Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 34

BAB 34

Tempoh penerbangan yang mengambil masa hampir tiga belas jam dua puluh minit itu sedikit pun tidak membuatkan Tengku Razlan merasa penat. Sebaliknya dia begitu bersemangat dan teruja sekali hendak berjumpa dengan Zara si cinta hatinya. Walaupun baru beberapa hari saja bergelar suami isteri, tetapi hanya tuhan saja yang tahu betapa dia menyayangi isterinya itu. Hanya tuhan juga yang tahu betapa gembiranya dia kerana berjodoh dengan gadis itu. Dan, betapa bersyukurnya dia kerana terlepas daripada dipaksa menikahi Lisa!

Oleh kerana hari masih awal lagi, maka Tengku Razlan membuat keputusan untuk bersarapan terlebih dahulu di Cafe Apostrophe. Nasib baik syarikatnya sememangnya mempunyai satu projek kerjasama dengan SA Holdings. Jadi sekurang-kurangnya dia tahu alamat pejabat isterinya. Jikalau tidak, mahu juga satu kerja pula untuknya mencari alamat Zara.

'Hot chocolate' yang dibeli olehnya tadi disisipnya sedikit. Badannya disandarkan ke belakang kerusi. Nombor Zara ditekan-tekannya. Mencuba nasib. Manalah tahu akan dijawab si dia. Namun nasib tidak menyebelahinya. Semua panggilannya hanya 'cik mesin' saja yang menjawab. Tengku Razlan menggeluh panjang.

Tepat pukul sebelas pagi, Tengku Razlan telah tercegat di hadapan bangunan SA Holding di tengah-tengah kota kosmopolitan ini. Berkobar-kobar sungguh hatinya ingin berjumpa Zara si cinta hatinya. Laju langkah kakinya dihayunkan ke arah bangunan yang tersergam megah nama SA Holdings di atasnya.

Namun, langkahnya terhenti tiba-tiba sebaik saja terlihat kelibat Zara yang sedang berjalan keluar dari bangunan itu sambil diiringi oleh seorang lelaki yang nampak segak sekali. Mereka berdua berbual mesra sebelum Zara tiba-tiba saja mengosok-gosok perlahan mata kanannya dengan jarinya dan berhenti melangkah. Lelaki segak tadi kemudiannya meniup mata Zara beberapa kali.

Drama sebabak yang disaksikannya itu benar-benar membantutkan keterujaan untuk bertemu si iseri. Air mukanya yang ceria tadi terus berubah keruh. Bibirnya diketapnya geram. Rasa cemburu, sakit hati, bengang, penat, 'jet lag'... semuanya bercampur-baur. Ah! Baik dia batalkan saja niatnya hendak berjumpa Zara sekarang. Apatah lagi setelah melihat drama sebabak tadi. Dengan 'bisikan jahat' yang mulai bergema di dalam hati kecilnya, rasanya dia dapat menjangkakan apa yang akan berlaku jikalau dia meneruskan hajatnya untuk berjumpa Zara. Dia mengusapkan wajahnya dengan kedua-dua telapak tangannya dan segera berpaling dari situ. Nafasnya dihela panjang sambil tangannya menahan sebuah teksi.

" Eeerghh ... Teng ...ab ... abang!"

Tiba-tiba dia terdengar seseorang memanggilnya. Dia menarik nafasnya panjang dan dalam sebelum menoleh ke belakang. Macamlah pula Zara boleh ternampakkan dia ni? bisik hati kecilnya.

" Bila sampai?" tanya Zara naif sebaik merapatinya dengan wajah yang sedikit terkejut melihatkan kehadiran di situ.

Sememangnya dia terkejut bila ternampakkan lelaki ini tadi. Macam mana lelaki ni boleh ada kat sini secepat ini? Mmm ... agaknya lepas nikah terus fly nak honeymoon kat sini kot! Hahaha ... tak sabar-sabar. Tapi apahal pula mamat ni ke sini? Takkanlah nak ajak dia honeymoon sekali kot? Eeeii... ada juga yang makan kasut ni nanti, ugut hati kecil Zara.

Wajah Tengku Razlan dipandangnya lama. Dahinya berkerut sedikit apabila pertanyaannya dibiarkan tidak berjawab. Sebaliknya, wajah putih bersih milik lelaki itu pula yang berubah kemerah-merahan. Macam bapa naga yang sedang menahan diri dari menghamburkan api keluar dari mulutnya! Mmm ... datang dah angin push-push dia ni, kutuk Zara di dalam hatinya. Tak pasal-pasal bertambah dosanya kerana mengutuk encik suaminya sendiri!

