“Kelajuan
itu kelemahan, perlahan itu kekuatan.” Keluarnya satu ungkapan dari bibir kak
Adie. Kakak kedua Qaisy.
Qaisy
dapat tangkap maksud dia tu, maka terus Qaisy terfikir ‘KELAJUAN ITU KELEMAHAN.’
Terlalu terburu-buru membuat keputusan adalah kelemahan ramai orang, bertindak
tanpa memikirkan akibat yang akhirnya akan memakan diri sendiri.
PERLAHAN
ITU KEKUATAN. Berfikir dengan teliti sebelum mengambil apa-apa keputusan dan
tindakan. Fikirkan akibat dan kesan kepada diri sendiri dan orang lain, dengan
itu, insyaallah kamu akan jumpa penyelesaian pada masalah kamu
Betul
juga kata-kata itu, Qaisy memang bersetuju, kadangkala kamu tidak sedar
keputusan yang kamu buat dengan terburu-buru akan mengakibatkan kamu susah
kelak, bukan sahaja kamu kadangkala orang sekeliling juga turut terima
tempiasnya.
'Seronoknya
kalau dapat jadi dia'
'Bestnya kalau aku macam tu'
'I wish my life would be like her' dan
bla bla bla.
Tanpa
sedar, sebenarnya kamu tak menghargai kehidupan kamu sekarang, kamu tak suka
dengan apa yang kamu dah ada sekarang dan itu tandanya kamu belum sepenuhnya
bersyukur. Semua tahu, kadang-kadang, bila kamu kagumi seseorang tu, kamu rasa
macam waa… bestnya dia macam ni macam
ni, aku tak ada pun. Lepas tu, sedih sensorang. Bestnya, dia cantik, dia kaya, dia pandai, dia itu dia ini.
Hargailah kehidupan kamu muslimat.
Bila
kamu terima seadanya apa yang kamu dapat, kamu gembira dan kamu bersyukur. Bila
kamu bersyukur, Allah dah pesan, Dia akan tambah dan tambah lagi. Bestkan? Tapi ramai yang memilih untuk cemburu
dengan kehidupan orang lain dan kacau kehidupan orang tu.
Cuma
ingat satu, bila ketenangan diganggu oleh manusia, itu tandanya Allah tengah
pesan, cari ketenangan hanya pada Dia. Dan kepada pengganggu pengganggu
ketenangan, kalau masih punya iman, mesti faham kan, Allah tengok dan Allah
nilai. Rasa macam tak seronok sesama muslimat nak ada perasaan cemburu, dengki,
suuzzhon (baca buruk sangka).
Bagi
Qaisy, bukan senang jadi orang yang ramai kenal. Sebab? Memanglah, dari pandangan
kamu seronok atas sebab-sebab yang kamu nilai sendiri, dan pada pandangan
sendiri, satu benda yang kamu kena bayar ialah semua orang nak ambil tahu pasal
kehidupan kamu once you're a famous
person.
Qaisy,
tak suka mengemas kini benda personal, melainkan ianya ada ibrah dia sendiri.
Sebab Qaisy pun tak berapa nak suka ambil tahu pasal kehidupan orang lain
selagi kehidupan sendiri pun tak terjaga betul-betul. Qaisy rasa terpanggil
untuk menegur ini, sifat dengki dalam diri boleh membusukkan hati, Serius.
Jangan hanya pakaian yang kamu sahaja baik, pakaian solehah, tapi hati,
perangai dan diri masih belum solehah. Sedihnya.
Dan
satu lagi, jangan sangka kamu rasa kamu ni lebih dari orang lain. Dah berjubah
bertudung labuh lengkap stoking, handsock semua, kamu rasa kitalah yang paling
solehah. Dah join usrah sana sini,
kamu rasa ilmu kamu lebih dari orang lain. Please
please.
“Sesungguhnya
yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy
syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah dimaksudkan syirik
kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)
Boleh
jadi, orang yang kamu ingat tak sertai usrah tu, atau pakai tudung bidang 45 tu
lebih baik dari kamu yang hari-hari pergi majlis ilmu. kamu tak tahu macam mana
dia berjuang nak cari ilmu, betapa dia ikhlas menuntut ilmu bila dia dah dapat setai
majlis ilmu yang sekali-sekala aje dapat join,
bandingkan dengan yang hari-hari dapat pengisian, keikhlasan teruji kan. Siapa
pun kamu sila cerminkan diri kamu dulu.
Apa
yang kamu ada syukuri, apa yang kamu tak ada tu jangan ditangisi. Semua orang
ada baik buruk, kelemahan dan kelebihan masing-masing kan?. Jadi, hargailah
kehidupan masing-masing. Nak bagi tips sikit macam mana kamu nak kekal
husnuzhon (baca baik sangka) dengan ketetapan Allah. Rahsianya ialah fikir
positif. Apa-apa yang Allah bagi positif aje. Dapat ujian, redha,
alhamdulillah, Allah nak tingkatkan lagi taqwa dan sabar, dapat nikmat, syukur
alhamdulillah Allah bagi apa yang kamu nak, dan tak dijangka. Allah berada pada
sangkaan kamu baik yang kamu fikir, maka outputnya baik juga. InsyaAllah.
Sakitnya
muslimat lain adalah sebahagian dari sakitnya Qaisy. Itu adalah perasaan yang Qaisy
alami, walaupun kamu tak pernah kenal, feeling
ukhuwah fillah tu tetap kuat dalam hati. Semoga kamu semua dipertemukan di
Jannah-Nya. InsyaAllah.Jaga diri, jaga
iman. Allah sayang kamu. Waallahu'alam.
“Keyakinan adalah percaya dengan apa
yang tidak kamu lihat, dan upah dari keyakinan adalah melihat apa yang kamu yakini.” –
Mutiara Islam