Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat iman dan islam. Moga Allah
sentiasa pelihara nikmat ini yang tak semua mampu memilikinya. Amin.
Alhamdulillah, untuk tahun baru, masih lagi diberi pinjam oksigen yang entah
keberapa kalinya.
Kadang
Qaisy terfikir, jika sekiranya Allah tetapkan nilai suruh bayar untuk setiap
oksigen, untuk setiap anggota, untuk setiap pergerakan, untuk setiap enzyme,
untuk setiap muscle, untuk setiap cell, untuk setiap tissue, mampukah? Sekejap.
Subhanallah!
---------
Berharap
moga cerita ini menjadi pengajaran untuk setiap pihak, termasuk diri ini. Moga
Allah lindung hati ini dari perkara-perkara mazmumah (yang tidak baik).
Bismillah.
Antara dunia dan Allah, Qaisy harus memilih?
Baru-baru
ini, terasa sangat diuji oleh Allah. Sangat! :') Tapi ternyata, makin Allah
uji, makin Allah sayang. Sikit demi sedikit ditariknya nikmat dunia. Sikit demi
sedikit Allah tarik saya kembali ke pangkuanNya. Pengaduan sepenuh kepadaNya.
Cinta milik Ilah.
Diuji
dengan kehilangan netbook di surau. Tidak dinafikan, memang kecuaian diri bila
meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah. Tidak memikirkan kesan sebalik
semua yang bakal terjadi. Hanya sejam ditinggalkan di surau. Dengan sekelip
mata, hilang selepas kembalinya ke surau.
Memang,
pada mulanya ada juga rasa keraguan untuk tinggalkan di surau. Tapi, disebabkan
tafsir berdekatan di situ, menyebabkan Qaisy terfikir untuk meninggalkan
netbook tersebut di dalam beg.
-----------
Sekembalinya
di surau, Allah kirim rasa detik di hati untuk buka beg. Tupp..tup..
Tengok-tengok beg telah pun terbuka dengan tak berzip. Allah. Waktu itu, hanya
Allah tahu. Qaisy persoalkan di dalam hati, apa salah dan silapnya diri ini
selama ini? Apa dosa saya? Apa dan apa..
Selagi
yang bergelar manusia. Sifat mempersoalkan tu tetap ada. Kerana, hakikatnya
ialah Qaisy bukan malaikat. Qaisy, hamba. Ya, hamba. Milik Ilah sepenuhnya.
Saat
ternampak beg yang terbuka, Qaisy hanya mampu ucap 'Innalillahi wainna Ilaihi
rajiun'. Sedih. Perit. Berat rasanya. Seperti yang sudah dinyatakan di atas,
Qaisy bukan malaikat yang tiada 'nafsu'. Nafsu keduniaan. Tiada dosa. Semua
sempurna. Tiada marah. Tiada geram. Hakikatnya, Qaisy manusia. Pendosa.
Allahuakbar.
Dengan sendirinya, butir-butir jatuh dari mata.
Fikiran
untuk umi dan abi yang bekerja keras siang dan malam. Fikiran hadiah pemberian
abi selepas mendapat keputusan UPSR. Saat itu, Qaisy cuba ukirkan perkataan
redha sedikit demi sedikit di dalam hati. Untuk mengukirkan perkataan redha
yang betul-betul Allah 'pandang', Qaisy harus tangkis sedikit demi sedikit
bisikan yang membuatkan Qaisy hilang pergantungan kepada Allah.
Maghrib
yang penuh syahdu. Diselangi dengan qasidah Nabi pengubat rindu. Tambah pula,
Isya' dengan hati kelat seperti hempedu.
'Ramai
yang takutkan manusia dari takutkan Allah.'
Nauzubillah! Itu, hakikatnya.
Pujuk
hati lagi. Tepis lagi. Bersangka baik dengan Allah. Qaisy tahu, Qaisy diuji,
Allah sayang Qaisy.
"Dan
Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,
jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang
sabar." [2:156] Subhanallah.
Allah
pujuk lagi hati ini. Teguran Allah melalui al-Quran.Sebab Allah nak jadikan
hamba Dia orang yang sabar, Allah beri ujian. Sweetnya Allah!
Apa
hikmah yang saya dapat untuk semua ni? Setelah di'plus minus', Qaisy jumpa
hikmah. Sendiri.
-
Bila netbook hilang, apa perkara yang utama Qaisy buat? Qaisy perlu pilih, mengadu
pada Allah dulu? Atau, mengadu pada
manusia? Didik hati.
-
Butir mata yang jatuh hakikatnya untuk siapa? Untuk netbook yang hilang? Atau
untuk dosa yang menyebabkan netbook Qaisy hilang? Refleksi diri.
-
Allah nak kurangkan Qaisy online memandangkan Qaisy sentiasa online:P
-
Allah nak tunjuk, bergelar sahabat selayaknya? Siapa yang sanggup membantu.
Alhamdulillah, Qaisy dikelilingi orang yang sedia membantu tak kira dari
muslimin apatah lagi muslimat.
-
Allah nak 'lihat' sejauh mana Qaisy boleh cerita dekat orang. Sejauh mana minta
simpati Qaisy? Untuk ini, Qaisy perlu sentiasa renew hati sewaktu Qaisy menaip cerita ini. Belajar
lagi.
Sekiranya
Qaisy berpeluang untuk jumpa kepada 'pencuri' itu, Qaisy hendak berterima kasih
pada dia. Kalau boleh, nak tahu sebab dia mencuri. Mungkin, dia bukan dari
golongan mampu. Siapa tahu? Dan, kerana dia merupakan perantaraan Qaisy dan
Allah, Qaisy terasa makin fall-in-love dengan Allah. Kerana ujian ini,
menyebabkan watak 'kuat' depan orang ramai akhirnya hamba juga depan Ilah. Ya,
hamba!
Untuk
pembaca, moga ada ibrah disebalik pembacaan ini. Memang, pergantungan
sepenuhnya kepada Allah itu perlu. Tapi, selepas kamu habis berusaha. Bukannya
bergantung sepenuhnya, tanpa mengambil precaution steps. Doakan diri ini
kuat. Walaupun tiada muscle kental. Moga iman terus kental. Amin.
Moga
hati-hati kamu terus tabah. Dari, pendosa. Wallahu'alam.
“Hati manusia adalah terlalu unik,
berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah
yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya
Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap
amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit
hati.” -
Asyhidayahtur
Abdullah Ong