Alhamdulillah,
Thumma Alhamdulillah, besyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah dan
kurniaNya dapat kamu diberi peluang untuk bernafas di saat ini, untuk terus
beramal merebut syurgaNya, beramal untuk mengejar redhaNya.
Formal.
Baiklah,
baru-baru ini, Qaisy ditanya macam mana cara hendak untuk menjaga diri tika mana
kamu tidak bersama dengan rakan-rakan yang sefikrah dengan kamu tatkala kamu berada dalam suasana yang tidak
solehah. Contohnya, bagaimana kamu berhadapan dengan cuti yang lama di rumah,
bila tercampak di tempat yang terpencil atau hidup dikongkong oleh ibu bapa
yang kurang berselera dengan penglibatan kamu dalam dakwah dan tarbiyah.
Tidak
dinafikan, ada masa-masa kamu akan berada pada waktu-waktu ini.
Pastinya,
di saat ini, kamu akan berasa down,
tanpa sokongan, rasa tebatas untuk bergerak, terasa sempit medan amalnya, mudah
untuk berasa lemau, lemah, tidak bermaya, depressed, lesu, berlemak-lemak dan
semua lagi adjektif yang sesuai dan seangkatan dengannya. Err.
Tambahan
pula, di rumah atau di tempat tempat ini, kamu kelihatan begitu asing, secara
luarannya, dan insyaAllah secara dalamannya. Kalau di rumah, kamu rasa tertarik
untuk hanyut bersama adik beradik yang lain, keluar rumah lewat malam menonton
wayang, menonton movie sepanjang cuti, dan sebagaimana.
Kemudian,
kamu berjumpa dengan saudara mara yang lain. kamu tampak berbeza. kamu lihat
sepupu sepapat kamu berpakaian fuhhh, berbelah belah, dengan hiasan sana sini.
Kadang kadang terdetik dalam hati kamu “Kan best
kalau aku boleh jadi macam tu”. Kemudian ada dalam kalangan mereka ajak kamu makan
di McD, keluar bersama teman teman lelaki, pergi ke konsert dan sebagainya.
Saat
ini kamu tersepit. Sama ada untuk mengekalkan prinsip kamu atau menjaga hati
saudara mara kamu Atau mungkin juga kamu akan mula terasa, tak
salah kot. Fikiran kamu sedikit demi sedikit mula menjustifikasi perbuatan
perbuatan di atas. Makin lama makin jauh kecenderungan kamu ke arah itu.
Pada
waktu ini bisikan-bisikan halus dan licik akan mula kedengaran di gegendang
telinga kamu mencucuk cucuk dengan penuh berhemah dan istiqomah.
“Ala
sedikit aje, bila lagi”
“Timecuti aje pun nak tengok wayang,
berukhuwah kot”
“Pakai
ketat sikit je, takdelah ketat
sangat, lagi pun nak pegi majlis kahwin sekali seumur hidup aje ni”
“Aih
kalau aku keluar dengan diorang pakai tudung labuh, baju besar gelebeh ni,
macam selekeh je”
Pada
saat itu juga amal-amal kamu mula merudum. Bacaan Quran kamu makin lesu. Makin
kering. kamu sudah malas untuk mentaddabur, kadang kadang kamu baca dan beramal
sekadar untuk memenuhi jadual amal, supaya nanti bila ‘dilaporkan’ pada
murabbi, murabbi tidak syak apa apa dengan kamu
Saat-saat
ini akan datang, bahkan mungkin sudah kamu semua rasai. Siapa kata nak
istiqomah itu senang?
Sesungguhnya
orang-orang yang mengatakan “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap
istiqomah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tidak pula
berduka cita.
Mereka
itulah penghuni penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya, sebagai balasan atas
apa yang telah mereka kerjakan. (Al Fussilat :13-14)
Sebab
istiqomah itu susahlah, Allah janjikan syurga buat mereka yang mampu istiqomah.
Syurga. Apa lagi yang lebih bernilai dari itu.?!
-------------
Nah.
Apa kata kamu. Qaisy tiada jalan mudah atau rahsia ajaib untuk dikongsi supaya
kamu semua istiqomah. Bahkan Qaisy yakin, kamu semua sudah masak dengan tips
yang sangat praktikal yang sudah dikongsi oleh nuqaba’ kamu dan sebagainya.
