Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian
alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga
baginda serta para sahabat.
Qaisy
percaya istilah 'muslimah zaman internet' itu boleh dihurai dengan cukup luas
menurut pandangan masing-masing.
Salam
kemaafanku hulurkan buatmu sahabatku, juga teguran buat diriku yang juga gadis
berniqab, andai kata coretanku selepas ini bakal menghiris hatimu. Tiada apa
yang dapat ku lafazkan lagi melainkan aku amat menyayangimu sahabatku kerana
kamu sahabat seakidah di jalan dakwah juga kerana kecekalan imanmu
mempertahankan niqab sebagai pakaian yang melambangkan ketinggian
peribadimu.....
Sahabatku
yang dirahmati Allah... Sungguh aku amat berbangga denganmu. Penampilanmu yang
sopan membuatkan kamu dihormati di mata masyarakat yang memahami tuntutan
berpurdah.
Tapi
sahabatku...
Tiada
manusia yang benar-benar sempurna melainkan junjungan kamu Rasulullah s.a.w. Terkadang kamu terlupa, dan
menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk saling mengingati saudaranya agar
tidak terus hanyut.
Aku
tidak menyalahkan dirimu kerana niqab, sahabatku. Aku juga pernah terlalai dan
alhamdulillah, diri yang kerdil ini telah ditegur oleh seorang sahabat berhati
mulia, yang tidak mahu hati ini terus dimamah dosa, juga kerana sayangkan
agamanya. Diri ini terasa sangat malu apabila ditegur oleh seorang ikhwan yang
tidak dikenali, tapi akhirnya diri ini memandang teguran itu sebagai satu
kritikan yang membina. Jazakallah di atas teguranmu sahabat, semoga Allah
sentiasa menjaga dan melindungimu.....
Bukan
sahabatku...
Bukan
kerana niqab, tapi semuanya bertitik tolak dari diri kamu sendiri.. Jauh dari
lubuk hati kamu yang paling dalam. Tanya imanmu sahabatku, apa tujuan kamu berniqab?
Sudah tentu untuk melindungi wajahmu dari pandangan mata yang bakal mengundang
nafsu. Jadi, apa tujuanmu mempamerkan gambarmu yang berniqab di laman sosial (
friendster, myspace, facebook etc.)?.
Apakah
untuk tujuan berdakwah? Sahabatku…
Matlamat
tidak menghalalkan cara. Banyak lagi cara untuk kamu meyampaikan dakwah tetapi
bukan dengan cara ini. Biarpun memang ada hati yang insaf tatkala melihat
dirimu yang tampak sopan menghijab diri, tapi dapatkah dipastikan bahawa mata
yang melihat dirimu itu semuanya mata-mata muslimah? Apakah tiada mata-mata
lelaki ajnabi yang memandangmu walaupun sudah lengkap terhijab dengan niqab?
Ya...
Mungkin ada yang berkata. “Ah! Tak apalah. Muka dah tak nampak. Semua dah
bertutup. Takkan nak timbul nafsu juga…”
Dari
kerana mata….
Tahukah
kamu sahabatku yang disayangi… Lelaki itu tinggi imaginasinya. Walau hanya
dengan melihat fotomu yang berniqab, tapi akal mereka masih mampu meneroka
setiap inci dirimu. Memang benar sahabatku. Melalui fotomu, dapat dilihat kurus
atau berisinya dirimu, tinggi atau rendahnya, malah melalui sebahagian kecil
matamu yang kelihatan sudah cukup mampu menggambarkan kecantikan wajahmu,
sahabatku.
Biar
sehebat mana iman seseorang lelaki itu, biar setinggi mana ilmu agama yang
mereka pelajari, namun itu bukanlah jaminan sempurnanya kekuatan iman seseorang
itu. Rambut saja sama hitam, tetapi hati lain-lain. kamu tidak dapat menduga
apa yang ada di dalam hati mereka. Mata yang melihat sudah tentu akan mendorong
akal untuk berfikir tentang foto perempuan berniqab yang dilihatnya. Akal yang
berfikir sudah tentu akan didorong nafsu untuk membayangkan rupamu lebih jauh
lagi. Mungkin bukan semua, tetapi itulah kemungkinan yang bakal terjadi andai
kamu tidak menjaga diri.
"Zina
mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap,
tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat,
membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau
digagalkannya." (HR Bukhari).
Rujukan:Kitab
Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.
‘Mawar berduri’ vs ‘Mawar yang rugi’....
Sahabatku…
Andai
kamu merasakan dirimu mawar berduri, buktikan!! Bukan dengan pembuktian dengan
meng’upload’ foto wajahmu yang berniqab, melambangkan dirimu seolah-olah ‘mawar
berduri’. Tetapi dengan cara menghentikan ‘upload’ fotomu itu. Engkau tidak
rugi sahabatku. Malah engkaulah orang yang beruntung, kerana dirimu terhindar
dari pandangan mata ajnabi yang melihat, dan akal mereka yang berfikir. Dirimu
juga terhindar dari dosa membiarkan ajnabi berfikir dan membayangi rupamu. Dan
sekaligus menyelamatkan lelaki ajnabi dari dosa melihatmu dan membayangi
rupamu. Juga engkau telah menyediakan dirimu suci-sesuci sucinya untuk
seseorang yang lebih berhak lagi halal bagimu. Ingat sahabatku gadis berniqab,
dirimu sudah menjadi maqam qudwah buat masyarakat di luar sana. Justeru itu,
elakkan segala perkara yang bakal mengundang fitnah buat kamu para niqabi.
Asif
(maaf) jika mengguris hati akhwat-akhwat semua. Sesungguhnya Qaisy hanya insan
biasa. Qaisy bukanlah terlalu pandai dalam bidang agama, mana yang salah tegurlah.....
wassalam.
“Solat adalah tiang agamasiapa yang mengamalkannya
sungguh dia telah menegakkan agamanya
siapa meninggalkannya
sungguh dia telah meruntuhkan agama (dalam dirinya).”
“Jangan pernah tinggal solat, kerana jutaan manusia
di dalam kubur yang ingin kembali dihidupkan hanya untuk bersujud kepada Allah.”
- Mutiara Islam