Bismillah.
Mencuba untuk jadikan diri redha sebelum result
keluar. Amin.
‘Minggu
kajian’ mengajar Qaisy macam-macam. Terharunya Allah masih sayangkan diri ni.
Di situ, Qaisy belajar macam-macam. Study
week yang amat bermakna! Mengembara mencari diri dahulu. Rindu diri yang
dahulu. Tertaut cinta Allah semata. Ya, semata! Di sebalik tirai itu,
menyingkap semua. Hikmah. Allahu!
Tup..tup..
Pergi surau berkali-kali selama hidup. Baru jumpa hikmah tirai dalam surau
waktu minggu kajian ni? Huh, apakah? Bukan! Inilah dia namanya hikmah.
Pengembaraan mencari hikmah. Bukan mudah, tapi tak susah.
Terpanggil
untuk mencari balik diri dulu. Sungguh, Qaisy rindu diri itu! Minggu kajian
membuatkan tanggungjawab yang perlu dilakukan terhenti seketika. Masa tanpa had
hanya untuk Allah. Sibuk tiada. Sibuk memanjang tiada. Tenang. Tempat yang
Qaisy suka untuk study, selain untuk
mengelakkan daripada mata tertutup di bilik, surau.
Tempat
sebetulnya Qaisy 'cari' Allah.
Bersembang
punya bersembang dengan 'suraumate' (kawan yang kenal dari surau) membuatkan
Qaisy kembali semula. Alhamdulillah, sembang punya sembang, cerita yang beliau
ceritakan serupa dengan Qaisy waktu dahulu. Seolah-olah Qaisy sedang mendengar
cerita Qaisy sendiri. Allah masih sayangkan hambaNya. Dia tak nak kamu tersasar
jauh. Subhanallah!
“Dan
kehidupan dunia ini, hanyalah permainan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat
itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?” [6:32]
Di
sebalik tirai yang hanya menjadi penghadang muslimin dan muslimat, Qaisy belajar
lagi. Kenapa perlu ada tirai? Kenapa tak direct
aje Allah bagi kamu tengok?
Qaisy
temui. Satu hari, sewaktu Qaisy belajar di surau, Qaisy 'tercuri' dengar
perbualan dua orang muslimah. Muslimah yang ter'minat' dengan suara merdu
ketika ada imam yang mengetuai solat fardhu maghrib dan isyak. Kata muslimah
tersebut, terpikatnya membuatkan dia mencari siapa gerangan suara sedap itu.
Memang, bagi Qaisy tak salah nak cari. Itu fitrah. Manusia sukakan sesuatu yang
unik. Qaisy hargainya. Qaisy raikan. Tapi, apa pula maksud bersembang tentang
muslimin yang melibatkan 'hanya' sejam perbualan? Tepuk diri, tanya iman dalam
diri. Masih adakah ruang untuk cinta Allah dalam hati? Allahurabbi.
Tanyalah
mana-mana muslimat, apa rasanya kalau dengar muslimin yang sedap suaranya bila
mengaji? Pastinya, semua tertaut. Itu fitrah. Sebab fitrah, kamu perlu uruskan
sebaik mungkin jangan jadi fitnah.
Bila
buka tirai untuk memberi ruang pelajar muslimat yang tak cukup ruang. Perkara
kecil, sekecil perkara. Sekecil perkara pandangan kamu tapi ia tersangatlah besar di sisi Allah. Riya'.
Bila buka tirai, kebarangkalian untuk berasa 'menunujuk' solat kamu amatlah
besar. Nauzubillah! Belajar lagi.
Lama
kelamaan bila hati dah tertaut dengan surau, hati dah tertaut dengan Allah. Cinta
tu disumbangkan ke jalan yang betul. Minat untuk yang tidak halal Allah
tangkiskan sikit demi sikit. Hari demi hari. Lama kelamaan, fitrah buat insani
semakin pudar membuatkan pergantunganmu sepenuhnya kepada Allah. Redha dengan
jodoh, kematian. Biarlah, Allah yang tentukan. Persiapkan dirimu perindu
syurga, kerana dirimu begitu berharga!
Jodohmu
cerminan dirimu. Selagi mana engkau setia, ia pasti akan tiba jua tepat
pada masanya.
Sabar dan teruskan setia..
'Dear muslimah, imam tidak boleh pilih
makmum. Sebaliknya, makmum boleh memilih imam. Makmum boleh tentukan siapa imam
yang selayaknya. Sebelum mencari, pastikan dirimu sudah cukup dengan ilmu di
dada untuk menilai seorang imam. Dengan itu, kamu akan membuat pilihan yang
tepat untuk masa hadapanmu.'
'Dear rijal, persiapkan dirimu. Jangan
sering membuatkan muslimah tertarik dengan kesantunan budimu. Sekali dia tertarik, susah untuknya kembali.
Dia lupa tanggungjawabnya. Dia terbuai dengan dunia khayalannya. Tolong, biarkan
muslimah berpagarkan duri.'Simpan
cinta. Pendam. Cari Allah, minta hati yang baru. Moga Allah redha. Amin.
“Hari ini bila ia datang, jangan
biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan
datang kembali.” -Syazwan
Fikri Muhd Syarlan