Aku membetulkan
rambutku yang ditiup angin. Cuaca panas begini pasti merosakkan rambutku! Aku
melangkah masuk ke surau kolej. Sekelip mata, aku terasa diperhati. Janggal?
Aku sudah biasa.
Aku
meletakkan beg galasku di sudut. Malang untukku, telekungku terdampar di birai
katilku di bilik. Aku terlupa membawanya.
Seusai
mengambil wuduk, aku mencari jika ada telekung yang tidak digunakan. Dan malang
sekali lagi, tiada telekung untukku.
Seorang
wanita yang sibuk membetulkan tudung bawalnya memandang sinis kepadaku. Aku
melemparkan senyuman tawar untuknya.
Hipokrit
Depan Allah?
“Kenapa
tak solat aje dengan rambut terdedah? kalau kat depan manusia tak malu buka
aurat, takkan nak jadi hipokrit depan Allah? Sedarlah diri tu sikit” senyumanku
di balas dengan kata-katanya yang sinis. Aku hanya mendiamkan diri. Kesabaranku
sedikit tercalar.
“Kenapa
diam? Terkena batang hidung sendiri ke? Perempuan hipokrit macam kamu ni lah
yang suka palitkan dosa kamu tu, kat kami yang bertudung ni” suaranya sedikit
tinggi mencabarku.
“Hello
miss?? Saya tak kacau hidup awak pun! Jangan menghukum sebelum menilai!” hatiku
mula berang.
“Dari
luar pun dah dapat nilai. Dah diluar pun tak terjaga, apalagi hati yang kat
dalam. Luaran menunjukkan dalaman. Perempuan yang bertudung sudah tentu lebih
baik daripada yang tak reti-reti pakai tudung. Betul tak?” dia menjelingku
sambil tersenyum dengan rakannya disebelah.
Aku
mengengam jemariku menahan amarah dihati. Aku tahu kerana tidak bertudung aku
sering diasingkan oleh teman sekolej. Namun, layakkah mereka menghinaku
dikhalayak ramai?
“Assalamualaikum
saudari berdua” seorang wanita bertudung litup dan labuh menhampiri kami dengan
senyum dihias dibibirnya.
“Maaf
jika saya mencelah, namun saya rasa kurang enak jika bertengkar di rumah Allah
ni. Rumah Allah ni kan tempat yang mulia
dan tempat mencari ketenangan” dia memandang kami berdua dengan
kemesraan.
“Tempat
ni memang mulia, tapi orang tu yang kotorkan kemuliaan surau ni dengan rambut
mengurai dia tu. Dah nak mati baru nak bertudung kot” wanita itu meneruskan
sindiran terhadapku.
“Maafkan
saya saudari. Saya kurang setuju tindakan saudari memperkecilkan wanita yang
tidak bertudung. kamu perlu ingat, menutup aurat tidak cukup jika akhlak yang
baik tidak menjadi pelengkap “
“Jadi
awak maksudkan tak bertudung tak salah kalau akhlak baik? Diorang ni hipokrit
dengan Pencipta kita”
“Tapi
kenapa perlu menghukum? Kenapa perlu meminggir daripada menghampiri? Sepatutnya,
kamu tidak perlu bangga dengan tudung yang menutup, kerana jika kamu mampu
bertudung hari ini mungkin besok juga kamu boleh tidak bertudung. Hiaskan yang
bertutup dengan kerendahan hati dan akhlak yang baik. Jika kamu memulaukan
mereka yang tidak bertudung, siapa yang akan bantu mereka?”
Aku
hanya mendiamkan diri disisinya. Mulutku terkunci, hatiku seperti diketuk
dengan suatu perasaan yang aneh. Tidak pernah seorang wanita seagamaku memihak
kepadaku dalam keadaanku yang dhaif ini.
Wanita
yang tadi deras menyindirku kini hilang kata.
“Mendoakan
lebih baik daripada menghina. Doa seorang saudara muslim yang mendoakan
saudaranya tanpa diketahui kan mustajab? Lebih baik kamu sama-sama mendoakan
dia daripada bertikam lidah yang mungkin saja akan buat mereka lebih jauh.
Mungkin saja suatu hari nanti dia lebih mulia daripada kamu Sama-sama kamu muhasabah diri kamu saya dan saudari masing-masing tahu kelemahan
dan aib diri sendiri. Walaupun bertudung, kamu kadang-kadang tetap tersalah
langkah. Jadi layakkah kamu katakan yang bertutup itu lebih mulia daripada yang
belum terbuka hati untuk menutup?”
Sungguh
kata-katanya buat airmataku jatuh.
Wanita
bertudung bawal kelabu itu menarik tangan rakannya lantas berlalu pergi. Aku
mengesat air mata yang berderai dipipi.
“Saudari
nak pinjam telekung saya? Saudari pakailah, kamu boleh solat berjemaah bersama”
wanita itu tidak lekang dengan senyuman.
Kami
solat berjemaah bersama. Seusai solat, kami titipkan doa bersama. Hatiku
tersentuh mendengar sepotong doa yang beliau bacakan;
“Ya
Allah Pemilik hati kami, berilah kami hidayahMu dan tetapkanlah hidayah itu
dihati kami. Terangi hati kami sepertimana Engkau terangi bumi ini dengan
cahaya matahariMu, jangan Ya Allah Engkau gelapkan hati kami seperti gelapnya
dimalam hari. Ya Allah, janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah kami Engkau
beri petunjuk kami, berilah kami rahmat, sesungguhnya Engkau adalah Maha
Pemberi.”