" Abang datang sejauh ini nak jumpa isteri abang. Tapi ... ini rupa-rupanya ini kerja isteri abang kat sini. Patutlah tak sabar-sabar nak balik sini. Ada jantan dah tunggu kat sini rupa-rupanya!" Sinis sekali nada suara Tengku Razlan. Wajah Zara dipandangnya tajam.

" Hah! Apa yang abang merepek ni? Saya tak faham. Tapi ... takpelah. Kita ke rumah dulu. Abang rehat dulu. Mesti abang penatkan. Lepas tu baru kita berbual," ajak Zara sopan walaupun dia sebenarnya kurang menyenangi kata-kata lelaki itu sebentar tadi.

" Tak payah! Aku nak balik. Perempuan semua sama jea! Tak guna. Menyakitkan hati jea!" jerit Tengku Razlan sebelum melangkah laju dan meninggalkan Zara terpinga-pinga memandang ke arahnya.

Ha alah! Sepatutnya dia yang mengamuk sebab suaminya yang terkantoi dengan Lisa. Tetapi, terbalik pula. Dia pula yang dijeritkan oleh sang suami. Macam dialah pula yang buat salah. Mmm ... memang dia tak faham! Apa-apa jealah, rungut Zara sendirian sementara matanya terus memerhatikan Tengku Razlan sehingga kelibat lelaki itu hilang dari penglihatannya.

Inilah akibatnya jikalau berkahwin tak fikir panjang. Tapi ... persetujuan drastik yang dibuatnya untuk berkahwin dengan lelaki ini dulu kerana dia tidak sampai hati hendak melihat Puan Sri Salma sekeluarga dimalukan dengan perbuatan Lisa yang tiba-tiba saja tidak muncul di majlis perkahwinan tu. Sedangkan ... para wartawan telah ramai berada di situ. Tapi, hari ini ... melihatkan kelakuan dan mendengarkan kata-kata lelaki itu tadi, nampaknya kini dia benar-benar kesal dengan tindakannya itu dulu.

" Who's that? " tanya Rayyan Iskandar, peguam syarikatnya tiba-tiba mengejutkan Zara daripada lamunannya.

" My 'unexpected' husband," jawab Zara perlahan dalam bahasa Inggeris.

" Hah! Say again. I tak fahamlah. Unexpected husband? Ada yea macam tu? Tapi ...erghh ... sebab ... mmm ...arwah Hail kan baru jea ...," Rayyan Iskandar tidak sampai hati menghabiskan ayatnya tatkala dilihat mata Zara yang mulai berubah merah.

" Nanti I ceritalah macam mana boleh jadi macam tu. Ada banyak lagi kerja yang I nak buat daripada melayan perasaan orang. Perasaan I sendiri pun tak terlayan tau!"

" Eh! Sekejap ... sekejap. Kalau betul tu husband you, then you patut kejar dia. Pujuklah dia. Orang lelaki ni suka dipujuk sebenarnya. Manja!," kata Rayyan Iskandar sambil tersenyum kecil mengusik Zara. Jikalau tidak dikenangkan status dirinya yang umpama si pipit, memang telah lama diusharnya anak tunggal Sadikin Amir ini.

" Biarlah. Dia tengah angin satu badan tu. Orang tengah berangin ni jangan dikacau. Nanti habis melayang kita-kita ni 'disemburnya'! Tapi kan ... sebenarnya ... I pun tak tahu selama mana perkahwinana yang tak dirancang ini akan bertahan. Maksud I ... iyalah ... I don't love him kan. Sekarang ni walaupun dia tu suami I. sikit pun I tak cintakan dia. Apa yang ada hanyalah rasa hormat saja sebab dia kan my hubby. Alah! Lupakan jealah hal pribadi I tu," ujar Zara.

" Kalau macam tu ... macam mana dengan rancangan tadi? Nak terus kan atau you nak selesaikan hal encik suami you tu dulu?" tanya Rayyan Iskandar anak muda yang berdarah Melayu, Arab dan Irish itu. Lelaki ini memang membesar di sini. Fasih berbahasa Melayu, Arab dan Inggeris.

" Mmmm ... takpe. My encik suami tu sibuk dengan isteri baru dia ... I rasalah. Honeymoon kot. Itu yang dia ada kat sini tu. Jadi ... kita teruskan jea rancangan kita nak jumpa Mr Dubois tu. Bukan senang nak set appoinrment dengan dia tu."

