“Saya
tak boleh hidup tanpa awak. Saya boleh mati kalau awak pergi. Saya tak tahu
untuk apa hidup di dunia kalau awak meninggalkan saya..”
HOHOHOHOHOTAKK
KAU! kamu tak boleh hidup tanpa Allah lah pandai!
Kita
pasti akan terbang melayang-layang ke langit apabila seseorang pesanan text smssebegitu kepada kamu Terasa diri begitu dipuja dan dihargai
sehinggakan menjadi sebegitu penting dalam kehidupan seseorang. kamu pasti
tersipu-sipu malu dan merah padam muka kerana sangat terharu, lalu mengatakan
“Awak, janganlah begitu..”
Kita
memang tidak layak meletakkan cinta kepada manusia secara berlebihan. Apatah
lagi mereka yang baru mengenal cinta seperti remaja dalam melabuhkan cinta.
Sebenarnya orang yang kamu cintai itu biasa-biasa aje, tetapi kamu memandangnya
luar biasa kerana selalu mendengar lirik-lirik lagu, syair pujangga dan filem
cinta, yang membuatkan kamu terikut-ikut. Itulah cinta monyet. Ok, cuba kamu tanya
pada diri sendiri, adakah kamu sanggup ikut mati jika kekasih kamu mati? kamu sanggup
mati kerana cinta kepada yang belum pasti menjadi isteri atau suami kamu Harus kamu ingat, sekarang adalah zaman serba
pantas, cinta boleh didapatkan dalam hitungan minit. Hari ini kamu putus, esok
mungkin seseorang yang baru hadir dalam hidup kamu
Kita
tidak perlu rasa terjerat oleh perasaan cinta. Apatah lagi orang yang kamu sukai
dan cintai itu masih belum lagi menjadi isteri atau suami kamu Justeru, kenapa kamu menjadi sangat obses
kepadanya? Adakah kamu merasakan kamu memiliki dia secara keseluruhannya? Dan
kamu juga merasakan diri kamu miliknya sehingga tiada sesiapun pun yang boleh
mengambil kamu walaupun ibubapa kamu sendiri. kamu adalah
milikku, dan aku adalah milikmu. Parah bukan?
Lepaskanlah
diri dari jerat cinta. kamu bebas untuk menentukan apa aje dalam hidup kamu dan
apa yang ingin kamu lakukan. Kenapa kamu perlu rasa terkongkong? Adilkah jika
kamu tidak dapat mengadakan study group
dengan rakan-rakan kerana tidak disukai oleh teman lelaki? kamu disayangi oleh
kekasih, sehingga semua orang yang dekat harus kamu jauhi? Sungguh menyakitkan.
Cinta
tidak wajar menyekat hak-hak kamu sebagai seorang yang bebas. Bebas dalam
memberi pandangan, berperilaku positif dan bebas menentukan diri sendiri. Tapi
kenapa apabila kamu meluahkan perasaan cinta kepada seseorang dan kemudiannya
orang itulah akan menentukan jalan hidup kamu Menentukan hala tuju kamu apa yang boleh kamu buat dan tak boleh kamu buat.Lebih
parah lagi apabila seseorang yang kamu anggap kekasih hati itu dengan jayanya
telah berjaya menyakinkan kamu dan menggantikan tempat ayah kamu yang selama
ini berhak mengatur hidup kamu Menggantikan tempat keluarga yang selama ini
melindungi kamu Aneh bukan?
Kita
ada ibu bapa yang perlu diutamakan. kamu ada keluarga yang harus dijaga
kehormatan. Kekasih kamu bukanah sesiapa, tetapi hanya memberikan kamu masalah
dan membuatkan kamu bermasalah. kamu ingin putus, tetapi tak berani putus. kamu
ingin sudahi cinta monyet ini tapi terdaya melakukannya. kamu ingin menjadi
diri kamu sendiri tetapi selalu merasa tidak sampai hati. kamu ingin menjadi
hamba Allah yang soleh dan solehan, tetapi ingatan terhadap kekasih selalu
menghambat fikiran kamu
Persoalannya,
sampai bila kamu akan begini? Cinta menyapa tidak memberikan berkat bagi hidup kamu Sebaliknya, hidup kamu akan menjadi serba
tidak teratur, serba tidak kena. Begitu salah dan begini pun salah. Hidup
bagaikan burung di dalam sangkar, nampak selesa dan nyaman, tetapi sedih dan
menggelisahkan. Apakah kamu boleh terlepas dari kongkongan itu? Tidak. Kerana
kamu tidak sampai hati melakukannya.
