BAB
23
" Mama, papa ... Raz keluar yea. Nak jumpa kawan.
Lepas tu ... Raz terus balik kondo Raz," Tengku Razlan memaklumi Puan Sri
Salma dan Tan Sri Tengku Azmi sebaik menghampiri orang tuanya yang sedang
menonton televisyen.
" Raz! Sekejap. Mama dan papa nak cakap sikit,"
Puan Sri Salma berkata sambil memandang tepat ke wajah anaknya.
" Mama dan papa nak cakap pasal apa?"
" Benda yang paling Raz tak suka nak bincang,"
balas papanya selamba.
Tengku Razlan tersenyum sedikit mendengarkan kata-kata
selamba papanya. Rasa-rasanya dia boleh mengagak apa yang hendak dibincangkan
oleh mama dan papanya. Dia mengusap belakang tengkuknya perlahan.
" Errgh .. ni mesti pasal kahwin kan papa ..
mama?" telah Tengku Razlan sambil duduk di hadapan mamanya.
" Mmm ... pandai pun anak mama ni teka. Mama dan
papa ingat dah sampai masanya Raz berkahwin. Mama tak nak tengok anak mama ni
terus hanyut dengan godaan dunia. Mama pun dah penat dan sakit telinga dengar
cerita-cerita tentang Raz keluar dengan perempuan inilah, model inilah, model
itulah. Mama ni sebenarnya dah tak sabar nak berkenalan dengan bakal menantu
mama. Antara ramai-ramai yang digossipkan dengan Raz tu, siapalah bakal menantu
mama tu agaknya? " kata Puan Salma sambil menjeling tajam melihatkan
anaknya yang sedang menggelak-gelakkan hajat murninya itu. Suaminya pula langsung
tak membantu. Hanya menggeleng-gelengkan kepalanya saja.
Tengku Razlan hanya tersenyum kecil mendengarkan bebelan
mama kesayangannya itu..
" Susah betul hendak memikat hati anak mama ni. Siapalah
gadis yang bertuah tu agaknya?" tanya mamanya lagi dengan rasa ingin tahu
yang amat sangat.
" Alah mama! Ada jodoh nanti ... adalah. Mama tak
payahlah fikir banyak sangat. Hmmm .... mama, papa Raz minta diri dulu. Raz dah
lambat ni," Tengku Razlan memujuk mamanya. Terus dia menyalami tangan
mamanya dan mencium pipi mamanya sebelum beredar pergi.
" Susah susah sangat ... biar mama pinangkan si Lisa
tu. Lama dah kamu tu kawan dengan dia. Kamu usung dia ke sana ... ke sini.
Macam mana?" sempat lagi Puan Sri Salmah menyuarakan cadangannya.
" Mama ni memang tak berputus asakan? Nantilah.
Nanti Raz fikir dulu. Sekarang ni Raz dah lambat. Raz pergi dulu yea ma,"
pujuk Tengku Razlan.
" Itulah Raz. Asal mama ajak bincang pasal kahwin
jea... ada jea alasan Raz. Hmmm .... pandu kereta tu elok-elok sikit. Nanti kalau
Raz lapang, kita bincang yea tentang hal tadi tu yea. Mama serius ni,"
pesan Puan Sri Salma
" Okay mama. Raz janji nanti kita bincang lagi pasal
hal ni bila Raz lapang dan masanya sesuai nanti," balas Tengku Razlan
sambil mengenyitkan matanya sedikit.
Puan Sri Salma hanya tersenyum saja mendengarkan kata-kata
anaknya itu. Memang bukan sebarangan perempuan boleh tahan dengan perangai
anaknya itu yang kurang bijak dalam bab-bab hati dan perasaan ni.
" Jangan 'nakal' sangat kat luar tu Raz," pesan
Tan Sri Azmi pula tiba-tiba. Sinis sekali nada suara papanya. Tengku Razlan
faham maksud papanya itu. Tengku Razlan
hanya tersenyum kecil.