" Sekejap ... sekejap. I tak faham. Dia baru kahwin dengan you dan dia kahwin lagi satu? Wow! What a lucky man."

Zara menjeling sedikit ke arah peguam syarikatnya itu. Agaknya orang lelaki ni kalau pasang banyak baru rasa bertuah kot! fikir Zara di dalam fikirannya.

" Hahaha ... dah, dah. Sekarang ni waktu kerja okay. You tu tengah bercakap dengan bos you okay! Lupa ke?" Zara mengingatkan Rayyan Iskandar.

" Hahaha ... I ingat lagi you tu boss I. So ... sorry boss. Tapi, boss ... I ada jea kat sini kalau boss nak share apa-apa," kata peguamnya yang dengan nada separuh serius, separuh mengusik. Zara tidak berkata apa. Hanya sebuah senyuman kecil diberikan kepada pekerjanya itu.

Siapa sangka dia akan kembali semula ke bumi Malaya ini dalam masa terdekat ini. Sebaik saja kakinya melangkah keluar dari balai ketibaan tadi, Zara terus menarik nafasnya panjang. Matanya melilau-lilau mencari kelibat sahabat baiknya. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari arah belakang.

" Hoi! Kau cari aku ke ... cari laki kau yang hensem tu ... hahahaha. Rindu juga kau yea kat 'bapa naga' tu," usik Ana. Menjeling Zara mendengarkan kata-kata sahabat baiknya itu.

" Laki apa pulaknya? 'Bapa naga' manalah pula kau merepek ni? Ni kereta kau mana? Aku lapar tosei masala ni. Jom pegi makan kat Simfoni Bayu," ajak Zara laju.

" Kereta aku kat depan tu jea. Jomlah cepat sebelum polis datang. Nanti tak pasal-pasal dapat 'surat cinta' abang polis. Ni bagasi kau mana?"

" Hahaha ...aku bawa miss lappy aku ni jea. Kan kat rumah aku tu dah ada banyak baju aku. Kat rumah kau pun ada baju aku kan! Buat apalah aku nak bawa baju lagi. Lagipun, aku bukannya lama kat sini. Tiga empat hari jea. Lepas tu aku kena ke HK sebelum balik semula ke sana," terang Zara sambil melangkah beriringan menuju ke kereta Toyota Vios sahabatnya itu.

" Bestnya kau! Sekejap kat sana ... kejap kat sini. So, lepas makan kau nak ke rumah aku ke, rumah kau sendiri ke atau ke rumah mertua kau?" tanya Ana sambil membuka pintu keretanya. Begitu juga dengan Zara. Sebaik dia melabuhkan dirinya di kerusi bahagian penumpang, baru Zara bersuara.

" Rumah aku sendirilah. Buat apa aku ke rumah mertua aku pula. Si Lisa mesti ada kat situ. Malaslah aku nak bertembung dengan madu aku dan lelaki poyo tu! Buat sesak kepala aku jea. Ada banyak benda lagi aku nak fikir kat dalam otak aku yang kecil ni," balas Zara.

Ana mengerutkan dahinya sedikit. Wajah sahabatnya itu diperhatikan sekilas. Pelik mendengarkan kata-kata sahabatnya itu. Atau ... memang sahabatnya itu tak tahu perkara yang sebenarnya lagi!

" Speak of the devil ... mmm ... cuba kau tengok tu. Itu dia kan? Mmm ... perempuan manalah pula mangsa terbaru dia tu. Memang dasar bapa buayalah dia ni," kutuk Zara sambil jari telunjuknya mengarah ke arah seseorang yang sedang berjalan beriringan dengan seorang gadis ke dalam sebuah kereta yang telah sedia menanti di hala yang bertentangan dengan mereka, tetapi tidak berapa jauh dari mereka.

Ana mengangguk perlahan sambil memegang-megang cuping telinga kanannya tanda tak tahu nak komen apa dah. Kemudian kepalanya yang tak gatal digaru-garunya sedikit. Hissh ... si boya copper ni tak ubah-ubah perangai lagi ke? Hari tu jumpa macam dah ok jea, komen Ana di dalam hatinya sebelum bersuara.

" Sepupu dia kot. Entah-entah saudara dia ke. Kau ni janganlah serkap jarang. Dosa tau. Lepas tu ... tak baik tau kau kata dia tu 'devil'. Dia tu suami kau. Syurga kau tu," kata Ana teragak-agak. Cuba mengajak sahabatnya itu berbaik sangka.