Cuba
kamu fikir. Bila kamu cintakan seseorang, sudah tentu hati kamu akan tertumpu
pada dia. Semua benda kamu akan berkorban
untuk dia. Tak kisah sebab hati dah sanggup. Kadang-kadang kamu berkorban untuk
yang dicintai. Perkara yang kamu tidak pernah buat atau tidak kamu suka,
tiba-tiba kamu jadi sanggup, tiba-tiba kamu jadi senang. Sebab? sebab kamu cinta.
Ada cinta di hati yang singgah dan kamu tidak kisah untuk melakukan sesuatu.
Malah ada yang meminta bukti tanda cinta. Sayang, kamu selalu tersalah mentafsir.
Cepat-cepat
menyahut panggilanNya. Kalau hati dah cinta, dah sayang, cepat-cepat kamu angkat
call. Rite? Nampak aje nama orang tu
terus senyum wajah berseri-seri. Sepantas kilat kamu menjawab takut orang di
sana marah. Merajuk pula. Jadi bagaimana pula sikap kamu dengan DIA?
Cepat-cepat jugak ke nak pergi solat bila dah dengar azan? Bersungguh-sungguh
ke kamu menunaikan solat fardhu dengan hati yang berbunga-bunga dan wajah
berseri-seri ketika Allah dah panggil suruh solat? Atau masih berlegar-legar di
shopping complex atau masih leka bermain di padang bola?
Memberikan
perhatian and fokus terhadap kata-kataNya. Kalau kamu benar-benar cinta
kepadaNya, kamu amat suka mendengar setiap bait-bait ayat al-Quran. Bacaan
ayat-ayat al-Quran menjadi pengganti kepada muzik. kamu lebih suka mendengar
bicara Allah. Sehari tak dengar rasa tak sempurna hidup. Macam kamu dengan si
dia, kamu suka sangat dengar dia cakap sweet- sweet dengan kamu I lap you I miss you. Bagi kamu itulah
ucapan paling indah dan auwww so sweet.
Tapi bicara Allah lagi sweet. kamu akan berusaha untuk tinggalkan laranganNya
dan melakukan perintahNya even kamu rasa
benda yang Allah larang tu macambest dan apa yang Allah suruh buat tu macam tak
best.
Sentiasa
suka memandang ciptaan Allah. kamu suka sangat tengok panorama indah. Air
terjun yang cantik, lihat awan yang membiru. Serius, segala-galanya yang Allah ciptakan
dekat alam ni semuanya indah. Maka, sangat kasihanlah jika kamu hanya melihat
tanpa memikirkan kebesaran Allah. Dunia ni indah, sebab tu ramai manusia
terleka dengan keindahannya. Dunia diciptakan untuk kamu Ya,
Sebab untuk beribadah kepada Dia.
“Aku
menciptakan jin dan manusia, tiada lain hanyalah untuk beribadah kepada-Ku”.
Surah Adz-Dzariat: 56.
Adakah
beribadah hanya sekadar solat, puasa, bayar zakat, pergi haji? Tak. Sebenarnya,
semua benda yang kamu buat dekat atas dunia ni adalah ibadah. Serius? Yup. Yang
penting, sebelum buat sesuatu kamu sebut bismillahirrahmanirrahim dan niat
paling penting ikhlas kerana Allah. Main bola pun ibadah, online, baca buku, memasak semualah. kamu kena bijaklah manfaatkan
sesuatu tu macam facebookdan blog.
