Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
220,976
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 20

Terkejut Rayyan apabila membuka pintu bilik hotel dan melihat Hannah sedang berteluku di atas tikar sejadah.

“ Ah, sampai bila dia boleh berpura-pura. Penat nanti akan tunjuklah belangnya,” kata Rayyan di dalam hatinya dan terus merebahkan badannya di atas katil.

Selesai bersolat, Hannah sangkutkan telekungnya di penyidai kayu yang tersedia.

“ Aku ada beli makanan. Pergi hidangkan! Aku lapar!” Arah Rayyan seraya membuka baju T-shirtnya.

Hannah hanya berlalu ke ruang makan yang disediakan oleh pihak hotel tanpa membalas kata-kata Rayyan. Malah dia berasa sakit hati dengan arahan Rayyan itu.

Hannah menghidangkan makanan yang dibeli oleh Rayyan di atas meja. Dia hanya duduk termanggu di situ sementara menunggu Rayyan datang. Janggal pula dia rasakan apabila terpaksa berdua-duan dengan lelaki itu. Tidak tahu bagaimana untuk bereaksi.

Tidak tahu bagaimana dia mahu meneruskan kehidupannya. Dapatkah dia menaruh setitis harapan kepada perkahwinan yang tidak dirancang ini?

“ Mana makanan aku?” Tanya Rayyan kasar yang sudah berada di belakangnya.

“ Makanlah Tuan Rayyan,” kata Hannah lembut.

Berdegup kencang jantung Rayyan mendengarkan bicara lembut Hannah itu. Terasa debaran dadanya meningkat dua kali ganda. Mengapa harus ada getar jika hatinya membenci? Mengapa dia harus berdebar jika hatinya itu tidak sudi?

“ Nak ambil hati akulah konon,” desis Rayyan sendirian. Cuba menipis kuat perasaan yang sedang bertandang di hatinya tatkala ini.

Dia pantas duduk sambil menjamah makanan. Entah apa perasaan yang baru bertandang itu dia tidak tahu. Tetapi yang dia pasti, dia tidak mahu hanyut dengan Hannah. Bekas pelacur seperti Hannah tidak layak menjadi isterinya!

“ Siapa yang upah kau?”

“ Mana ada. Saya diperangkap,” terang Hannah sambil menundukkan kepalanya. Tidak berani memandang Rayyan.

Rayyan mengeluh geram. Cuba menyabarkan hatinya.

“ Berapa Hanif bayar dekat kau?” Rayyan masih mahu menyelidiki.

Hannah mendiamkan diri sambil menunduk. Rayyan begang. Dia mengambil gelas yang penuh berisi air. Kononnya mahu membaling ke muka Hannah. Sengaja mahu menakutkan wanita di hadapannya ini.

“ Mana ada. Saya diperangkap,” kata Hannah takut-takut. Takut Rayyan membaling air ke mukanya.

“ Kau cakap kepada aku, berapa Hanif bayar kepada kau. Aku akan bayar kepada kau dua kali ganda asalkan kau beritahu kepada atuk yang aku diperangkap,” kata Rayyan. Tulang rahang Rayyan sudah kelihatan di pipi, membayangkan kemarahannya.

“ Aku di perangkap. Berapa kali aku nak cakap aku juga diperangkap seperti kau!” Kata Hannah.

Rayyan pantas menumbuk meja. Terjatuh gelas yang ada di atas meja akibat tumbukan yang maha kuat itu. Marah yang tidak dapat dikawal. Rayyan mengetap bibirnya.

“ Kau jangan cabar aku, Hannah!” tengking Rayyan kuat sekali.

Hannah nyata begitu takut sekali. Terkulat-kulat dia di situ dengan debaran di dada. Wajah Rayyan yang menyinga tidak berani untuk di pandangnya. Namun Hannah bersyukur apabila telefon bimbit Rayyan bernyanyi nyaring.

“ Hello ibu,” Rayyan menjawab panggilan telefon.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.