" Hahaha ... apa syurga-syurga, suami- suami aku ni pulak. Suami si Lisalah tu. Dia takde kaitannya dengan aku tak lama lagi. Aku ingat nak suruh peguam aku failkan penceraian."

" Ewah-ewah kawan ku yang manis ni. Apa kau ingat kahwin ni macam main pondok-pondok yea? Belum setahun kahwin, kau dah nak bercerai. Jangan diikutkan sangat rasa hati kau tu. Cuba kau pastikan dulu berita-berita yang kau dengar dan baca tu. Siasat dulu apa yang kau lihat. Aku bukannya apa. Aku cuma nasihatkan jea. Ni... cuma sekarang ni mana miss lappy kau? Aku tak nampak pun kau pegang! Entah-entah kau tertinggal kat troli tadi ni tak? Cepat-cepat. Pergi cari. Nanti hilang ... kau juga yang susah!" kata Ana bila dilihat sahabatnya itu tidak membawa beg komputernya sekali.

" Alamak! Mesti tertinggal kat troli tadi ni kot. Eh! Kau tunggu kejap. Aku pergi cari jap. Troli tu mesti ada kat situ lagi," kata Zara sambil bergegas keluar dari kereta sahabatnya.

Sebaik menjumpai troli yang digunakannya tadi, dia terus ternampak beg komputer ribanya yang masih cantik terletak di situ. Zara menarik nafas lega. Tangannya segera mencapai beg komputer ribanya itu. Pada masa yang sama dia ternampak seorang anggota polis sedang menulis sesuatu sebelum menyelitkan kertas yang dikoyakkan ke wiper kereta yang diparkir di situ. Aduhai! Pak Polisi sudah sampai.

Dia menoleh ke arah sahabatnya yang kelihatan sedang melambai-lambainya menyuruh dia cepat sedikit. Cepat-cepat dia melangkah ke arah Toyota Vios sahabatnya tanpa memandang ke kiri kanan jalan sebelum melintas. Dalam keadaan tergesa-gesa itu, tiba-tiba sebuah kereta membunyikan bunyi honnya kuat. Honkkkk! Hisshh ... pekak kejap telinga dia. Tangan kanannya menggosok-gosok telinganya sedikit.

Dia segera bergerak ke belakang sedikit. Alahai! Macam manalah dia tak nampak kereta yang sebesar ni, kutuk dirinya sendiri sambil dia tersenyum-senyum malu dan mengangkat tangannya sedikit tanda minta maaf pada si pemandu.

Kereta mewah bercermin gelap itu memperlahankan pergerakkannya sebelum dipakirkan ke sisi jalan. Senyuman yang terukir di bibir mungilnya terus hilang sebaik pintu di bahagian penumpang dibuka dan seorang yang amat dikenalinya keluar dari perut kereta mewah itu. Lelaki itu melangkah macam bagus saja ke arahnya sebelum memandangnya dari atas ke bawah, kemudian dari bawah ke atas pula beberapa kali.

" Bila sayang sampai?" tanya Tengku Razlan serius.

Zara mengerutkan dahinya sedikit mendengarkan kata-kata lelaki itu. Aiikkk ... apa pasal dia panggil aku 'sayang'. Bukan dia bencikan aku ke? Dan... seingat dialah selepas peristiwa di hadapan bangunan SA Holdings beberapa bulan lepas, lelaki itu langsung tidak menghubunginya lagi. Dan, lantaran itulah Zara bercadang untuk menamatkan perkahwinannya dengan lelaki itu. Fikirnya ... pastilah lelaki itu sudah tidak memerlukannya lagi kerana Lisa telah kembali ke pangkuan lelaki itu. Jadi ... takkanlah dia hendak membiarkan dirinya tergantung tak bertali pula.

Jadi ... sekarang ini dia tak faham macam mana lelaki poyo ini masih boleh memanggil dia 'sayang' lagi? Kepala lelaki ni ada terhentak kat mana-mana ke? tanya Zara di dalam hatinya.

" Maaf. Saya tak kenal encik. Saya rasa encik ni salah orang kot," dalih Zara sebelum melangkah dari situ. Dia sememangnya malas nak tengok muka poyo lelaki yang bernama Tengku Razlan ni sebenarnya. Namun langkahnya terhalang kerana lelaki itu memegang tangannya kejap.

" Takkanlah seorang suami tu tak kenal isterinya sendiri. Cuba logik sikit kalau hendak menipu pun. Sayang abang ni memang tak pandai menipukan?" balas Tengku Razlan sambil tersenyum sinis.