" Yang itu Raz tak boleh janjilah papa sebab ramai
sangat yang mengejar dan menggoda. Raz ni mudah tergoda. Tapi, Raz bukannya
budak kecillah papa. Raz tahu apa yang Raz buat. So, papa dan mama jangan risau
yea," jawab Tengku Razlan sambil tergelak kecil dan mengenyitkan matanya
sedikit sebelum menyalami tangan Puan Sri Salma dan Tan Sri Tengku Azmi.
Tan Sri Tengku
Azmi hanya menggelengkan kepalanya saja mendengarkan jawapan anaknya itu. Mata
tuanya hanya memerhatikan sahaja anaknya berlalu keluar sehingga hilang kelibat
anaknya di balik pintu keluar vila itu.
Sebaik memasukki restoran itu, dari jauh lagi Tengku
Razlan sudah ternampak kelibat Zara yang sedang duduk membelakanginya. Perlahan
Tengku Razlan menghampiri gadis itu sambil menghulurkan satu kotak kecil baldu berikat dengan riben warna merah jambu kepada gadis itu. Nampak sangat gadis itu tergamam dengan pemberiannya.
" Hmm ... lama tunggu?" tanya Tengku Razlan
sebaik duduk di sebuah kerusi bersebelahan Zara sambil memulakan bicara.
" Taklah juga. Eh! Hadiah. Untuk siapa?" tanya
Zara sambil membelek-belek kotak kecil bereben merah jambu yang diberi oleh
Tengku Razlan. Tersenyum Tengku Razlan melihatkan gelagat Zara.
" Buat apa belek-belek. Bukalah," kata Tengku
Razlan.
" Ini untuk saya?" soal Zara semula.
" Untuk engkaulah. Habis tu ... siapa lagi yang ada
kat sini!"
" Mmm ... tapi kenapa? Untuk apa?," balas Zara.
" Saja jea. Eh! Kau janganlah risaulah Zara.Hadiah
tu takde maksud apa-apa pun. Aku bukannya nak mengurat kau ke atau apa-apa yang
sewaktu dengannya. So ... no worry okay," panjang lebar Tengku Razlan
menerangkannya. Zara tersenyum senang mendengarkan penjelasan anak majikannya
itu. Zara membuka kotak yang kecil baldu itu perlahan-lahan.
" Jam? Mahal ni Tengku. I can't accept it. Too
expensivelah Tengku."
" Kau suka tak?".
" Mestilah. Cantik. Tapi ... hadiah ni terlalu mahal
untuk saya."
" Minggu depan ni ... minggu akhir kau kerja dengan
mama aku kan! So ... anggap jealah itu hadiah aku untuk kau sebab aku hargai
jasa kau yang kerja ikhlas dan jaga serta uruskan mama aku dengan baik."
" Tapi ..." Zara agak keberatan menerima hadiah
itu.
" Baik kau jangan banyak soal atau menolak hadiah
aku tu.
" Tapi ..." Zara masih keberatan untuk menerima
hadiah tersebut.
Tengku Razlan yang geram dengan sikap Zara itu terus
mengambil kotak kecil itu daripada tangan Zara. Zara hanya membiarkan saja.
" Bagi aku tangan kau," arah Tengku
Razlan.
" Tengku nak buat apa?"
" Eeii ... boleh tak kalau tak banyak cakap. Bak
sini tangan kanan kau. Atau ... kau memang suka aku ci..." Cepat-cepat
Zara menghulurkan tangan kanannya. Takut dia andainya lelaki itu membuat kerja
gila di sini. Lelaki ini memang terlalu pandai menggugut!
Sebaik Zara menghulurkan tangannya, Tengku Razlan segera
memakai jam tangan mewah itu di tangannya.
" Cantik jam ni kat tangan kau, Zara. Sesuai dengan
kau," puji Tengku Razlan.