Tapi jangan pulak nak buat jahat sebut nama Allah. Contoh macam ‘Sahaja aku
malas hari ini kerana Allah.’ Tak boleh… tak boleh.
Suka
berdating dengan Allah. Hujung minggu
aje mesti dating, cuti semester aje
harus jumpa. Mestilah sebab kamu rindu. Berbulan-bulan dah tak jumpa. Sebab
kamu cinta. Pakai sehabis baik bila kamu nak bertemu dengan orang yang kamu sayang.
Then, kamu pun mesti suka jugak bila
nak ‘dating’ dengan Allah. Perbaiki
kualiti solat, sentiasa membetulkankan bacaan dalam solat. Maksud Qaisy,
fahamkan maknanya, betulkan tajwid, hafaz surah-surah, nak menghadap Allah
adalah suatu perkara yang penting. Allah panggil kamu lima kali sehari. Oh!
Tapi janganlah abaikan panggilan Dia. Allah sikit pun tak lupa kamu tak lupa nak bagi kamu rezeki, tak lupa bagi
kamu kejayaan dan kemewahan. Jangan sampai dia lupa nak bagi kamu nyawa
habislah.
“Sesiapa
berharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan)
Allah pasti datang”. Al-Ankabut:5.
Mencintai
segalanya yang berkaitan dengan Allah. Jika kamu jatuh cinta dengan seseorang,
mesti semua benda berkaitan dengan dia kamu berusaha untuk suka. Orang kata,
bila kamu kawen dengan seseorang, bermakna kamu kawen jugak dengan keluargadia. Cuba nak sayang keluarga dia macam
keluarga kamu cuba nak suka apa yang dia suka. Baiklah, contohnya
kamu rindu untuk bertemu Allah.
Sentiasa
nak solat and solat yang terbaik adalah solat berjemaah. Jadi,
rajin-rajinkanlah pergi ke masjid dan surau (khususnya lelaki) sebab kamu tahu
pahala solat berjemaah 27 solat sendiri 1 aje. Itupun tak tahu dapat ke tak 1
tu, dengan tak khusyuknya, dengan solat gitu-gitu aje, solat express. Cintakan
masjid. Rindukan Baitullah (rumah Allah), kaabah.
Maka
tak sabar-sabar untuk jejakkan kaki kat sana. Orang yang solat pun kena? Kenapa?
Sebab fiil (perbuatan) kamu aje solat tapi hati tak solat. Fi’il kamu aje sujud
tapi hati tak sujud. Sebab tu walaupun solat lima waktu pun lah kan, kalau hati kamu tak
benar-benar faham akan apa objektifnya, apa makna dia, tetap juga buat maksiat.
Tetap juga buat salah.
Teguran
buat diri Qaisy terutamanya yang selalu leka dan alpa. Kalau siapa-siapa tanya
cinta tu apa kat Qaisy? Ya, Qaisy akan mendefinisikan. Kalau cinta, perlukan
bukti. Kalau cinta, buktikanlah. Love is
a verb. Pada DIA bukan pada yang tidak halal buat kamu sebab
belum tentu dia milik kamu
Banyak
benda yang kamu utamakan lebih dari kamu utamakan DIA. Tapi Allah tetap baik
kat kamu Banyak benda yang kamu buat salah banyak dah
dosa ni buat, tapi Allah tetap ampunkan kamu Keampunan Allah tu lagi luas dari
kemurkaanNya. Banyak masa untuk kamu bertaubat dan jangan sampai matahari
terbit di sebelah barat baru kamu terhegeh-hegeh nak minta ampun, masa tu menangis
air mata darah puntak guna.
Umat
Nabi Nuh tak nak beriman kepada Allah, Allah Tenggelamkan tempat mereka. kamu yang
tak beriman? Allah masih bagi peluang untuk kamu bertaubat. Bersyukur la sikit.
“Sungguh benar bahwa kamu tidak tahu
apa yang kamu miliki sampai kamu kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kamu tidak
tahu apa yang belum pernah kamu miliki sampai kamu mendapatkannya.” –Mutiara Islam