Sekali
lagi menghembuskan nafas lagi. Alhamdulillah, Allah dah bagi pinjam udara sehingga sekarang. Jika nak dihitung nikmat Allah yang tak terkira ni, tak cukup
rasanya walau diganti dengan seisi dunia sekalipun. Walaupun dah banyak buat
dosa, Allah tetap bagi. Subhanallah. Even
the smallest one !..
Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukran jiddan Allah! Andai ada kalimah lain
selain hamdalah untuk merafa'kan syukur kepada-Nya, diri ini akan sebut. Sesi
percutian sudah bermula. Kalau nak diceritakan satu per satu, rasanya tak mampu
tangan ni menari atas papan kekunci ni. Allah. Mengimbas semula detik itu.
Benar firman-Nya ; “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu
adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia
amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al
Baqarah:216)”
Seawal
usia 14 tahun, diri yang masih jahiliah masuk ke sekolah Agama. Dengan
perwatakan yang serba kekurangan, serba kurang pengetahuan agama, banyak dosa,
Allah pilih diri ni. Allah, kerdilnya rasa! Adik-beradik yang terdiri daripada
kesemuanya perempuan membuatkan sifat malu tetap di dalam hati. Sejak dari
sekolah rendah, tadika sekalipun, tak ada topik rasanya nak disembang kosong
dengan ar-rijal. Tanya, baru jawab. Selagi tak tanya, selagi itu Qaisy akan
diam. Pendek kata, tak banyak mulut. Tetapi, dengan sifat malu itu ada sikit
yang dicemari.
Hebatnya
sifat malu yang Allah anugerahkan dalam diri, membuatkan Allah jaga diri ini.
Kalau nak diceritakan dengan lebih mendalam lagi, urusan itu, biarlah hanya
Allah dan beberapa orang sahaja yang tahu. Lagu-lagu yang dikatakan up-to-datedi dalam telefon bimbit, yang
terkadang membuat sifat lalai, akhirnya semua berubah. Hari ini, Qaisy boleh
simpan lagu-lagu nasyid yang hampirkan diri dengan Allah. Ada kalanya, diri
terasa nak dengar lagu-lagu tersebut, tapi ia menjadi lebih indah dan romantik
bila kamu aplikasikan lagu-lagu cinta yang mula melalaikan hati kepada Allah. Allah
tak bagi apa yang kamu mahukan, sebab Allah tahu apa yang kamu perlukan. Allah.
Bila
kamu ada Allah, kamu ada lebih daripada cukup..
Tudung
yang pada awalnya hanyalah tudung bawal mempunyai bidang 45 berubah menjadi 60.
Handphone yang dahulunya asyik
berbunyi, kini menjadi sunyi. Lagu nasyid yang dikatakan 'tak suka sangat'
berubah kepada 'suka sangat'. Stokin yang dahulunya tidak lekat pada kaki, kini
lekat. Moga istiqamah, amin.
Semuanya
berubah. Ternyata, Allah sayang diri ini. Sejak menjaga hubungan dengan Allah,
semua urusan berjalan dengan mudah. Semua. Walaupun perasaan sedih seringkali
hadir tatkala ujian melanda, jika semua dikembalikan kepada Allah, ia akan menjadi
gembira, senang.
“Jika
kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan
jika kamu ingkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.” – (Surah Ibrahim,
ayat 7) Subhanallah. Terdiam sebentar.
Setiap
manusia mesti mempunyai cara tersendiri bagaimana dianugerahi rahmat Allah.
Allah Maha Adil atas tiap-tiap sesuatu.
Bila
kamu dah berusaha sedaya mungkin, tetapi keputusan bukanlah seperti apa yang
kamu harapkan, mungkin di situ Allah menunjukkan kebesaran-Nya. Allahuakbar.
Tips ini telah dikongsikan oleh seorang akhowat yang saya rasa tips ini sangat
betul ;
ada
doa +
tiada usaha = orang MALAS
tiada
doa + ada usaha = orang SOMBONG
ada
doa +
ada usaha = orang MUKMIN
Pernah
tatkala usaha diusahakan semaksimum yang boleh, tetapi Allah tak bagi apa yang
kamu harapkan, itu bukanlah bermaksud Allah kejam pada hamba-Nya, malah Allah
sayang. Dia tak nak bagi, sebab Dia tak nak kamu jauh dari-Nya. Dia nak kamu baiki
hubungan kamu dengan-Nya. Apabila diberi teguran daripada Allah, baru Qaisy
sedar. Sejak dari hari itu, diri ini berasa takut jika ada sebarang unsur yang
merosakkan hubungan dengan Allah.
Teringat
pada satu peperiksaan, pada satu kertas ujian pertengahan tahun. Sebelum
peperiksaan, diri ini ada melakukan dosa yang mengundang kemarahan Allah.
Biarlah dosa itu Allah yang tahu. Pada waktu peperiksaan, walaupun subjek itu
telah dijawab berulangkali, diri ini menjadi kabur. Otak dan minda pada waktu
itu seolah-olah keliru, yang membuatkan markah hilang sebanyak 30.. Allahurabbi.
Bila Allah dah kata kunfayakun, ia tetap terjadi.
Kita
ni menumpang je, yang lain Allah
punya. Otak, minda, akal, semua Allah yang punya. Sejak daripada hari itu,
Qaisy mula merenung diri. Baru tahu dimana silapnya. Ada dosa rupanya dengan
Allah. Qaisy kembali bangun untuk peperiksaan 4 Thanawi. Jaga hubungan dengan
Allah, usaha lebih daripada pertengahan tahun.
Alhamdulillah.
Subjek itu yang pada asalnya C pada pertengahan tahun, kembali menjadi A. Syukur!
Ketenangan itu ada jika segalanya diserahkan kepada Sang Pencipta. Without Allah, I am nothing!
Semuanya
berlaku secara pantas. Sayangnya pada sekolah yang mendewasakan Qaisy, (SMA
Misbah Al Falah (pondok lanai), Akademi Huffaz, Maahad Al-Islah) mengajar erti
rahmat Allah. Allah mengirimkan orang sekeliling yang sangat prihatin! Syukran
jiddan buat uztazah-ustazah, adik-adik, kakak-kakak dan kawan-kawan.
Jika
Allah menghadirkan seseorang kepadamu, yang menjadikan sakit hatimu, sepatutnya
kamu harus bersyukur kepada-Nya sebab Allah hantar dia untuk menguji sejauh
mana kamu boleh bersabar.
Walaupun
insan biasa, tak mempunyai apa-apa, jika Allah nak redha, Allah perintahkan
semua makhluknya redha atas hamba itu. Hebatkan kuasa Allah? Bila semua makhluk
dan seisinya dah redha, maka Allah muliakan hamba itu di atas muka buminya..
“Kehidupan kamu di dunia ini tidak menjanjikan satu
jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila
kamu kembali semula kepada Ilahi.” –Mutiara Islam