala, hanya Dia mengetahui isi hati hambaNya.
Sungguh, perasaan ini fitrah. Allah hadiahkan buat semua hambaNya, sebagai satu
nikmat tatkala ia digunakan ditempat yang betul,juga sebagai ujian tatkala ia
bukan pada masa dan orang yang selayaknya. Kerisauan menerpa, andai perasaan
ini menjadikan kecintaan pada Allah itu bukan yang utama.
Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu
adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis
sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih
baik dari sebelumnya.
Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya
tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan
dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.
Qaisy bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada
zaman silam Qaisy pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin
kata-kata Qaisy sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang Qaisy persembahkan
melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan Qaisy bersama dengan
doamu.
Qaisy menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Qaisy menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik. Menginsafkan
diri dalam mencari keredhaan Ilahi.
Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak
sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah
lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.
Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih
mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kamu bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf
hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan
tanggungjawab kamu adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan,
kamu semua adalah dai'e.
Positif menjadikan kamu bersangka baik. Bersangka
baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam
hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan
Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan
makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk
diiktiraf sebagai seorang dai'e.
Sekiranya semakin kamu bijak, semakin jauh diri kamu
daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat
itu dari dalam diri.
Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai
ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih
ramai yang mencintai kamu di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada
lagi yang mencintai kamu di akhirat.
Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya Allah memberikan
dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi
Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya.”
Alhamadulillah, setiap daripada kamu dikurniakan
kawan-kawan. Ada telah pun menemui sahabat sejati. Bukan perkara mudah untuk
berjumpa dengan sahabat sejati....
Sebagai sahabat, sejauh mana kamu menghargai sahabat
kamu
Sejauh mana kamu menyayangi dan mencintai sahabat kamu
Sejauh mana kamu mahukan kebaikan untuk sahabat kamu
Cuba kamu bayangkan,
Cuba kamu fikirkan,....
Apa kamu akan buat, bila.....
Sahabat kamu tiba-tiba tak faham sesuatu..
Kamu ketawakan atau kamu terangkan???
Sahabat kamu tak tahu nak buat sesuatu....
kita marah dia atau kamu tunjukkan caranya???
Bila sahabat kamu buat perkara tak betul....
Kita mengumpat dia atau kamu nasihatkan???
Bila sahabat kamu tak jelas tentang sesuatu....
Kita rumitkan atau kamu jelaskan pada dia???
Dan bila sahabat kamu tak mampu lakukan sesuatu...
Kita manjakan dia atau kamu usahakan???
Adakah kamu benar-benar sahabat? Adakah benar-benar
kawan yang baik?
Sahabat yang baik akan lakukan perkara yang terbaik
juga untuk sahabatnya. Bukan mentertawakan, bukan memarahi. Sahabat yang baik
akan ada perasaan untuk tegur kerana sayangkan sahabat, bukan sayang untuk
tegur demi kebaikan sahabat...
Sebagai sahabat, apabila sahabat kamu ..
Tak Faham, kamu Terangkan -----> Bukan
Ketawakan....
Tak Tahu, kamu Tunjukkan -------> Bukan
Dimarahkan....
Tak Betul, kamu Nasihatkan ------> Bukan
Diumpatkan....
Tak Jelas, kamu Jelaskan ---------> Bukan
Dirumitkan....
Tak Mampu, kamu Usahakan ----->Bukan
Dimanjakan....
“Rabbi Yassir Wala Tu’assir, Rabbi Tammim Bil Khair”
Ya Allah, permudahkanlah jangan kamu susahkan, semoga segalanya berakhir dengan
baik.
“Hasbunallah wa ni’mal wakil” Allah cukup bagiku dan
Dialah sebaik baik penjaga.
“Andai bidang pengurusan perniagaan
mengajar kamu mengurus sebuah perniagaan dengan baik, perlunya juga kamu belajar
bidang pengurusan hati agar ia dapat diurus dengan baik berpandukan iman dalam
diri.” –
Qhairul Hay Nur Hayat Shah