" Terima kasih Tengku sebab hadiahkan saya jam ni. Tapi
... saya tak perlukan ini semua. Kerja-kerja saya telah dibayar gaji. Saya ..."
" Boleh diam dan terima jea hadiah aku tu tak? Kalau
pun kau nak cakap juga, cakaplah 'terima kasih'," kata Tengku Razlan.
" Thanks Tengku," kata Zara perlahan. Lelaki
ini memang nak menang jealah.
" Mmm ... sama-sama," balas Tengku Razlan. Wajah Zara dipandangnya sekilas sebelum
mengalihkan pandangannya ke arah kad menu yang dihulur seorang waitress.
" Zara nak makan apa?" tanya Tengku Razlan. Dilihatnya
pembantu mamanya tersenyum tawar padanya. Dia tahu pembantu mamanya itu masih
tidak berpuashati tentang hadiah yang dia berikan itu.
" Saya dah order tadi. Nanti biar saya yang bayar
yea Tengku"
" Kenapa?"
" Sebab pertama
... saya lapar sangat tadi ni. Jadinya saya orderlah banyak makanan. Sebab
kedua ... biarlah saya belanja Tengku. Seganlah saya kalau Tengku yang bayar.
Sebab ketiga ... Tengku dah belikan saya hadiah mahal tapi saya tak belikan Tengku
apa-apa pun." Tengku Razlan tersenyum lebar.
" Tak payah Zara. Gaji kau bukannya banyak mana pun.
Baik kau simpan jea duit kau tu untuk belanja kahwin kau ke! Biar aku yang
belanja. Tak luak pun duit aku belanja kau. Aku berbesar hati lagi adalah.
Bukannya senang nak ajak kau tu keluar temankan aku makan," balas Tengku
Razlan
" Thanks Tengku. Mmm ... ni Tengku makan-makan
dengan saya ni, Tengku tak takut ke terserempak dengan Cik Lisa atau mana-mana
girlfriend Tengku. Saya tak nak terlibat dengan sebarang masalah tau!"
" Tak tahulah mana girlfriends aku yang
banyak-banyak tu. Alah ... memang dah tertulis kot hari ni memang rezeki aku
makan ditemani pembantu mama aku yang cantik manis ni agaknya!"
Zara tidak berkata apa. Hanya bibir mungilnya disengetkan
sedikit.Tanda meluat. Tengku Razlan hanya tersenyum saja melihatkan reaksi Zara.
" Hai! Aku puji kau sikit punya baguslah. Itu pun
kau buat muka?" usik Tengku Razlan.
" Saya
bukannya buat muka tanda menyampah. Tapi ... saya terkedu sebenarnya. Speechless!"
balas Zara sinis.
Seorang pelayan restoran itu datang menghampiri mereka
dan menghidangkan makanan dan minuman yang dipesan mereka berdua tadi. Zara
mencapai jus epal asam boinya dan disedutnya perlahan sambil membelek-belek
telefonnya. Namun dia sedar lelaki di hadapannya ini sedari tadi asyik merenung
ke arahnya. Gelas minumannya diletak perlahan. Wajah anak tunggal majikannya itu
dipandangnya geram.
" Kenapa Tengku asyik tenung muka saya jea? Tengah
jampi ayat pengasih yea? Atau ... tengah plan tipu muslihat nak kenakan saya."
Tersedak Tengku
Razlan mendengarkan kata-kata bersahaja Zara tadi. Terus dia terbatuk-batuk kecil.
" Tak ... bukan aku yang nak tengok kau ... Mata aku ni yang nak tengok kau. Mata aku kata kau bukan saja cantik dan manis, tapi juga mendamaikan hati tuannya, iaitu aku."