" Seriously ... encik ni salah orang. Pelanduk dua serupa kot! Maaf pasal kejadian tadi. Itu ... wife encik tu dah terjenguk-jenguk tengok encik. Saya minta diri " sindir Zara sambil cuba menarik tangannya dari pegangan Tengku Razlan.

Tengku Razlan tergelak kecil. Wajah Zara dipandangnya lagi.

" Wife abang seorang jea. Nama dia Zara Melrose ... beautiful lady yang tengah berdiri depan abang ni," katanya dengan senyuman yang semakin melebar.

" Tak tanya dan tak berminat pun nak tahu your personnal matterlah encik."

" Sayang cemburu yea? Yang kat dalam kereta tu sepupu abanglah. Anak Pak Uda. Takkan Zara tak ingat? Jom ... abang kenalkan."

" Not interested," kata Zara sambil menarik kuat tangannya daripada pegangan Tengku Razlan sebelum beredar dari situ.

" Mama tak sihat. Mama ada kat Pisa Court Medical Centre. Mama rindukan sayang," kata lelaki itu pantas.

Zara berhenti melangkah seketika seolah-olah sedang berfikirkan sesuatu. Tapi, tak lama sebab setelah beberapa ketika Zara meneruskan semula langkah kakinya ke arah kereta Ana. Sebaik dia masuk ke dalam kereta sahabatnya, dia segera melihat ke arah cermin pandang belakang. Dari situ, dia dapat melihat yang lelaki itu masih lagi berdiri di situ sambil memandang ke arah kereta yang dipandu sahabatnya.

" Apa hal tadi tu? Macam adengan filem hindustan pulak dah aku tengok," sengaja Ana bertanya. Bukannya dia tak nampak apa yang terjadi tadi.

" Entahlah. Ah! Lupakanlah. Eh! Aku tak jadilah nak balik rumah aku. Aku nak tidur kat hotel jealah."

" Kenapa?"

" Iyalah. Kan dia dah tahu aku ada kat sini. Mesti dia cari aku kat rumah aku atau rumah kau nanti. Aku takde moodlah nak layan peel dan soalan-soalan cepu mas dia tu nanti. Aku penat tau."

" Habis tu baju kau macam mana?"

" Jom pergi shopping. Aku belanja," ajak Zara.

Ana hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya saja.

" Kau kan boss ... aku ikut jea. Bestkan ada duit berkepuk-kepuk ni. Shopping sana, shopping sini!," balas Ana selamba.

Zara menyiku sedikit sahabatnya. Geram dengan sindiran sahabatnya itu.

" Duit yang berkepuk-kepuk tu ... my dear friend datang dengan berbeban-beban tanggungjawab dan amanah tau. Apa kau fikir aku ni Paris Hilton ke?" tanya Zara semula kepada sahabat baiknya itu. Ana hanya tergelak mendengarkan kata-kata Zara tadi.

Suasana di dalam kereta Vios itu sunyi-sepi. Ana fokus dengan pemanduannya, sementara Zara sibuk melayan perasaan sambil membuang pandang ke luar tingkap. Kata-kata Tengku Razlan tadi kembali bergema di kepalanya. Mama tak sihat? tanya Zara di dalam hati kecilnya. Dia menarik nafasnya panjang. Badannya disandarkan ke belakang sambil matanya ditutup rapat. Penat! Nanti sajalah fikir, putusnya di dalam hati.

Sepanjang malam itu, Zara tidak dapat melelapkan matanya. Dia bingkas bangun dari katilnya lalu segera membuka plannernya. Mmm ... nampaknya pagi esok dia free. Mesyuarat projek Bandar Hijau itu hanya akan bermula pada pukul dua petang. Jadi, bolehlah dia pergi melawat ibu mertuanya itu pada waktu pagi. Harap-harap si mamat poyo tu tak adalah kat sana. Ah! Pasti lelaki itu sibuk di pejabat pada waktu pagikan!

Walaupun Puan Sri Salma itu hanya mertuanya saja, tetapi dia sayangkan wanita itu umpama dia sayangkan ibu kandungnya sendiri. Susah jugalah hatinya bila lelaki itu cakap yang mertuanya itu tak sihat!

Keesokkan harinya, tepat pukul sembilan pagi Zara telah tiba di hospital Pisa Court itu. Langkahnya terus diaturkan ke kaunter pertanyaan. Sebaik mandapat maklumat tentang mertuanya ditempatkan, pantas kakinya melangkah ke bilik yang menempatkan Puan Sri Salma.