Cuma
hari ini suka Qaisy untuk berkongsi satu figura yang mana kisah hidupnya jauh
lebih terasa tekanan daripada tekanan, kekangan dan kongkongan kamu alami hanya
diwaktu cuti atau diwaktu kamu berada di tempat tempat baharu dan terpencil
jauh dari sokongan ikhwah akhawat,
Yakni
kisah kehidupan Asiah, isteri Fira’un. Asiah ialah seorang manusia, mempunyai
naluri keinsanan. Seorang perempuan yang pastinya memiliki keinginan keinginan
sebagaimana perempuan perempuan yang lain. Seorang permaisuri yang pasti
dikelilingi harta, pakaian yang cantik, makanan yang bekelas, mewah yang
pastinya mengiurkan.
Dan
pada waktu yang sama hidup dibawah kongkongan seorang lelaki yang mengaku
sebagai Tuhan, yang juga suaminya. Seorang lelaki yang hidup bersama misi untuk
membunuh seorang lelaki yang dikhabarkan akan muncul dalam kalangan rakyatnya
untuk bangkit menentangnya suatu hari nanti yakni nabi Allah Musa a.s.
Jika
dibandingkan keadaan kamu dengan Asiah, sudah pasti beliau ada lebih banyak
sebab dan alasan untuk tidak tunduk kepada perintah Allah. Lebih sukar untuk
dia istiqomah, berpegang dengan prinsipnya. Lebih banyak godaan duniawi yang
berputar sekitarnya. Dengan kehidupan yang mewah, pakaian yang cantik, haruman
dan hiburan yang boleh dia nikmati bila bila masa.
Tapi
Asiah bukan sekadar seorang permaisuri biasa yang sekadar duduk bertenggek di
atas pemaidani atau kerusi di sisi suami sambil dilayani barisan dayang dayang.
Bukan seperti kebanyakan kerabat diraja dunia kini. Asiah tidak terpengaruh
dengan semua itu.
Bahkan,
Asiah memainkan peranan yang sangat besar dalam sejarah hidup nabi Musa a.s.
beliau merupakan seorang pejuang, yang menyelamatkan Musa dalam keadaan
keterbatasan yang dialaminya. Allah takdirkan dengan pengaruh dan usaha Asiah,
dia berjaya mengelakkan Musa daripada dibunuh.
Dan
berkatalah isteri Firaun, “Ia adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu.
Janganlah kamu membunuhnya, mudah mudahan ia bermanfaat kepada kamu atau kamu ambil
ia menjadi anak”, sedang mereka tiada menyedari. (Taha :9)
Di
samping itu, walaupun hidup dalam kongkongan lelaki yang mengaku Tuhan itu,
Asiah masih tegar menjaga prinsipnya. Besar benar ujian buat Asiah. Besar benar
sumbangan Asiah. Berat terasa olehnya kehidupannya. Kezhaliman yang terpaksa di
perhati sahaja. Namun dia istiqomah.
Tidak
hairanlah, Allah rakam ayat berikut, satu
doa yang sangat hebat dari Asiah;
Dan
Allah membuat isteri Fira’un perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika
ia berkata,“Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam
firdaus, dan selamatkanlah aku dari Fira’un dan perbuatannya, dan selamatkanlah
aku dari yang zhalim” (At Tahrim: 11)
Asiah,
seorang kerabat diraja, telah membuktikan kamu semua bahawa dia pun mampu.
Apatah lagi kamu
Dari
Asiah juga kamu belajar untuk menggunakan segenap kesempatan yang kamu ada untuk
menyumbang kepada agama ini
Dari
Asiah kamu belajar bahawa apa pun gelaran kamu di dunia ini, baik seorang
permaisuri, anak dato’ ke, cucu perdana menteri ke, tugas seorang muslim tetap
berada di bahu kamu
Dari
Asiah kamu belajar bahawa rahsia kekuatan diri adalah yakin dengan ketentuan
dan perancangan Allah
Dari
Asiah kamu belajar bahawa atas segala pengorbanan di dunia itu, meski sepanjang
hidup kamu tersepit dan terjerat dengan jerat kehidupan, yang menanti di sana
adalah syurga.
Dari
Asiah kamu belajar banyak perkara. Maka layaklah satu rumah di sisi Allah
untukNya. Bagaimana dengan kamu
“May Allah show us home in Jannah by His
side, so that it will keep us istiqomah on this path”
“Setiap perkara ada gantinya. Setiap
perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.” –
Mutiara Islam.