" Banyaklah Tengku punya loyar buruk! Tak payahlah susah-susah nak puji saya sebab saya tak makan pujilah
Tengku. Saya makan nasi. So ... Tengku boleh simpan jea ayat power Tengku tu
untuk orang lain. As for me... ayat-ayat power tu tak laku okay! Jadi ... boleh
tak kita mula makan sebab saya lapar sangat ni," kata Zara. Tengku Razlan hanya
menganggukkan kepalanya sahaja perlahan tanda setuju.
Selesai menjamu selera dan membayar bil, mereka berdua
berjalan beriringan keluar dari situ. Sesekali Zara mengerling jam tangannya.
Tengku Razlan perasan akan kelakuan Zara itu, terus menegur lembut gadis itu.
" Kenapa kau asyik tengok jam jea? Ada janji dengan tunang
kau ke?"
" Eh! Taklah. Tunang saya fly," jawab Zara
jujur.
" Dia tahu ke aku keluar dengan kau ni?"
" Dia tahu sebab saya dah bagitahu dia," jawab
Zara lagi.
" Mmm ..... kalau macam tu, bolehlah kita tengok
wayang. Aku belanja."
" Cerita apa? Jangan cerita hantu sudahlah! Tengku
tahu kan yang saya ni penakut," jelas Zara sambil tersengih-sengih.
" Hahaha ... kalau kau takut, aku boleh pinjamkan
lengan aku yang sasa ni untuk kau pegang," usik Tengku Razlan sambil
tergelak kecil.
Zara hanya menjeling tajam saja mendengarkan kata-kata
lelaki disebelahnya itu.
" Alah! kau ni sensitif sangatlah. Aku usik jealah. Habis
tu cerita apa yang kau suka tengok?"
" Cerita cinta ke ... Tapikan Tengku, saya takut
sebenarnya nak tengok wayang dengan Tengku ni ...," kata Zara.
" Kenapa?"
" Iyalah! Kot-kot terserempak dengan Cik Lisa ke atau
girlfriends Tengku yang mana-mana entah ... tak ke mengundang salah faham. Kalau
nasib tak baik, ada kat situ juga saya kena ganyang dengan diorang," ujar
Zara dengan panjang lebarnya. Tengku Razlan tersenyum sambil menguak rambutnya
ke belakang
" Ah! Macam-macamlah kau! Jomlah kita pergi beli
tiket. Nanti habis pulak. Ni kan malam minggu. Orang ramai."
Terus dia menarik tangan gadis itu ke arah kaunter yang
menjual tiket wayang. Kaget seketika Zara dengan tindakan Tengku Razlan itu,
tetapi dibiarkan saja. Mungkin itu hanya tindakan spontan lelaki itu tanpa
berniat apa-apa.
Asyik sekali Zara dan Tengku Razlan melayan filem yang
sedang ditonton mereka. Tiba-tiba bahu Tengku Razlan dicuit seseorang dari
belakang. Tengku Razlan yang sedang leka menonton sambil mengunyah popcorn
terus menoleh ke belakang.
" Sayang! You keluar dengan siapa ni? Kenapa lama
tak ajak I keluar? I call you tak jawab. I rindu tau kat you," kata gadis
yang mencuit Tengku Razlan tadi perlahan. Zara yang sedang asyik menonton juga
menoleh ke belakang. Bibir merah samarnya terus mengukirkan senyuman.
" Eh! Cik Lisakan? Maaf saya tak perasan tadi. Jangan salah sangka yea. Kami cuma keluar
tengok wayang jea. Jangan marah yea," terang Zara dengan panjang-jela
sambil tersenyum memandang Lisa. Gadis yang bernama Lisa itu tersenyum sambil
menganggukkan kepalanya.
" Don't worry. Saya tak marah pun."
" Cik Lisa nak tukar tempat duduk dengan saya tak?
Senang sikit nak berbual dengan Tengku," tanya Zara ikhlas.
" Boleh ke?," tanya Lisa gembira.
Zara menganggukkan kepalanya dan terus bangun dari tempat duduknya.
" Kau buat apa ni Zara?" tanya Tengku Razlan
pelik dengan tindakan Zara.
