Ukasyah
Telah Mendahului Kalian! Siapa yang tidak mahu masuk syurga?
Jika
ada orang yang tidak mahu, sama ada kepala orang itu masuk air atau sepanjang
hayatnya, dia tidak pernah tahu akan kewujudan tempat yang bernama syurga.
Tetapi,
sejauh mana kamu benar-benar mahu memasukinya? Ya, jika ditanya, semua orang
akan bersungguh-sungguh mengangguk-anggukkan kepala, membundarkan mata dan
mengangkat kening tanda mereka mahu masuk syurga. Tetapi seseriyes mana kamu Sejujur mana hati dan jiwa kamu merasakan kamu
cinta pada syurga? Sesungguh mana kaki kamu benar-benar mahu melangkah ke
dalamnya?
Adakah
kamu sudah benar-benar fanatik dan obses untuk masuk ke dalam syurga? Telah
diriwayatkan kepada kamu sepotong hadith dari ar-Rasul SAW, mafhumnya: "Tujuh
puluh ribu dalam kalangan umatku akan masuk syurga tanpa hisab." [Hadith
Riwayat Muslim]
Diceritakan
juga bagaimana apabila selesai membacakan hadith itu (hadith penuhnya lebih
panjang), seorang sahabat, Ukasyah bin Mihshan r.a. bangkit dan meminta kepada
baginda supaya mendoakan beliau termasuk salah seorang daripada tujuh puluh
ribu itu. Baginda langsung membenarkannya.
Melihatkan
gelagat Ukasyah itu, maka bangkitlah sahabat-sahabat yang lainnya dan meminta
Nabi untuk mendoakan perkara yang sama untuk mereka.
Apa
kata Nabi SAW? "Ukasyah telah pon mendahului kamu."
Apa
signifikannya kisah Ukasyah ini?
Ketahuilah,
masuk SYURGA tanpa hisab, adalah suatu tiket VVVVVIP yang teramat bernilai dan
tinggi harganya. Ia seakan-akan masuk syurga dengan percuma. Free of charge. Jika kamu mengetahui
nilai sebenarnya dan tahu bagaimana untuk mendapatkannya, percayalah, kamu akan
sanggup untuk melakukan apa sahaja, termasuk merangkak dan mengengsot untuk
mendapatkannya. Dengan apa cara sekalipun.
Setiap
orang muslim yang ada iman dalam sanubarinya, InshaAllah lambat laun akan masuk
syurga juga. Tapi dia pasti akan dihisab, yakni amalannya sepanjang hidupnya di
dunia akan dihakimi dan diteliti oleh Allah.
Maknanya,
seorang manusia yang terpaksa melalui penghakiman Allah, belum tentu lagi akan
ke syurga atau neraka selagi proses hisabnya tidak selesai. Yang lebih
mengerikan dan menyebabkan saya terasa seperti mahu terkenching dalam seluar
adalah bagaimana telitinya Allah dalam menghisab setiap amalan kamu Tiada satu pun amalan yang akan terlepas
pandang daripada perkiraan dan penghakiman Allah.
"Maka
barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat
balasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya
dia akan melihat balasannya." [al-Zalzalah, 99:7-8]
"Dan
'Kitab-kitab Amal' juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat
orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya;
dan mereka akan berkata: 'Aduhai celakanya kami! Kitab apakah ini? Ia tidak
meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan tercatat semuanya!' Dan
mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan
(ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun." [al-Kahfi,
18:49]
Gulp.
Boleh
jadi, kamu sudah yakin yang kamu akan masuk syurga dek amalan-amalan soleh kamu
di dunia, namun selepas dihisab, didapati dahulu di dunia kamu selalu
menganiaya kucing sebelah rumah dengan mencabut bulu-bulunya, maka kamu akhirnya
ditempatkan di neraka.
Boleh
jadi, kamu merasakan yang sedekah dan zikrullah kamu dahulu di dunia akan
menyelamatkan kamu daripada azabnya api neraka, namun selepas dihisab, dahulu
kamu ini kaki mengumpat; pahala-pahala kamu telah disedekahkan secara percuma
kepada mangsa-mangsa umpatan kamu
Dan
boleh jadi juga, ada hutang-hutang yang kamu terlepas pandang, ada hak-hak
saudara kamu yang kamu zalimi, hingga menyebabkan amal-amal soleh kamu di
dunia, yang kamu sangkakan akan memasukkan kamu ke dalam syurga, terbang
melayang ibarat habuk dan debu yang ditiup angin kencang.
Nanges.
