Pernah
tak kamu bersyukur kepada Allah, tentang segala apa yang berlaku pada diri kamu Tentang ujian yang diturunkan kepada kamu mungkin
mengandung seribu hikmah.
Bila
kamu putus cinta, kamu menangis kesedihan kerana kasih sayang tak panjang. Atau
sebenarnya;
kita
menangis mengenangkan dosa kamu sewaktu bersama dia, ahh, alangkah, tersasarnya
kamu sewaktu menikmati cinta manusia! Sehingga tergadai segala-galanya yang
kamu pelihara selama ini. Bertahajudlah, meminta dikuatkan hati dalam kembali
mencari cintaNya. Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambaNya.
Semakin
lama kamu semakin lupa kepada apa yang telah berlaku dek kesibukan urusan yang
pelbagai. kamu rasa tenang dan ceria menikmati cinta Allah dan tak payah nak
fikir-fikir lagi dengan cinta manusia yang hanyalah tipuan semata! Indah
bercinta dengan Allah.
Bersabarlah
duhai muslimah, tercatat sudah sebaris nama di luh mahfuz untukmu. Apabila
sampainya masa kamu akan bertemu jua dengan si dia. Bersyukurlah kepada Allah
yang memilih kamu untuk kembali bercinta dengan Nya.
Ingatlah;
“Terkadang
Allah memutuskan cinta kamu sesama manusia adalah untuk menyambung cinta kamu dengan
cintaNya. Maka beruntunglah orang-orang yang terpilih itu!”
Beratnya
menggalas perasaan cinta, Tatkala pacaran menjadi budaya, mujurlah wahyu Ilahi
menunjuk cara, jangan diikut sebahagian besar manusia.
“Dan
jika kamu menuruti kebanyakkan orang-orang yang dimuka bumi ini, nescaya mereka
akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti
prasangka belaka & mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).”
Al-An’am: 116.
Ikhtilat
dalam pergerakan Islam adalah suatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh
setiap orang yang terlibat secara langsung dalam pergerakan Islam sama ada dia
seorang ahli usrah, naqib atau pun masul. Syariat Islam tidak memandang siapa
yang memegang jawatan dalam jemaah dalam melaksanakan syariat tersebut.
Perkataan
ikhtilat itu pada adatnya bermaksud pergaulan. Di dalam konteks Islam, ikhtilat
boleh diertikan sebagai suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan
lelaki dan wanita ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh
Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang
kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kamu sedari termasuklah
mereka yang berkecimpung dalam pergerakan Islam sendiri. Tambahan pula,
kemajuan era teknologi sekarang ini, ikhtilat bukan sahaja melibatkan
perjumpaan antara lelaki dan wanita yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada
seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail,
Friendster dan facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak
menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi
darah daging masyarakat kamu terutama pemuda pemudi Islam.
Kita
juga didedahkan bahawa rukun yang perlu diketahui dalam pergerakan Islam adalah
rukun taaruf. Akan tetapi, apa yang membimbangkan kamu adalah perhubungan yang
dimulakan atas dasar taaruf tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi
bukan perkongsian ilmu dan kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah
kerja, peribadi adalah peribadi'.
Ada
juga, kononnya beralasan hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam
bekerja. Apa yang lebih menakutkan adalah perhubungan tersebut menjadi barah
‘cinta’ walaupun pada zahirnya seakan-akan kamu melihat mereka saling mengambil
berat (salah guna atas nama usrah). Perkara ini, seolah-olah mencari keredhaan
Allah, sedangkan mereka sudah terjerus dalam kemurkaan Allah. Kerana itulah
kamu perlu memahami konsep sebenar dalam bekerja kerana Allah dan batas
pergaulan dalam bekerja.
1.
Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya.
(Lelaki
dan perempuan jangan sekali-kali jeling-menjeling dengan tujuan untuk menarik
perhatian antara satu sama lain), tidak memandang kepada aurat, tidak juga
memandang dengan syahwat serta nafsu dan tidak memanjangkan pandangan jika
tidak berhajat.
Allah
SWT berfirman :
“Katakanlah
kepada orang laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya
& memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada
wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya.” An
Nuur : 30-31.
Sabda
Nabi Muhamad SAW :
“Jangan
sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya
haram..” Petikan dari: Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)
2.
Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan. Sopan,
menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan
tidak menampakkan bentuk tubuh.
“Ku
RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN
API NERAKA.
Ku
RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku
berendam dalam LAUTAN NERAKA.
Ku
RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada
daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita.”
Allah
SWT berfirman :
“Dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.” An Nuur : 31.
Allah
SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firman-Nya :“Yang demikian itu
supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu.” Al
Ahzab : 59.
Perempuan
muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan-perempuan yang lain.
Dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan
akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.
“Don't judge book by its cover.”
Tetapi
jika hendak diaplikasikan didalam agama Islam, perlulah dinilai
sedalam-dalamnya telebih dahulu. Ramai di antara kamu yang sering beranggapan:
“Hati
kami baik walaupun kami tidak menutup aurat.”
“Orang
yang solat, belum tentu baik..”