Sudahlah dia
bengang kerana kehadiran Lisa di situ pastinya akan merosakkan peluang dia
hendak berdua-dua dengan Zara. Dan, sekarang si gadis itu sudah pun bangun dari
tempat duduk di sisinya dan beralih ke belakang pula.
" Lah! Tukar
tempat dengan Cik Lisa supaya Tengku dan
girlfriend Tengku ni senanglah sikit hendak berbual."
Lisa tersenyum-senyum melihatkan kesediaan gadis itu
bertukar tempat duduk dengannya. Dia segera beralih ke hadapan dan duduk di
sebelah Tengku Razlan. Tengku Razlan merengus sedikit sambil matanya masih menjeling
sedikit ke arah Zara yang kini duduk di belakangnya.
Sepanjang menonton wayang, Lisa memaut erat tangan Tengku
Razlan sambil melentukkan kepalanya ke bahu lelaki itu. Tengku Razlan hanya
membiarkan saja. Sesekali dia menoleh ke belakang memandang Zara. Gadis itu
nampaknya begitu menghayati jalan cerita filem itu. Khusyuk sekali
Sebaik saja wayang tersebut tamat, lampu di dalam
panggung itu menyala. Suasana yang tadinya kelam berubah terang. Semua penonton
mulai bangun dari tempat duduk masing-masing dan beredar keluar.
" Zara, saya hantar awak balik? Hari dah malam ni.
Mana ada bas. Teksi pula mesti charge double ni." Tengku Razlan menawarkan
dirinya untuk menghantar gadis itu pulang. Lisa masih memaut lengannya erat
sambil tersenyum memandang Zara.
" Ah! Takpe ... saya boleh balik sendiri. Mesti
Tengku nak luangkan masa dengan Cik Lisakan? Lagipun saya drive tadi ni,"
jawab Zara lembut sambil tersenyum manis.
" Kau drive? " tanya Tengku Razlan bertalu-talu.
Lisa hanya mendengar sambil memaut lengan sasa Tengku Razlan.
" Yup ... saya drive. So ... don't worry about me,"
jawab Zara sambil melangkah laju sambil memandang ke arah jam tangannya.
" Kalau macam aku temankan kau sampai ke kereta kau.
Bahaya jalan sorang-sorang kat tempat parkir ni," kata Tengku Razlan.
" Suka hati Tengkulah."
" So ... sayang. Lepas ni you ke rumah I yea. Dah
lama you tak ke kondo I? I miss you tau," sambung Lisa manja penuh makna. Merah
padam muka Tengku Razlan mendengarkan kata-kata Lisa. Wajah Zara dikerlingnya
sedikit. Dan, seperti yang telah dijangka, pembantu mamanya tersenyum seribu
makna.
Mereka bertiga berjalan seiring di kawasan parkir sehingga
Zara berhenti sebelah sebuah Range Rover Evolve berwarna merah hati dan terus
membuka pintu keretanya sebelum berpaling memandang ke arah Tengku Razlan dan
Lisa. Tengku Razlan yang melihat jenis kereta yang dipandu Zara hanya
mengerutkan dahinya sedikit. Begitu juga dengan Lisa.
" Tengku, Cik Lisa ... saya minta diri dulu. Tengku
terima kasih sebab belanja saya hari ini. Saya minta diri dulu. Tengku... don't
be too naughty with our beautiful Cik Lisa. Ingat .. di bahu kita ni ada 'pencatit'
setiap perbuatan baik dan buruk kita," usik Zara sambil tersenyum dan
mengenyitkan matanya ke arah Tengku Razlan.
Lisa hanya
tersenyum sambil melentukkan kepalanya manja di bahu lelaki kacak itu. Hanya
wajah Tengku Razlan yang nampak tegang.
" Zara ... it's not like what you think," jelas
Tengku Razlan spontan sambil cuba melepaskan lengannya kanannya yang dipaut
erat Lisa.
