Kadangkala
kamu sering tersalah faham dalam membezakan antara putus asa dan pasrah. Ini
kerana implementasinya hampir sama yang bermaksud berhenti atau menyerahkan apa
saja yang bakal terjadi pada suratan takdir.
Disini
terdapat perbezaan situasi antara pasrah dan putus asa.
Contohnya,
doktor ingin melakukan pembedahan kepada seorang mengidap kanser yang kritikal, namun ahli
keluarganya menolak. Mereka menolak bukan kerana kesempitan wang , tetapi
mereka sudah pasrah pada ketentuan Ilahi.
Akhirnya
pesakit itu meninggal.
Pada
situasi lain pula, seorang doktor berunding dengan seorang pemuda yang ayahnya
diserang strok, meskipun keadaan ayahnya sudah kritikal, namun si anak tetap
berusaha mengubati ayahnya walau berapa sahaja kosnya, sembuh atau tidak dia
pasrah pada Ilahi.
Seperti
yang pertama, Pesakit ini juga meninggal.
Dari
dua situasi diatas, soal kesembuhan
keluarga ini sudah pasrah kepada Allah SWT, dan akhirnya mereka kehilangan
orang tersayang untuk selamanya.
Tetapi
ada perbezaan diantara dua situasi diatas.
Bezanya
terletak pada usaha yang maksimum. Ikhtiar yang bersungguh – sungguh sebagai
memenuhi sunah kauniyah yang digariskan olehNYA.
Oleh
itu usahalah yang akan menjadi penentu, mana yang layak disebut pasrah dan yang mana yang disebut putus asa. Sebelum
ikhtiar yang maksimum, semestinya kamu menutup serapat – rapatnya kata pasrah.
Mari
kamu renungkan firmanNYA:”Oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan
pertemuan dengan Tuhannya,hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan
janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya (Surah
Al-Kahfi,ayat 110)
Beza
Putus Asa Dan Pasrah
Barang
siapa yang ingin tercapai hasrat yang mulia, maka beramallah, bergeraklah dan
melangkahlah.
Kesalahfahaman
dalam membezakan dan menentukan kedua – duanya akan membuat seseorang itu
menyerah kemudian menamakannya sebagai pasrah.
Sebenarnya
dia masih mampu berlari tetapi memilih berhenti, masih mampu berenang ke tepi
tetapi berdiam diri akhirnya tenggelam.
Padahal
hidup adalah perjuangan, kerana senario hidup adalah ujian bagi manusia.
Sebagaimana
firmanNYA :”Dia lah yang telah mentakdirkan mati dan hidup(kamu)-untuk menguji
dan menzahirkan keadaan kamu;siapakah diantara kamu yang terbaik amalannya,dan
ia maha kuasa(membalas amal kamu),lagi maha pengampun (Surah Al-Mulk ayat 2).
Putus
asa. Mengapa dinamakan putus?
Mungkin
kerana asa pengharapan, tujuan dan cita-cita diibaratkan sebagai rantai
penggerak dalam jiwa.
Ia
harus kukuh, kuat dan semakin kuat. Harapan dan cita-cita adalah nafas
kehidupan.
Bukankah
sesudah mendaki kamu akan menurun? Bukankah dengan airmata juga tercapai
sukacita?
Cita-citalah
yang membangkitkan semangat orang yang mendaki, kerana disebalik pendakian akan
ada penurunan, menjadikan perjalanan lebih mudah.
Kalau
tidak kerana cita-cita hilanglah nafsu bekerja, berhenti gerak dunia, padam
pelita orang-orang bijak bistari.
Cita
– cita adalah pokok pangkal kemajuan, kerana makhluk yang bernama manusia
sahaja yang layak mendapat kemajuan, makhluk lain tidak.
Cita-citalah
yang menghilangkan rasa sakit, melupakan kepedihan dan kesulitan. Sebab cita –
cita itu sendiri adalah ‘dynamo’ hidup. Jangan diabaikan cita-cita yang tumbuh,
pupuklah ia.
Para
petani yang tekun disawah, dibawah cahaya matahari sehingga hitam kulitnya,
semua adalah lantaran cita-cita. Cita-citalah tiang kemajuan, tonggak gerak
bumi dan menimbulkan nafsu bergerak.
Kita
bergerak kerana ‘percikan-percikan’ api pengharapan yang membakar niat dan
tekad. Semakin besar kecintaan kamu pada harapan dan cita-cita semakin besar
pula percikan api dan tenaga yang dihasilkan.
Bertambah
kuat pula keberanian,tekad dan semangat menghadapi segala risiko dan tentangan.
Semakin gigih pula otak kamu bekerja mencari cara, berinovasi dan mengatur
strategi agar berjaya mendapatkannya.
Dapatlah
kamu gantungkan azam atau himmah yang tinggi.
Himmah
yang tinggi berbeza dengan angan-angan yang tinggi, kerana angan-angan yang
tinggi hanya menyebabkan seseorang pemuda
mengelamun, dia tidur di siang hari pada waktu orang lain bekerja keras,
dan berangan – angan hendak membeli kereta mewah dan sebagainya.
Akhirnya
kerana terlampau berangan – angan tinggi tanpa kerja keras akhirnya pemuda itu
jatuh.
Cita-cita
membawa kebesaran dan kemuliaan sedangkan angan-angan merosak dan membawa
kepada kejurang kehinaan.
Oleh
itu tetaplah berharap, kerana seorang muslim tidak akan pernah berhenti
mengharap. Dalam setiap amal ibadahnya, dia selalu mengharapkan kasih sayang
dan rahmat Tuhannya.
Dalam
setiap gerak kehidupannya, dia selalu menanamkan tujuan dan cita-cita untuk
kebaikannya dan kehidupan. Dan jika harapan pernah terputus, maka sambunglah
kembali.
Kadangkala,
lantaran putus asa yang mendalam, sesetengah orang jemu dengan kehidupan, bak
pepatah “hidup segan mati tak mahu”. Seorang mukmin tidak akan mudah berputus
asa, walaupun pintu disekelilingnya seakan – akan tertutup.
Rasulullah
SAW bersabda:
“Janganlah
salah seorang dari kamu meminta mati
kerana kesulitan hidup yang menimpanya.Jika perlu ucapkanlah doa seperti
berikut ‘Ya Allah panjangkanlah umurku sekiranya hidup ini lebih baik
bagiku,dan matikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik bagiku”(Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Marilah
membangunkan harapan dengan tauladan seperti Sayyidah Hajar yang tetap berlari
mencari air, meskipun dalam pandangan hanya ada fatamorgana dan padang pasir
sahaja.
Dan
seperti Nabi SAW, yang tidak membiarkan malaikat menjatuhkan gunung, walaupun
penduduk Thaif menolak dakwahnya dengan kasar, malah baginda tetap menaruh
harapan pada anak dan cucu mereka.
Dengan
memperbaiki amalan dan usaha serta diiringi doa, bererti kamu telah mencuba
kearah kebaikan agar tercapai harapan dan cita-cita. Harapan umpama aliran
darah yang terus mengalir sepanjang Hayat kamu Janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah
SWT…
Subhannallah
Walhamdilillah waLailahailallah Allahuakbar…
“Manusia yang bermasaalah yang banyak masalah. Mereka
mempunyai sikap menjadi mangsa kehidupan sentiasa mengeluh, merungut,
menyalahkan orang lain, merasa rendah diri, melihat dunia dengan sikap negatif
dan sentiasa meminta orang lain menyelesaikan masaalah mereka dan merayu pada
manusia bukan pada Allah.” – Prof. Dr
Muhaya