Lantas,
dapat masuk syurga tanpa hisab sungguh adalah satu anugerah dan nikmat yang
cukup besar. Tidak ternilai harga dan keagungannya. Impian setiap mu'min yang
rasional, bersih hatinya dan benar imannya.
Soal
sama ada masih ada kuotakah untuk masuk sorga tanpa hisab itu, itu bukan urusan
kamu Ya, jika difikirkan, sudah berapa ramai umat
Islam yang hebat-hebat, Super Saiya dan boleh keluarkan kamehameha sejak zaman
ar-Rasul SAW dan para sahabat, seolah-olahnya tidak punya harapan lagi untuk
kamu menjadi salah seorang daripadanya. Boleh jadi gila kamu dibuatnya!
Tapi
itulah cantiknya hadith ini. Ia membiarkan kamu terus tertanya-tanya dan
berharap, agar masih punya tempat kosong untuk kamu dan mereka yang kamu kasihi
dan chentai keranaNya. Sifatnya yang ghaib (ghaib kerana tidak diketahui
siapakah tujuh puluh ribu orang itu) menyebabkan ia seolah-olahnya memberikan
harapan kepada kamu meski harapan itu tipis dan kecil.
Harapan
tetap harapan. Dan harapan itu akan terus menghidupkan. Lantas di sinilah,
Ukasyah r.a. benar-benar menjadi qudwah kepada kamu Sungguh, Ukasyah benar-benar beriman dengan ayat
chenta Allah yang satu ini:
"Dan
bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga seluas
langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (iaitu)
orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit,
dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang...
[ali-Imraan, 3:133-134]
Berapa
kali dalam hidup kamu kamu diajak ke arah kebaikan dan kamu kata,
"Lek lek lu..”
Berapa
kali dalam hidup kamu kamu diberi tawaran untuk mendekatkan diri
kamu dengan Allah, dan kamu punya fikiran kedua (Baca: Second thought) tentangnya?
Berapa
kali dalam hidup kamu kamu ditawarkan dengan tiket-tiket ke syurga
dan hati kamu berbolak-balik, tidak pasti untuk membelinya...?
Berapa
kali dalam hidup kamu kamu diajak untuk menyertai gerabak tarbiyah
dan dakwah, dan kamu was-was dengannya, kerana memikirkan pengorbanan yang
terpaksa kamu lakukan kelak?
Berapa
kali dalam hidup kamu kamu ditangkap untuk bersama-sama dalam
konspirasi tarbiyah, menyebarkan kebaikan dan kebahagiaan ke seluruh dunia dan
kamu berusaha dengan gigih untuk melepaskan diri daripadanya...? Sekali? Dua
kali? Tujuh kali? Banyak kali sehingga kamu tidak mampu mengingatinya lagi...?
Nah,
apa yang dapat kamu belajar daripada Ukasyah?Daripada Ukasyah, kamu belajar
peri pentingnya untuk kamu bersegera mendapatkan kebaikan dan ganjaran dari
Allah. Daripada Ukasyah, kamu belajar menjadi orang yang mengikut-ikut sahaja
tidak mencukupi.
Daripada
Ukasyah kamu belajar untuk lebih pro-aktif dan seriyes dalam mengejar keredhaan
Allah dan tidak perlu malu-malu kucing untuk melakukannya.
Daripada
Ukasyah kamu belajar jangan tunggu-tunggu dan tangguh-tangguh lagi apabila
peluang sudah terbentang di hadapan mata.
Dan
daripada Ukasyah juga kamu belajar, untuk menjadi manusia yang luar biasa, kamu
mesti berani dan sanggup melakukan perkara yang luar biasa juga!
Bagaimana?
kamu mahu menjadi salah seorang daripada tujuh puluh ribu orang yang akan masuk
syurga tanpa hisab itu? kamu mahu menjadi hamba yang amat dekat denganNya? kamu
mahu menjadi seorang manusia yang luar biasa, sebaris dengan para sahabat Nabi
SAW, salafus soleh tabie' dan tabi'in?
Maka!
"Fafirru ilallah! Maka segeralah kembali kepada (menaati) Allah."
[adz-Dzariyat, 51:50]
Nah,
Ukasyah mungkin telah mendahului kamu semua. Sanggupkah kamu membiarkan kamu lebih
ramai orang yang berlari-lari gembira, bersegera menuju sorgaNya, mendahului
kamu dan membiarkan kamu terhegeh-hegeh di belakang..? Sanggupkah kamu ..?
Kredit
untuk ustaz Aznari..
“Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan
timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih
manusia, itulah rahsia manusia itu bersaing dan berbalah.” – Mutiara Islam