Zara hanya tergelak mendengarkan kata-kata Tengku
Razlan dan terus masuk ke dalam
keretanya. Tengku Razlan dan Lisa ke tepi dan hanya memerhatikan saja Zara
pergi dari situ.
" What I think is not important Tengku," jawab
Zara lembut.
Tengku Razlan hanya menarik nafasnya perlahan, panjang
dan dalam sebelum menghelakannya semula sebaik mendengar jawapan Zara. Matanya
terus memerhatikan kereta yang dipandu Zara keluar dari tempat parkir hingga
hilang daripada pandangan matanya.
" I sukalah pembantu mama you tu. Dia sedar diri dan
tahu kedudukan dia. Tapi, I musykil sikit. Macam mana dia mampu pakai kereta tu
yea? Bukan ke dia tu cuma pembantu mama you jea kan? Haaa ... I tahu. Ni mesti
pada masa yang sama dia juga perempuan simpanan sesiapa kan? Lepas tu ... you
nampak tak jam tangannya? Piaget! Mahal tu ... I pun tak mampu nak beli. Memang
sahlah dia perempuan banyak rupa," komen Lisa sambil tersenyum sinis.
Wajah Tengku Razlan yang putih bersih menjadi semakin
merah. Dia merenung tajam ke wajah Lisa dan tak semena-mena satu penampar
hinggap di pipi gadis itu. Lisa mengusap-ngusap lembut pipinya sambil memandang
tajam ke arah Tengku Razlan yang nampak seperti sedang menahan marahnya.
" Hei! Yang you tak pasal-pasal tampar I ni kenapa
pulak?" tanya Lisa sedikit keras. Air mata mula bertakung di tubir
matanya. Beberapa orang yang kebetulan sedang berada di situ tertoleh-toleh ke
arah mereka berdua. Lisa merasa malu yang teramat sangat diperlakukan sebegitu
oleh Tengku Razlan di khalayak ramai.
" Suka hati I lah nak tampar you! Yang you cakap Zara
macam tu kenapa?" tengking Tengku Razlan keras dan kasar. Wajah Lisa
dipandangnya tajam.
" Eh! Yang you sakit hati sangat dan hendak membela
sangat dia tu kenapa pulak?"
" Sebab dia kawan I."
" Hah! Kawan atau sebab you ada hati kat dia? I
tengok dia tu selamba jea. Takde sekelumit perasaan pun kat you. Takkan you tak
malu nak mengejar perempuan murahan macam tu?" kata Lisa saja mencungkil
rasa marah di hati lelaki di hadapannya.
" It's none of your business! Balik sendiri. I takde
mood nak hantar you balik hari ni!"
" Alah! I pun bawa keretalah!," jerit Lisa
sebelum pergi dari situ.
Tengku Razlan terus masuk ke dalam Audi TTnya. Lama dia termenung di dalam
keretanya sebelum pengawal keselamatan pusat membeli-belah itu mengetuk
perlahan tingkap keretanya. Tengku Razlan menurunkan tingkap keretanya sedikit.
" Encik okay ke?" tanya pengawal keselamatan
tersebut.
" Saya okay. Terima kasih." Tengku Razlan
segera menghidupkan enjin keretanya dan terus beredar dari situ.
Sesekali bayang Zara terbayang di matanya. Terngiang-ngiang
di telinganya kata-kata Lisa sebentar tadi. Betul juga cakap Lisa. Bagaimana
pembantu mamanya itu mampu memakai kereta mewah seperti itu! Itu bukan satu-satunya kereta mewah yang dipandu Zara. Fikirannya mula
berfikir yang bukan-bukan. Sesekali bayangan nakal muncul di kepalanya.
Bayangan Zara dengan lelaki lain sedang ....... arrrrggghhh ...., jeritnya kuat
di dalam kereta sebelum melepaskan satu keluhan berat. Segera dia membuang
jauh-jauh bayangan jahatnya.