“Orang
yang berpuasa belum tentu solat..”
“Wanita
yang bertudung litup, berbaju labuh, belum tentu baiknya.”
TETAPI!
Adakah
hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah dengan tidak menutup
aurat?
Orang
yang solat belum tentu baik? Tetapi ketahuilah bahawa orang yang baik tentu
akan solat.
Orang
yang puasa belum tentu solat? Tetapi sedarlah bahawa orang yang solat tentu
berpuasa.
Wanita
yang bertudung litup, berbaju labuh belum tentu baiknya? Tetapi sudah tentu
wanita yang baik dan solehah akan menutup auratnya untuk mengelakkan diri dari
menjadi anak panah syaitan yang berbahaya.
“You're what you're saying. You're what
you're doing. So, please behave and be yourself because sometimes they need to
judge you from your appearance.”
“Sesungguhnya
sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan
maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.” Petikan
dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
3.
Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara. Terutama ketika bermuamalat
dengan lelaki :
I.
PERCAKAPAN :
Kaum
hawa hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan
perasaan kaum Adam. Jangan sesekali kamu pancing nafsunya melalui lunaknya
suaramu. Mahukah kamu kaum Hawa tergolong dikalangan bala tentera Syaitan dan
Iblis dalam menumpaskan anak cucu Adam a.s?
Allah
SWT berfirman :
“Wahai
isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu
bertakwa. maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara
sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah
perkataan yang baik.” Al Ahzab: 32.
2.
BERJALAN :
Allah SWT berfirman :
“.Dan
janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan.” An Nuur : 31.
Allah
SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firman-Nya :
“Kemudian
datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan dengan
malu-malu.” Al Qashah : 25.
3.
PERGERAKAN :
Tidak
berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah
perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh
wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.
4.
Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik
dengannya.
Jauhi
juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya
dipakai di rumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.
“Barangsiapa
memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata maka Allah
akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti..” Petikan dari Hadis
Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah
“Sesiapa
jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan
tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” Hadis Riwayat Abu
Musa al-Asy’ari.”
Fudhail
bin Iyadh Rahimahullah, seorang yang alim, soleh, ahli ilmu dan ibadah, 40
tahun tak pernah ia lambat untuk mendapat saaf pertama dalam solat, namun ia
mengatakan 66:
“Sungguh
yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita.”
5.
Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa
tanpa mahram disisi mereka.
Ianya
ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya :
Ingat
pesanan Rasullullah s.a.w:
Janganlah
engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan
(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. kamu lemah untuk menghadapi
tipu daya iblis..
Sesungguhnya
yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan laknatullah. Tidak patut membiarkan
api dan kayu bersama (makin ‘terbakar dengan maraknya’ ia kalau dibiarkan
berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti
ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berdua-duaan.
6.
Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat.
(Contoh:
mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan
dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip,
ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci
seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa
(anak-anak).
7.
Menundukkan hati.
Apabila
kamu berurusan dengan bukan muhrim, kamu perlu risaukan kemurkaan Allah Taala.
Perbanyakkanlah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah.
Minta daripada-Nya supaya dipelihara diri dari busur panahan syaitan. Luruskan
kembali niatmu buat tiap ketika kerana syaitan itu licik..
Lelaki
yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita. Lelaki
yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak
tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati yang mempunyai harga
diri dan takut kepada Ilahi..
Penuhilah
syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kamu bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT
tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. kamu manusia biasa yang
dikurniakan nafsu dan cinta. Allah menciptakan rasa cinta dan nafsu
bersama-sama dengan batas pergaulan buat hamba-hamba Nya kerana Dia tahu apa
kelemahan dan kekuatan yang terletak tiap pada ciptaanNya.
Sabda
Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa
meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi
halal.”
Rujukan:
Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi
Saidina
Umar r.a berkata, “Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada
berjalan di belakang seorang wanita.”
Seorang
wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia
faham 1001 fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula
keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di
belakangnya?
Lelaki
yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu
dengan izinNya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal
memberikan titik noktah kepada status tersebut.
Wahai
sahabat Qaisy, wanita solehah yang cantik kerana akhlak dan budi pekertimu.
Jangan sekali-kali kamu gadaikan segala apa yang Allah telah kurniakan untukmu
hanya untuk menarik perhatian lelaki-lelaki diluar sana. Mahkota kamu hanya
satu. Hanya satu untuk dipelihara dengan sebaiknya! Dirimu bukannya bahan
tontotan ramai lelaki untuk penyedap nafsu. Dirimu hanya untuk seorang lelaki!
Seorang lelaki yang bergelar suami..
What's the difference between LIKE
& LOVE? Well, let's just say, if you LIKE a flower, you PLUCK it. But when
you LOVE that flower, you WATER it..
Jika
kamu kasihkan orang yang kamu kasihi, ingatkan mereka bila mereka terlupa. Ingatkan
Qaisy, bila Qaisy terlupa.
“Barangsiapa memperbaiki hubungannya
dengan Allah, niscaya Allah akan memperbaiki hubungannya dengan sesama manusia.”– Sufyan Bin Uyainah