Airmataku
tanpa disedari bertitikkan di pipiku. Dadaku seakan-akan menahan sebak. Inginku
menangis sepuasnya disitu. Apakah perasaan ini?
“Saudari
tak apa-apa? Eh maafkan saya, saya lupa perkenalkan diri. Saya Humairah” dia
menghulurkan tangannya lalu memberi dakapan kepadaku.
“Saya
Liana. Terima kasih sebab sudi tolong saya tadi. Saya ingat orang macam awak,
tak nak bergaul dengan saya” Aku perlahan-lahan mengemaskan sejadah
dihadapanku, airmataku segeraku lapkan.
“Tiada
yang membezakan kamu selagi kamu dalam agama yang satu, Tuhan yang Satu. Saya
harap awak tak ambil hati dengan kata-kata saudari tadi” dia memandangku dengan
penuh kemesraan.
“Saya
dah maafkan dia dan doakan dia. Saya tahu saya tidak layak berdendam, siapalah
saya ini Humairah” aku menundukkan pandangan. Bermula dengan kata-kata Humairah
tadi, ”doa yang tidak diketahui oleh
saudara sendiri adalah makbul” aku terapkan dihati kerana mendalamnya
kata-katanya itu dihatiku.
“Alhamdulillah
Liana. Subhanallah, indahnya akhlakmu”
“Tapi..saya
tak bertudung, layakkah akhlak saya dikatakan cantik?”
“Akhlak
tu akan lebih cantik jika kamu berusaha untuk menutup aurat. Saya tahu
perubahan itu memerlukan masa tapi kamu perlu ingat ,masa tidak menunggu kita”
Humairah mengengam tanganku dengan lembut.
“Sebenarnya
dalam hati ini membuak-buak ingin bertudung sebab saya malu kat Allah. Cuma,
keadaan sekeliling kadang-kadang buat saya tawar hati. Lihat saja orang yang
bertudung seringkali menunjukkan gambaran islam yang salah. Bertudung tapi
masih buat benda Allah larang. Saya tidak mahu orang lihat diri saya baik hanya
sebab saya bertudung.” aku meluahkan isi hati yang terpendam selama ini.
“Bertudung
atau yang lebih tepat sekali menutup aurat adalah perintah Allah. Allah tahu
apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Sebenarnya jika kamu niatkan menutup aurat
kerana “sebab-sebab yang lain” mungkin akhlak kamu tidak setanding dengan cara
pemakaian kamu Namun jika niat kamu menutup aurat benar-benar
untuk Allah dan hanya untuk-Dia. Insyallah, pemakaian kamu yang menutup aurat
setanding dengan akhlak kamu di depan Allah dan manusia”
Aku
tersentap dengan kata-katanya. Jawapan yang selama ini aku tercari-cari.
Kita
tidak dapat menutup mulut manusia yang mengeji
“Tapi
macamana jika saya bertudung tapi masih ada yang mengeji dan memandang
negatif?” aku utarakan kerisauan yang sering menyebabkan penanguhan aku untuk
bertudung.
“Lagu
di radio kamu boleh off, tapi mulut orang takkan pernah kamu dapat off. Selagi
apa kamu niatkan selaras dengan kemahuan-Nya tiada apa yang jadi penghalang kamu Saya sendiri pada awal dahulu sering
dipersoalkan mengapa memakai tudung yang labuh sedangkan ibubapa saya bukannya
ustaz dan ustazah. Tapi hanya satu pengangan saya, bertudung bukan “sebab-sebab
yang lain” tapi hanya untuk Pemilik Cinta, iaitu Allah”
“Saya
mahu jadi seperti kamu” kataku secara jujurnya.
“Tak
perlu menjadi saya tapi jadilah seperti yang Allah mahu. Sebab mungkin saja
saya berubah ke arah sebaliknya” Wajahnya membuat hatiku tenang.
Terasa
sesuatu kekuatan tertiup didalam diri. Ya, aku perlu berubah, dan mesti
berubah. Aku nekad!
“Maafkan
saya, saya perlu pergi dahulu. Kejap lagi saya ada kuliah kat fakulti. Semoga
dapat bertemu lagi. Assalamualaikum Liana” kami bertukar salam.
Aku
hanya memerhatikannya sehingga dia hilang dari pandangan.
“Ya
Allah..terima kasih kerana dengan izinMu, dia dapat mengetuk hati ini. Hati ini
benar-benar terasa ‘dibangunkan untuk berubah’
Aku
mahu berubah ke arah wanita yang sempurna menutup aurat. Kini baru aku percaya,
akhlak yang baik bukan saja boleh merubahkan diri sendiri menjadi bahkan dapat
menarik orang yang jahil seperti aku menjadi baik. Terima kasih Ya Allah….”
Kredit
untuk ukhti Siti Jannah Jikri.
“Antara akhlak orang yang berjaya
adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan
keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan.” - ukhti
siti Hannah jikri