Pintu bilik yang menempatkan ibu mertuanya itu dibuka perlahan. Kelihatan ibu mertuanya sedang lena tertidur. Zara melangkah perlahan ke hujung katil. Fail yang tersangkut di hujung katil dicapainya. Satu persatu perkataan yang tertulis di fail yang merekodkan perkembangan kesihatan si pesakit dibaca olehnya dengan teliti. Segaris senyuman tanda lega terhias di bibir mungilnya yang dioleskan dengan gincu berwarna merah samar.

Zara menarik salah satu kerusi yang terletak di sisi katil tersebut. Perlahan tangannya mengusap lembut dahi Puan Sri Salmah. Wajah tua itu diamatinya dengan rasa sayang yang melimpah-ruah. Jauh dia mengelamun sehingga tidak sedar bila tetamu yang tidak diundang juga berada di situ. Hanya bila bahunya dipegang lembut tetamu yang tidak diundang itu, barulah dia tersedar dari lamunannya. Zara segera menoleh ke belakang sebelum berdehem sedikit dan mengalihkan pandangan semula ke arah mertua. Hissh ... lelaki ni tak kerja ke hari ni? Macam tahu-tahu jea aku nak ke sini, rungut Zara di dalam hatinya.

" Bila sayang sampai?"

" Hah?"

" Apa yang 'hahnya'? Abang tanya bila isteri abang ni sampai?"

" Oh! Baru jea," balas Zara pendek sebelum dikejutkan dengan suara mertuanya. Dia terus bangun dari duduknya.

" Zara ... anak mama. Bila menantu mama ni sampai? Mama rindu tau kat dia," kata Puan Sri Salma. Zara tersenyum lebar memandang ke arah mertuanya. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garunya sedikit.

" Baru jea sampai. Zara pun rindukan mama. Mama macam mana hari ini?" tanya Zara sambil menyalami ibu mertuanya itu.

" Alhamdulillah. Ni ... menantu mama dah balik, lagilah mama sihat. Menantu mama ni macam tahu-tahu jea doktor bagi mama balik hari ini. Ni ... anak mama pun ada. Macam inilah suami isteri. Bukan buat hal masing-masing jea. Sejuk hati mama tengok kamu berdua ada kat sini."

" Kami okay jea. Mama tu jea yang suka fikir yang bukan. Betul tak sayang?" kata Tengku Razlan sambil melingkarkan tangannya di pinggang Zara.

Zara menjeling sedikit ke arah Tengku Razlan sebelum berdehem sedikit. Namun, lelaki itu buat-buat tak dengar dan buat-buat faham saja. Sedangkan, dia amat yakin sangat yang lelaki itu pasti faham sangat maksud dehemannya tadi. Mahu saja rasanya dia menyiku perut lelaki itu sekuat hatinya tatkala dirasakan semakin kuatlah pula tangan sasa itu melingkar di pinggangnya.

Puan Sri Salma yang sedar akan keadaan yang agak tegang di antara pasangan muda itu segera mengubah topik perbualannya.

" Papa mana ni? Macam tak sayang mama jea. Mama dah tak sabar nak balik dah ni."

" Hahaha ... mama ni manjalah. Sekejap lagi papa sampailah. Papa tengah berbual dengan doktor kat luar tu. So ... ni mama dah ready nak baliklah yea?"

" Iyalah. Penat dah mama duduk hospital ni. Lagipun, rugilah mama duduk hospital sedang menantu mama dah balik."

" Mama ini macam-macamlah. Mmm ... sayang tolong mama bersiap yea. Abang tunggu kat luar."

" Mmm ... okay," ringkas saja jawapan Zara.

" Thanks sayang," kata Tengku Razlan sebelum menghadiahkan sebuah ciuman di dahinya sebelum melangkah keluar dari situ.

Zara menjeling lelaki itu dengan hujung matanya tanda protes dengan lelaki itu tadi. Tapi, Tengku Razlan buat-buat tak nampak saja. Sebaliknya, dia mengenyitkan matanya sedikit kepada Zara membuatkan Zara mengetap bibirnya geram. Gatal!

Puan Sri Salma hanya menggeleng-gelengkan kepalanya saja melihatkan gelagat anak tunggal dan menantu kesayangannya itu. Mmm .... kalau macam inilah gayanya, nampaknya lambat lagilah nampaknya dia hendak bercucu, keluh hati kecilnya sendirian
Previous: BAB 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma